Fatt Choi Coffee Cabin merupakan salah satu tempat menarik
di Sabah khususnya buat penggemar kopi Tenom dan juga mereka yang ingin mencari lokasi percutian untuk sesisi keluarga dengan suasana yang tenang serta mempunyai pemandangan cantik di atas bukit. Tempat ni
sebenarnya adalah sebuah ladang kopi yang menghidangkan minuman Kopi Tenom dan juga penginapan bagi mereka yang ingin ke sini dan bermalam di cabin yang telah disediakan dan tempat ini terletak di dalam daerah Tenom iaitu lebih kurang 2 km atau kira-kira menarik 5 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pekan Tenom, Sabah.
Fatt Choi Coffee Cabin merupakan salah satu tempat menarik di
Tenom yang rasanya perlu untuk anda kunjungi apabila datang ke daerah
Tenom tidak kira sama ada urusan kerja mahu pun bercuti bersama keluarga dan rakan-rakan terutamanya kepada para pengunjung yang sangat berminat dengan minuman Kopi Tenom yang cukup popular di negeri ini. Kopi Tenom Fatt Choi telah diasaskan oleh Encik Foong Choon Sang pada tahun 1983 lagi, setelah beberapa tahun dibuka akhirnya pada 2014 sebuah kafe telah dibuka di sini dan merupakan kafe pertama yang dibuka di daerah Tenom untuk para pengunjung yang munkgin datang atau singgah bagi menikmati Kopi Tenom yang lebih baru dan segar yang dipetik dari ladang kopi yang ada di sini dan juga terus diproses di sini untuk dihidangkan kepada para tetamu yang datang ke kafe tidak kira yang sekadar datang untuk lawatan sehari dan menikmati kopi ini atau pun yang mungkin datang ke sini dengan menginap dan bermalam di cabin yang telah disediakan. Dengan lokasi tempat ini yang berada di atas bukit termasuklah juga tempat penginapannya maka sudah tentu ianya menyajikan satu pemandangan yang cukup indah serta menawan jadi tidak hairanlah ramai juga yang datang ke sini untuk mengambil gambar sahaja dan ada juga yang datang untuk bergambar sambil merasa minuman Kopi Fatt Choi, tapi kalau yang datang dari jauh tu memang selalunya akan menginap di cabin tersebut. Oleh itu sekiranya anda berpeluang datang berkunjung ke daerah Tenom ini pastikan jangan lupa untuk singgah sekejap di tempat ini, lagi pun lokasinya tidak jauh dari Pekan Tenom dan bayaran masuknya juga sangat murah, jadi tidak ada masalah pun sekiranya singgah dan menikmati Kopi Tenom yang dikenali ramai dengan rasa yang sedap serta lazat.
Kopi Tenom Fatt Choi terletak di dalam daerah Tenom dan lokasinya berada tidak jauh dari pekan iaitu cuma lebih kurang 2 km atau kira-kjira 5 minit perjalanan sahaja menaiki kenderaan dari Pekan Tenom, manakala bagi yang datang dari jauh contohnya dari Kota Kinabalu pula jaraknya adalah lebih kurang 151 km atau kira-kira 2 jam 30 minit perjalanan menaiki kenderaan, jadi memang agak jauh dari Kota Kinabalu tetapi tidak perlulah risau sebab bila sudah sampai sini dan menikmati kelazatan Kopi Tenom pasti segala penat ketika memandu tu akan hilang ditambah lagi dengan keindahan pemandangan di sini yang cukup indah dan menawan pasti akan menyegarkan mata anda. Terdapat banyak kemudahan dan perkhidmatan yang telah disediakan buat para pengunjung yang datang ke tempat ini tidak kiralah sama ada yang datang untuk lawatan sehari atau day trip atau pun yang mahu menginap dan bermalam untuk satu malam atau lebih. Antara kemudahan tersebut adalah penginapan jenis cabin yang mempunyai pilihan beberapa jenis bilik dengan ada antaranya khas untuk dua orang, ada yang boleh muat empat orang, enam orang dan juga sepuluh orang dalam satu bilik. Setiap bilik ini juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti katil, tilam, bantal, almari pakaian, tandas, bilik mandi, kelengkapan tandas serta kelengkapan bilik mandi, penghawa dingin dan pelbagai lagi kemudahan lagi. Harga bilik di sini adalah berbeza ketika hujung minggu atau cuti umum dan hari biasa yang mana ketika hujung minggu biasanya akan ada penambahan harga sedikit, selain itu kalau anda datang dalam kumpulan yang ramai dan inginkan tilam tambahan juga akan ada dikenakan bayaran sedikit iaitu sebanyak RM10 untuk satu tilam, itu pun kalau anda mahu buat tambahan.
