Esplanade Sidek merupakan salah satu tempat menarik di Sabah yang patut dikunjungi orang ramai untuk beriadah tidak kira penduduk tempatan mahu pun pelancong dari dalam dan luar negara yang datang ke negeri ini khususnya ke daerah Kudat. Tempat ini sebenarnya terletak di Bandar Kudat yang mana lokasinya adalah di pinggir laut dan sudah pastilah ia menyajikan satu pemandangan yang indah terutamanya ketika waktu petang iaitu apabila mula terbenamnya matahari.
ESPLANADE SIDEK
Kredit gambar : Wahidayatul
Biasanya di sini orang akan ramai bermula pada waktu petang sehinggalah malam, yang datang pada waktu petang ramai yang tinggal jauh dari bandar ini, manakala kalau yang tinggal dekat sikit pasti di sini sehingga malam terutamanya ketika hujung minggu. Pinggir pantai tempat Esplanade ni memang panjang jadi sesuai untuk anda melakukan beberapa aktiviti seperti duduk beriadah, berjalan bersiar-siar dan kalau mahu berbasikal pun boleh juga tetapi harus berhati-hatilah sebab takut pula terlanggar orang lain. Selain itu di sini juga sangat sesuai untuk mengambil gambar dengan pemandangan lautan yang terbentang luas lebih menarik lagi kalau dapat bergambar pada waktu petang ketika matahari terbenam yang menampakkan suasana pemandangan senja yang begitu indah di lautan. Terdapat juga beberapa binaan seperti ilovekudat dan menara jam yang terdapat berhampiran tempat ini sangat sesuai dijadikan sebagai tempat mengambil gambar untuk dijadikan sebagai kenangan lawatan anda ke daerah Kudat. Untuk aktiviti mungkin agak kurang sikit di sini sebab biasa orang ke sini adalah untuk beriadah atau pun berehat pada waktu petang dan malam setelah penat bekerja seharian. Kalau ke tempat ini sangat menarik sekiranya dapat datang beramai-ramai tidak kira dengan keluarga atau rakan sebab dapatlah juga anda mengambil gambar beramai-ramai dan berjalan sepanjang pinggir pantai ini sambil bercerita dan mengeratkan ikatan tali persaudaran atau tali persahabatan antara satu sama lain. Cuma perlu ingat kalau anda bergambar di pinggir pantai ini dan membawa bersama kanak-kanak sentiasalah pastikan mereka dan jangan biarkan mereka berjalan atau bermain sendirian di pinggir pantai tersebut agar dapat elakkan daripada terjadi suatu perkara yang tidak diingini.
Bagi yang suka memancing ikan tu, di sini adalah antara tempat yang sesuai untuk anda melakukan aktiviti memancing ikan laut, memancing ni terpulang pada anda mahu datang pada waktu pagi, petang atau pun pada waktu malam lagi pun tempat ini sentiasa buka dan tidak ada tutupnya, jadi bolehlah luangkan masa pada hujung minggu datang bersama rakan-rakan untuk memancing. Untuk kemudahan dan perkhidmatan di sini pula anda tidak perlulah risau sebab kawasan ini adalah di Bandar Kudat jadi sudah tentulah banyak kemudahan yang telah pun tersedia buat para pengunjung sama ada kemudahan yang berada di tempat ini atau pun kemudahan lain yang berada di bandar. Bagi anda yang datang ke sini boleh saja kalau mahu bawa makanan sendiri tetapi kalau anda tidak ada bawa makanan dari rumah pun tidak jadi masalah sebab di sini banyak gerai dan juga restoran untuk para pengunjung menjamu selera termasuklah juga sebuah restoran yang berada di atas laut yang mana biasanya menawarkan menu makanan laut yang sedap dan lazat. Apa pun rasanya menarik juga sekiranya dapat makan di restoran yang ada di tempat ini sebab bila lagi dapat merasakan makanan dari daerah atau tempat lain terutamanya bagi yang jarang-jarang atau tidak pernah datang ke Kudat. Di sepanjang tempat ini juga ada disediakan pondok rehat untuk para pengunjung yang mungkin datang awal dan cuaca masih agak panas jadi bolehlah ke pondok ini berehat. Tapi kalau petang hingga malam memang akan ramai orang jadi mungkin sukar sikit dapat tempat duduk, oleh itu sekiranya anda mahu bawa tikar untuk duduk pun boleh juga atau boleh saja ke gerai makan untuk duduk dan minum-minum sekejap sebelum pergi ke pinggir pantai semula menikmati pemandangan dan menghirup udara segar yang bertiup dari laut. Lain dari itu terdapat juga kemudahan menara jam yang dibina berhampiran dengan tempat ini, jadi kalau tidak ada bawa jam boleh lihat saja jam yang ada di menara ini dan menara ini juga adalah tempat yang biasa orang gunakan untuk mengambil gambar kenangan.
