Gayana Marine Resort merupakan salah satu resort yang bertaraf 5 bintang dan resort ini terletak di Pulau Gaya, Kota Kinabalu, Sabah yang juga salah satu daripada pulau yang terdapat dalam Taman Negara Tunku Abdul Rahman Kota Kinabalu dan kira-kira 20 minit perjalanan menaiki bot kalau dari Jeti di Jesselton Point Kota Kinabalu.
GAYANA MARINE RESORT
Kredit gambar : Gayana
Kredit gambar : Gayana
Kredit gambar : Gayana
Gayana Marine Resort merupakan salah sebuah resort atau pun pusat peranginan yang menarik bertaraf 4 bintang dan terletak di bahagian Teluk Malohom Pulau Gaya, Kota Kinabalu, Sabah yang mana Pulau Gaya ni adalah salah satu pulau yang terdapat dalam Taman Negara Tunku Abdul Rahman iaitu kira-kira 20 minit perjalanan menaiki bot dari tempat berlepas iaitu di Jeti Jesselton Point Kota Kinabalu. Resort ini adalah sebuah pusat peranginan yang mewah yang telah dibina pada tahun 2009 lagi dengan 45 buah vila yang dibina di atas kawasan air laut di pulau yang sudah pasti dapat menyajikan satu pemandangan yang cukup menarik dan indah seperti pemandangan ketika matahari terbenam, pemandangan hidupan akuamarin di laut dan dengan hutan tropika yang ada berhampiran resort menjadikan udara di sini lebih segar. Dengan suasana yang lebih tenang di sini juga turut menjadikan tempat ini antara salah satu destinasi pilihan bagi mereka yang ingin mencari tempat percutian dengan tenang dan jauh dari kesibukan bandar tidak kira sama ada penduduk tempatan atau pun pelancong dari dalam dan luar negara yang datang melancong ke Negeri Sabah khususnya ke Kota Kinabalu. Jika anda berminat untuk bercuti di sini sebaiknya membuat tempahan lebih awal agar pihak resort dapat sedia segala yang diperlukan termasuk pengangkutan pergi dan balik anda dari resort dan pulau ini.
Resort ni terletak di atas air tapi anda tidak perlu risau sebab banyak juga kemudahan dan perkhidmatan yang telah disediakan khas buat para tetamu yang datang sesuai dengan resort ini yang bertaraf 5 bintang. Kemudahan yang disediakan ni adalah bertujuan agar setiap tetamu yang datang menginap sentiasa merasa selesa dan berpuas hati sepanjang percutian mereka di sini. Antara kemudahan dan juga perkhidmatan yang ada disediakan oleh pihak Gayana Marine Resort adalah seperti penginapan yang mana penginapan ni terdiri daripada 45 buah vila dengan reka bentuk yang menarik dan menghadap ke arah laut yang terbentang luas jadi anda boleh lihat pemandangan laut dan beberapa pulau lain yang berada di sekitarnya. Setiap vila ini juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan lain iaitu seperti air botol minum percuma, minuman segera seperti kopi percuma, kelengkapan tandas atau bilik mandi, kemudahan seterika, jubah serta tuala mandi, penghawa dingin, pengering rambut dan bermacam-macam lain kemudahan yang lain. Cuma di bilik vila ni anda tidak boleh merokok, jadi kalau anda mahu merokok boleh bertanya dengan kakitangan yang bertugas dimana kawasan yang dikhaskan untuk merokok dan pastikan juga jangan membuang sisa sampah anda ke dalam tu ke laut agar tempat ini sentiasa bersih dan dapat menjamin keselematan hidupan marin yang ada di laut berhampiran. Di sini kadang talian telefon tidak berapa baik tapi jangan risau sebab kemudahan internet dan wifi ada disediakan untuk anda kekal berhubung dengan keluarga dan rakan sepanjang anda berada di sini.