Apabila anda sewa penginapan cabin di sini terdapat juga kemudahan kopi, teh dan minuman coklat yang diberikan secara percuma dan sudah termasuk dalam bayaran sewa tadi, jadi kalau anda di bilik pun boleh juga merasai Kopi Tenom yang dikeluarkan di sini. Kemudahan lain yang ada disediakan ialah kawasan tempat letak kereta secara percuma buat para tetamu yang datang, bagi yang datang dari daerah ini juga atau dari tempat lain dan memandu sendiri kereta ke sini tidak perlu lagi risau sebab mudah untuk anda meletakkan kereta anda di sini untuk dilihat dan dijaga. Kedai cenderahati juga ada di sini bagi sesiapa yang mahu membeli beberapa barangan cenderahati termasuklah Kopi Tenom Fatt Choi sebelum pulang semula ke tempat masing-masing, manakala bagi yang ingin menjamu selera atau merasa minuman Kopi Tenom bolehlah ke kafe untuk makan dan minum dan banyak menu makanan disediakan yang halal, bagi anda yang mahu bermalam di sini mungkin boleh beli makanan dari luar termasuk keropok untuk di simpan agar dapat mengisi perut pada waktu malam bila terasa lapar. Jika anda mahu makan malam di restoran Pekan Tenom yang mungkin agak murah sedikit boleh juga tetapi sebaiknya pergi awal supaya dapat pulang awal ke tempat ini sebab biasanya di sini pintu pagar akan ditutup pada jam 11 malam, oleh itu sekiranya anda balik lewat iaitu selepas dari jam 11 malam maka anda yang sendiri harus membuka dan menutup semula pagar tersebut. Seterusnya adalah kemudahan tempat bergambar yang direka dan dihias dengan cantik di atas bukit berhampiran dengan signboard tempat ini dan di kawasan tempat bergambar ni juga disediakan kemudahan tempat duduk, meja, lampu dan juga menara untuk anda mengambil gambar dan melihat keindahan Pekan Tenom serta kawasan di sekitarnya termasuk Sungai Padas.
Untuk kanak-kanak juga ada disediakan kemudahan playground tetapi kawasan playground ni tidaklah luas cukup untuk kanak-kanak bermain. Sekiranya anak anda buat aktiviti bermain di taman permainan ini pastikan jangan biarkan mereka bermain sendiri sebaliknya sentiasalah awasi mereka akan dapat menjamin keselamatan mereka semasa bermain di sini terutamanya bagi kanak-kanak yang masih kecil. Tidak banyak sebenarnya aktiviti yang boleh dilakukan di sini sebab biasanya para tetamu yang datang ke sini untuk adalah untuk merasai Kopi Tenom yang popular di negeri ini serta mengambil gambar di kawasan yang telah disediakan khas untuk bergambar, selain daripada itu mungkin boleh pergi melihat ladang kopi yang ada di sini, tetapi tidak pasti lagi sama ada pihak pengurusan di sini ada membuat sesi lawatan ke ladang, apa pun anda boleh bertanya dengan pihak pengurusan Fatt Choi Coffee Cabin bila sudah berada di sini nanti. Rasanya itu sahaja aktiviti yang dapat dilakukan di sini, jadi rasanya bila anda bercadang datang ke tempat ini sebaiknya senaraikan beberapa tempat menarik yang ada disekitar daerah Tenom untuk anda buat aktiviti lawatan sebab terdapat banyak tempat menarik yang terdapat di Tenom yang boleh dikunjungi iaitu seperti :
Tempat menarik berhampiran :
01. Pekan Tenom
02. Taman Pertanian Tenom
03. Muzium Antanom
04. Pammos View
05. Bukit Rukud
06. Yit Foh Kopi Tenom Park
07. Yong Farmstay
08. Tenom Valley
09. Air Terjun Muaya
10. Pusat Kebudayaan Murut
11. Rundum Highlands
12. Keretapi Tenom
13. Taman Sokid Oloson
14. Padas Farmstay
15. Marais Center
Bagi sesiapa yang mahu ke tempat ini boleh memilih untuk menaiki bas yang menuju ke daerah Tenom, selepas sampai di Pekan Tenom boleh cari dan sewa teksi atau perkhidmatan e-hailing lain untuk hantar anda ke Fatt Choi Coffee Cabin. Kalau mahu lebih mudah dan cepat sebaiknya memandu kereta sendiri sebab dengan adanya kereta sendiri senang untuk bergerak sama ada pergi makan di restoran Pekan Tenom atau pun pergi melawat ke beberapa tempat menarik seperti yang disenarai di atas tadi.
Waktu operasi :
Isnin - Sabtu : 9 pagi - 5 petang
Ahad : 12 tengahari - 5 petang
Untuk sebarang maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan bolehlah menghungi pihak pengurusan Fatt Choi Coffee Cabin di alamat seperti di bawah :
Hubungi :
Fatt Choi Coffee Cabin
Jalan Tun Mustapha,
89900, Tenom,
Sabah, Malaysia.
Telefon : +6087 735 230
No. Fax : +6087 737 230
Website : Fatt Choi
Web Fb : Fatt Choi
Jalan Tun Mustapha,
89900, Tenom,
Sabah, Malaysia.
Telefon : +6087 735 230
No. Fax : +6087 737 230
Website : Fatt Choi
Web Fb : Fatt Choi
Ulasan
Catat Ulasan