Seterusnya kemudahan lain ialah seperti tandas awam, kawasan tempat letak kenderaan yang luas dan terletak berhampiran saja dengan tempat ini jadi kalau anda datang dari jauh dengan memandu kereta sendiri tidak perlu risau sebab boleh terus bawa kereta ke tempat ini. Manakala bagi yang muslim pula anda tidak perlu risau sebab masjid pun berada tidak jauh dari sini iaitu cuma lebih kurang 500 meter saja jaraknya atau kalau jalan kaki mungkin makan masa dalam 5 minit jadi mudah untuk anda pergi menunaikan solat. Selain daripada kemudahan di atas terdapat banyak lagi kemudahan lain yang telah pun disediakan oleh pihak Majlis Daerah Kudat untuk memudahkan dan memberi keselesaan kepada para pengunjung sepanjang mereka berada di tempat ini. Kalau anda mahu datang melawat ke tempat ini sebaiknya bawa atau sediakan lebih awal beberapa barang keperluan yang dirasakan perlu untuk di bawa bagi memudahakn atau menjimatkan kos anda khususnya bagi mereka yang datang dari daerah lain di negeri ni atau pun pelancong dari dalam dan luar negara yang datang ke Kudat. Senarai di bawah adalah antara barang yang rasanya perlu untuk anda sediakan, tapi terpulanglah pada diri anda sendiri sama ada perlu sediakan atau tidak sebab ini cuma cadangan saja agar ianya dapat membantu serta memudahkan anda ketika berada di sini dan kalau ada senarai yang tidak tertulis di bawah ni tapi anda rasa perlu bawa maka bawalah saja keperluan tersebut :
Barang di bawa :
01. Makanan/minuman
02. Pakai topi/payung
03. Tikar duduk
04. Bajet lebih
05. Kamera/video kamera
06. Powerbank
07. Telekung (muslimah)
08. Cermin mata (jika panas)
09. Pancing (jika memancing)
10. Krim pelindung matahari
Untuk anda yang mahu ke sini boleh terutamanya yang datang dari luar daerah seperti Kota Kinabalu boleh saja naik bas yang menuju terus ke Kudat, lepas sampai di Kudat cari dahulu tempat penginapan kemudian rehat sekejap dan pada waktu petang atau malam datanglah berkunjung ke tempat ini. Tetapi kalau anda ada lesen memandu dan kereta sendiri maka adalah lebih baik untuk memandu kenderaan sendiri ke sini sebab ia lebih mudah dan dapat juga anda pergi melawat beberapa tempat menarik dan popular di sekitar daerah Kudat ini seperti Tanjung Simpang Mengayau, Kilang Gong, Ladang Lebah Madu dan lain-lain lagi.
Nota :
Pastikan anda tidak membuang sampah merata-rata di sekitar kawasan Esplanade Sidek ini, buanglah sampah anda ke dalam tong sampah yang ada disediakan agar tempat ini sentiasa kelihatan bersih dan dapat menarik lebih ramai lagi orang untuk datang berkunjung.
