Esplanade Sipitang merupakan salah satu tempat menarik di Sabah. Tempat atau lokasi menarik ini terletak di dalam Bahagian Pedalaman Sabah iaitu di pinggir laut Pekan Sipitang.
ESPLANADE WATERFRONT SIPITANG
Kredit gambar : xploresabah
Esplanade Sipitang adalah salah satu tempat menarik di Sipitang yang dibina khas untuk orang ramai beriadah bersama keluarga atau rakan-rakan ditepi laut yang menyajikan satu pemandangan yang indah dan menarik. Tempat ini terletak dipinggir laut di Pekan Sipitang iatu lebih kurang 138 km atau kira-kira 2 jam 20 minit perjalanan dari Pusat Bandar Kota Kinabalu dan tempat ini juga merupakan salah satu tempat yang sering menjadi tumpuan orang ramai terutama sekali mereka yang tinggal disekitar daerah Sipitang dan kawasan yang berhampiran. Esplanade Sipitang ini adalah sebuah taman awam yang dibina ditepi laut sebagai sebuah tempat pelancongan yang menarik di daerah ini dan keluasan Esplanade adalah sepanjang 452 meter dan lebarnya lebih kurang 75 meter.
Kawasan pelancongan ini sememangnya amat cantik kerana berada di tepi laut dengan dibina beberapa tempat seperti jambatan yang panjang ke laut untuk orang ramai beriadah sambil melihat pemandangan laut yang terbentang luas dan menghirup udara segar yang bertiup dari laut. Sekiranya anda datang ke sini sudah pasti anda akan terpesona melihat keindahan pemandangan di sini lebih-lebih lagi dengan pemandangan pada waktu sebelah petang iaitu ketika matahari terbenam yang akan membuatkan anda merasa kagum. Tetapi sekiranya anda tidak mempunyai kesempatan menunggu sehingga waktu petang pun tidak mengapa sebab anda boleh melawat ke sini pada bila-bila masa saja dan pemandangannya tetap juga memukau hati anda. Dengan adanya pondok-pondok yang dibina di sini juga akan lebih memudahkan anda untuk beriadah di sini beramai-ramai bersama keluarga dan rakan-rakan.
Jambatan yang dibina menuju ke laut ada dua jadi anda boleh pilih yang mana satu yang anda mahu untuk berehat, beriadah dan mengambil gambar pemandangan yang cantik. Dengan pemandangan yang indah dan cantik serta suasana tempatnya kemas dan bersih memang sangat cantik apabila anda ambil gambar di sini. Bagi yang suka memuat naik gambar pemandangan yang cantik-cantik ke dalam media sosial memang sesuai anda lawat tempat ini dan mengambil gambar pemandangannya. Cuma tempat ini biasanya akan ramai orang pada waktu petang atau ketika musim cuti seperti cuti sekolah atau hujung minggu, jadi anda bolehlah atur masa anda datang awal ke sini agar dapat tempat duduk atau tempat beriadah yang sesuai untuk memudahkan anda mengambil gambar.
Jambatan yang dibina menuju ke laut ada dua jadi anda boleh pilih yang mana satu yang anda mahu untuk berehat, beriadah dan mengambil gambar pemandangan yang cantik. Dengan pemandangan yang indah dan cantik serta suasana tempatnya kemas dan bersih memang sangat cantik apabila anda ambil gambar di sini. Bagi yang suka memuat naik gambar pemandangan yang cantik-cantik ke dalam media sosial memang sesuai anda lawat tempat ini dan mengambil gambar pemandangannya. Cuma tempat ini biasanya akan ramai orang pada waktu petang atau ketika musim cuti seperti cuti sekolah atau hujung minggu, jadi anda bolehlah atur masa anda datang awal ke sini agar dapat tempat duduk atau tempat beriadah yang sesuai untuk memudahkan anda mengambil gambar.
Sebenarnya banyak juga aktiviti yang boleh anda lakukan apabila datang ke sini tetapi aktiviti yang paling banyak lakukan adalah mengambil gambar sebab di sini menyajikan pemandangan yang cantik seperti pemandangan waktu matahari terbenam. Selain itu anda juga bolehlah bersiar-siar di sepanjang tepi laur di esplanade ini yang sepanjang 452 meter dan kalau mahu berbasikal pun boleh juga sebab tempat ini memang ada lakuan untuk anda berjalan kaki atau berbasikal. Aktiviti lain adalah seperti makan satay di gerai yang terdapat berhampiran tempat ini dan sememangnya satay di sini sangat terkenal dikalangan penduduk daerah Sipitang ni. Selain itu ramai juga yang melakukan aktiviti memancing ikan sebab sesuai sangat tempat ni untuk memancing.
Oleh kerana tempat ini adalah antara tumpuan orang ramai beriadah dan berkumpul pada waktu-waktu tertentu terutama waktu petang, maka terdapat beberapa kemudahan yang telah disediakan oleh pihak berkuasa daerah Sipitang ni agar dapat menarik lebih ramai lagi orang datang tidak kira dari daerah ini sendiri atau yang datang dari luar daerah. Kemudahan ni diwujudkan agar dapat memudahkan para pengunjung ketika berada di tempat ini. Antara kemudahan yang ada disediakan di Esplanade Sipitang atau kawasan berhampirannya ialah seperti :
Kemudahan :
01. Pondok rehat
02. Tempat letak kereta
03. Laluan jalan kaki
04. Laluan berbasikal
05. Gerai makan
06. Tong sampah
03. Laluan jalan kaki
04. Laluan berbasikal
05. Gerai makan
06. Tong sampah
07. Tandas awam
08. Bank (di Pekan)
09. Tempat duduk
10. Lampu kawasan
11. Pengangkutan awam
12. Pondok di laut
13. Masjid Pekan Sipitang
Jadi kalau anda berminat bolehlah datang beramai-ramai ke Esplanade Sipitang ini bersama keluarga atau kawan-kawan untuk melakukan bermacam-macam aktiviti sambil melihat keindahan pemandangan alam dari tempat ini. Bagi yang datang dari jauh tu bolehlah bawa barang-barang keperluan untuk digunakan di sini nanti, contohnya membawa makanan sendiri jika mahu berjimat, bawa pancing dan lain-lain lagi yang anda rasakan perlu untuk di bawa. Yang penting sedia bajet lebih sikit sekiranya ingin membeli belah di sini atau mencari makanan untuk di makan.
Untuk ke sini kalau dari luar daerah adalah lebih baik kalau ada kereta sendiri sebab daerah ni jauh di Pedalaman Sabah, jadi kalau ada kereta sendiri bolehlah terus pandu ke tempat ini agar dapat jimatkan masa anda berbanding menaiki kereta sewa atau bas. Kalau ada yang mahu naik bas pun boleh juga, tapi pastikan bas tu menuju ke daerah ini kemudian setelah sampai boleh sewa e-hailing untuk ke tempat ini.
Ulasan
Catat Ulasan