Langkau ke kandungan utama

G Wonder Khayalan Home Art Gallery

G Wonder Khayalan Home Art Gallery merupakan salah satu tempat menarik di Sabah yang terletak di daerah Kudat, lebih kurang 28.6 km perjalanan dari Pusat Bandar Kudat.

G WONDER KHAYALAN HOME ART GALLERY

Kredit Gambar : G Wonder Khayalan

G Wonder Khayalan Home Art Gallery merupakan salah sebuah tempat menarik di Kudat yang boleh dikunjungi oleh orang ramai seperti penduduk tempatan atau para pelancong dari dalam dan luar neagra yang datang melancong ke Sabah terutama sekali ke daerah Kudat. Tempat galeri ini terletak di daerah Kudat iaitu lebih kurang 28.6 km atau kira-kira 31 minit perjalanan dari Pusat Bandar Kota Kinabalu dan lebih kurang 153 km atau kira-kira 3 jam perjalanan dari Pusat Bandar Kota Kinabalu. G Wonder Khayalan Home Art adalah sebuah pusat galeri seni milik perseorangan iaitu Encik Jamal dan galeri ini juga lebih dikenali dengan nama 'The Ugliest Gallery' (galeri paling hodoh) sebab pemilik galeri ini ingin mencari suatu seni yang tidak sempurna dalam hidupnya. 

Walaupun galeri ini juga disebut sebagai galeri paling hodoh (The Ugliest Gallery) namun hasil seni yang ada dipamerkan di sini sebenarnya sangat unik dan kebanyakkan hasil lukisan atau seni yang di hasilkan adalah yang berkaitan dengan kebudayaan suku kaum Rungus yang merupakan suku kaum majoriti di daerah Kudat. Bahagian dalam dan luar galeri seni ini juga dipenuhi dengan pelbagai corak dan bentuk lukisan, arca dan lain-lain lagi, oleh itu tidak hairanlah tempat ini selalu dikunjungi oleh orang ramai termasuklah pelancong dari luar negara. Penduduk tempatan seperti orang perseorang atau berkumpulan seperti pelajar dan guru juga sering melawat ke galeri ini untuk melihat sendiri keunikan bermacam seni yang ada di sini. Memang tidak rugi juga bila sebab anda boleh lihat sendiri lukisan atau arca yang dibuat disamping dapat menimba ilmu pengetahuan tentang masyarakat Rungus
.


Selain daripada datang melawat galeri dan melihat lukisan atau arca anda juga boleh membeli sekiranya mahu dan berminat pada mana-mana lukisan atau arca tersebut. Harganya pun tidak juga terlalu mahal jadi anda boleh pilih saja yang mana disuka, tetapi yang penting bawa duit lebih jika ke sini dan ingin membeli. Kalau anda tidak mahu beli pun tidak apa, boleh datang melawat ke sini dan melihat semua hasil seni yang ada dan boleh mengambil gambar hasil seni tersebut, bayaran masuk ke sini pun cukup murah jadi boleh datang ramai-ramai lagi bagus seperti datang dengan keluarga atau rakan-rakan sebab kalau ramai-ramai bolehlah berkongsi-kongsi cerita tentang galeri yang ada di sini sambil bersiar-siar di laluan berjalan kaki yang berwarna wari dengan pelbagai bercorak dan melihat keindahan kawasan sekeliling yang dipenuhi tumbuh-tumbuhan yang menghijau. 

Biasanya mereka yang ke sini adalah untuk melawat galeri seni dan melihat seperti lukisan dan arca, jika anda ada mahu buat aktiviti lain di sini perlulah bertanya terlebih dahulu dengan pihak G Wonder Khayalan Home Art Gallery untuk pastikan sama ada mereka ada menawarkan aktiviti lain atau pun membenarkan anda membuat aktiviti di sini seperti sukaneka dan lain-lain lagi. Tetapi yang penting adalah datang melawat ke sini untuk memberikan sokongan kepada galeri seni di sini yang merupakan  hasil seni penduduk tempatan Negeri Sabah. 

Untuk ke galeri ini boleh naik bas dari Kota Kinabalu yang menuju ke Kudat, dan bila sudah sampai di Kudat bolehlah sewa teksi atau perkhidmatan e-hailing yang lain dan beritahu pemandu untuk hantar anda ke sini. Bagi mereka yang ada kereta, bolehlah memandu sendiri terus ke sini, jadi tidaklah anda terbuang masa lebih lama untuk melawat ke tempat ini.

Waktu operasi :
Isnin - Sabtu : 9 pagi - 5 petang
Hari ahad : Tutup

Bayaran masuk :
Warganegara 
Dewasa 13 tahun ke atas : RM3.00
Kanak-kanak 12 tahun ke bawah : RM2.00

Warga asing : 
Seorang : RM7.00

Nota :
1. Tidak boleh merokok di kawasan ini
2. Jangan buang sampah merata-rata
3. Sedia duit jika ingin beli hasil seni

Ulasan