Kredit gambar : Kampung2
Kredit gambar : Wahidayatul
Kredit gambar : Hellosabah
Esplanade Sidek merupakan sebuah tempat menarik di Kudat yang mesti anda kunjungi apabila datang berkunjung ke daerah ini khususnya di Bandar Kudat untuk melakukan aktiviti beriadah bersama rakan atau keluarga tidak kiralah sama ada anda adalah penduduk daerah ini, penduduk daerah lain di negeri ini atau pun pelancong dari dalam dan luar negara yang datang melancong dan bercuti ke Kudat. Di sini sangat sesuai buat anda beriadah sambil berehat dan melihat keindahan lautan yang terbentang luas di hadapan dan sudah pastilah yang selalu orang ramai tunggu-tunggu ialah suasana keindahan pada waktu petang iaitu ketika matahari mula terbenam yang akan menyajikan satu pemandangan yang sanggatlah mengagumkan. Tempat ini adalah sebuah taman awam yang berada di bawah seliaan dan pengurusan pihak Majis Daerah Kudat yang sentiasa memastikan tempat ini sentiasa terjaga agar dapat lebih ramai orang datang ke sini setiap hari terutamanya ketika hujung minggu dengan membawa bersama keluarga dan rakan-rakan sebab tempat ini memang mesra keluarga jadi anda boleh bawa anak-anak dan juga ibu bapa yang mungkin akan dapat menggembirakan mereka dapat melihat keindahan alam semulajadi. Bagi anda yang mahu datang ke sini contohnya dari Kota Kinabalu jarak perjalanan ke sini akan ambil masa sekitar 3 jam dengan jaraknya sejauh kira-kira 180 km dengan menaiki kenderaan, kalau naik bas mungkin 3 jam lebih sikit sebab kadang kala kalau naik bas akan ada singgah lagi untuk turunkan orang jadi terpulanglah pada anda mahu naik apa ke sini yang penting perjalanan anda selamat pergi dan juga selamat balik semula ke tempat masing-masing.
Biasanya di sini orang akan ramai bermula pada waktu petang sehinggalah malam, yang datang pada waktu petang ramai yang tinggal jauh dari bandar ini, manakala kalau yang tinggal dekat sikit pasti di sini sehingga malam terutamanya ketika hujung minggu. Pinggir pantai tempat Esplanade ni memang panjang jadi sesuai untuk anda melakukan beberapa aktiviti seperti duduk beriadah, berjalan bersiar-siar dan kalau mahu berbasikal pun boleh juga tetapi harus berhati-hatilah sebab takut pula terlanggar orang lain. Selain itu di sini juga sangat sesuai untuk mengambil gambar dengan pemandangan lautan yang terbentang luas lebih menarik lagi kalau dapat bergambar pada waktu petang ketika matahari terbenam yang menampakkan suasana pemandangan senja yang begitu indah di lautan. Terdapat juga beberapa binaan seperti ilovekudat dan menara jam yang terdapat berhampiran tempat ini sangat sesuai dijadikan sebagai tempat mengambil gambar untuk dijadikan sebagai kenangan lawatan anda ke daerah Kudat. Untuk aktiviti mungkin agak kurang sikit di sini sebab biasa orang ke sini adalah untuk beriadah atau pun berehat pada waktu petang dan malam setelah penat bekerja seharian. Kalau ke tempat ini sangat menarik sekiranya dapat datang beramai-ramai tidak kira dengan keluarga atau rakan sebab dapatlah juga anda mengambil gambar beramai-ramai dan berjalan sepanjang pinggir pantai ini sambil bercerita dan mengeratkan ikatan tali persaudaran atau tali persahabatan antara satu sama lain. Cuma perlu ingat kalau anda bergambar di pinggir pantai ini dan membawa bersama kanak-kanak sentiasalah pastikan mereka dan jangan biarkan mereka berjalan atau bermain sendirian di pinggir pantai tersebut agar dapat elakkan daripada terjadi suatu perkara yang tidak diingini.
Bagi yang suka memancing ikan tu, di sini adalah antara tempat yang sesuai untuk anda melakukan aktiviti memancing ikan laut, memancing ni terpulang pada anda mahu datang pada waktu pagi, petang atau pun pada waktu malam lagi pun tempat ini sentiasa buka dan tidak ada tutupnya, jadi bolehlah luangkan masa pada hujung minggu datang bersama rakan-rakan untuk memancing. Untuk kemudahan dan perkhidmatan di sini pula anda tidak perlulah risau sebab kawasan ini adalah di Bandar Kudat jadi sudah tentulah banyak kemudahan yang telah pun tersedia buat para pengunjung sama ada kemudahan yang berada di tempat ini atau pun kemudahan lain yang berada di bandar. Bagi anda yang datang ke sini boleh saja kalau mahu bawa makanan sendiri tetapi kalau anda tidak ada bawa makanan dari rumah pun tidak jadi masalah sebab di sini banyak gerai dan juga restoran untuk para pengunjung menjamu selera termasuklah juga sebuah restoran yang berada di atas laut yang mana biasanya menawarkan menu makanan laut yang sedap dan lazat. Apa pun rasanya menarik juga sekiranya dapat makan di restoran yang ada di tempat ini sebab bila lagi dapat merasakan makanan dari daerah atau tempat lain terutamanya bagi yang jarang-jarang atau tidak pernah datang ke Kudat. Di sepanjang tempat ini juga ada disediakan pondok rehat untuk para pengunjung yang mungkin datang awal dan cuaca masih agak panas jadi bolehlah ke pondok ini berehat. Tapi kalau petang hingga malam memang akan ramai orang jadi mungkin sukar sikit dapat tempat duduk, oleh itu sekiranya anda mahu bawa tikar untuk duduk pun boleh juga atau boleh saja ke gerai makan untuk duduk dan minum-minum sekejap sebelum pergi ke pinggir pantai semula menikmati pemandangan dan menghirup udara segar yang bertiup dari laut. Lain dari itu terdapat juga kemudahan menara jam yang dibina berhampiran dengan tempat ini, jadi kalau tidak ada bawa jam boleh lihat saja jam yang ada di menara ini dan menara ini juga adalah tempat yang biasa orang gunakan untuk mengambil gambar kenangan.
Seterusnya kemudahan lain ialah seperti tandas awam, kawasan tempat letak kenderaan yang luas dan terletak berhampiran saja dengan tempat ini jadi kalau anda datang dari jauh dengan memandu kereta sendiri tidak perlu risau sebab boleh terus bawa kereta ke tempat ini. Manakala bagi yang muslim pula anda tidak perlu risau sebab masjid pun berada tidak jauh dari sini iaitu cuma lebih kurang 500 meter saja jaraknya atau kalau jalan kaki mungkin makan masa dalam 5 minit jadi mudah untuk anda pergi menunaikan solat. Selain daripada kemudahan di atas terdapat banyak lagi kemudahan lain yang telah pun disediakan oleh pihak Majlis Daerah Kudat untuk memudahkan dan memberi keselesaan kepada para pengunjung sepanjang mereka berada di tempat ini. Kalau anda mahu datang melawat ke tempat ini sebaiknya bawa atau sediakan lebih awal beberapa barang keperluan yang dirasakan perlu untuk di bawa bagi memudahakn atau menjimatkan kos anda khususnya bagi mereka yang datang dari daerah lain di negeri ni atau pun pelancong dari dalam dan luar negara yang datang ke Kudat. Senarai di bawah adalah antara barang yang rasanya perlu untuk anda sediakan, tapi terpulanglah pada diri anda sendiri sama ada perlu sediakan atau tidak sebab ini cuma cadangan saja agar ianya dapat membantu serta memudahkan anda ketika berada di sini dan kalau ada senarai yang tidak tertulis di bawah ni tapi anda rasa perlu bawa maka bawalah saja keperluan tersebut :
Barang di bawa :
01. Makanan/minuman
02. Pakai topi/payung
03. Tikar duduk
04. Bajet lebih
05. Kamera/video kamera
06. Powerbank
07. Telekung (muslimah)
08. Cermin mata (jika panas)
09. Pancing (jika memancing)
10. Krim pelindung matahari
Untuk anda yang mahu ke sini boleh terutamanya yang datang dari luar daerah seperti Kota Kinabalu boleh saja naik bas yang menuju terus ke Kudat, lepas sampai di Kudat cari dahulu tempat penginapan kemudian rehat sekejap dan pada waktu petang atau malam datanglah berkunjung ke tempat ini. Tetapi kalau anda ada lesen memandu dan kereta sendiri maka adalah lebih baik untuk memandu kenderaan sendiri ke sini sebab ia lebih mudah dan dapat juga anda pergi melawat beberapa tempat menarik dan popular di sekitar daerah Kudat ini seperti Tanjung Simpang Mengayau, Kilang Gong, Ladang Lebah Madu dan lain-lain lagi.
Nota :
Pastikan anda tidak membuang sampah merata-rata di sekitar kawasan Esplanade Sidek ini, buanglah sampah anda ke dalam tong sampah yang ada disediakan agar tempat ini sentiasa kelihatan bersih dan dapat menarik lebih ramai lagi orang untuk datang berkunjung.
Ulasan
Catat Ulasan