Kemudahan lain yang ada ialah kolam renang, walaupun resort ni di atas air tapi ada juga kolam renang yang dibina buat para tetamu yang lebih suka untuk mandi di kolam dan anda boleh mandi di kolam ni tidak kira umur sama ada tua atau pun muda. Kolam ni di kawasan terbuka jadi bagi yang muslim boleh bawa atau sediakan pakaian untuk mandi yang menutup aurat. Di resort ni juga ada disediakan bilik kecergasan atau gim yang boleh anda gunakan jika ingin bersenam tapi jika anda mahu gunakan bilik ni perlu tanya kakitangan resort terlebih dahulu agar mereka dapat membawa anda ke sini. Kemudahan seterusnya adalah tab mandi panas, oleh kerana tempat ni mungkin sejuk dalam keadaan tertentu kena lagi tempat ni di atas laut jadi tab mandi panas ni disediakan untuk anda. Sekiranya anda mahu buat aktiviti di laut terdapat beberapa kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan iaitu seperti peralatan untuk snorkeling, berenang, menyelam dan juga kemudahan peralatan sukan bermotor seperti bot. Bila percutian anda sudah habis tamat sudah pasti anda ingin mencari cenderahati untuk dijadikan kenangan kan?, jangan risau sebab di sini pun ada juga kedai cenderahati yang menjual berbagai macam barangan yang boleh anda pilih dan cenderahati di jual ni biasanya yang melambangkan atau yang berkaitan dengan negeri Sabah seperti barangan kraftangan tempatan, barangan perhiasan seperti mutiara Sabah, pakaian seperti baju batik Sabah, patung yang berkaitan negeri ini seperi patung orang utan, makanan tempatan dan lain-lain lagi. Jadi anda boleh pilih saja yang mana berminat untuk dibawa pulang ke tempat asal masing-masing nanti.
Kemudahan dan perkhidmatan lain ialah shuttle lapangan terbang, ini khususnya bagi mereka yang datang dari jauh sama ada pelancong dari dalam mahu pun luar negara. Dengan adanya kemudahan shuttle lapangan terbang ni perjalanan anda dari lapangan terbang ke pulau dan resort ini adalah lebih lebih teratur kerana ianya diuruskan oleh pihak resort sepenuhnya, tapi untuk kemudahan ini anda perlulah beritahu dengan pihak restort lebih awal sebaiknya ketika anda membuat tempahan bercuti ke sini jadi bolehlah mereka buat persediaan dari segi pengangkutan anda untuk pergi dan balik dari resort. Bagi yang ingin menjamu selera tu tidak perlulah pergi jauh sebab di sini pun ada disediakan restoran untuk anda menjamu selera seperti makan pagi atau sarapan, makan tengahari, minum petang dan juga makan malam. Terdapat 2 restoran yang ada disediakan dengan pelbagai menu makanan untuk para tetamu termasuklah menu makanan halal dan juga piza kayu bakar yang sudah pasti akan membuatkan anda lebih berselera jika memakannya. Tapi kedua-dua restorannya waktu operasinya adalah berbeza yang mana pertama buka dari jam 7 pagi hingga 10.30 malam dan yang kedua tu buka dari jam 5 petang hingga 11 malam jadi biasanya yang pertama tu memang selalu ramai orang sebab ia buka sepanjang hari dari pagi hinggalah malam. Untuk senarai ringkas di bawah ni adalah antara beberapa kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan
Kemudahan/Perkhidmatan :
01. Penginapan
02. Dewan acara/majlis
03. Kolam renang
04. Restoran 2 buah
05. Keselamatan 24 jam
06. Shuttle lapangan terbang
07. Kedai cenderahati
08. Khidmat dobi
09. Bilik gim
10. Tukaran mata wang
11. Kemudahan OKU
12. Tukaran mata wang
13. Simpanan bagasi
14. Peti deposit keselamatan
15. Hotspot Mobile
16. Peralatan menyelam
17. Peralatan snorkeling (sewa)
Resort ni letaknya di pulau jadi mungkin aktiviti di darat tu mungkin tidaklah terlalu banyak tetapi anda pasti akan merasa berbaloi dengan aktiviti lain yang mungkin boleh dilakukan apabila datang bercuti ke sini. Antara aktiviti yang mungkin boleh anda lakukan adalah seperti mandi di kolam renang, bagi yang ada anak tu boleh bawa anak anda mandi di kolam renang yang khas untuk kanak-kanak. Aktiviti lain ialah berjalan bersiar-siar di pantai yang terdapat di pulau ini tetapi kalau anda berjalan di tepi pantai dan membawa bersama kanak-kanak pastikan sentiasa menjaga keselamatan mereka terutama sekali jika ada anak yang masih kecil. Selain itu anda juga boleh melakukan aktiviti di laut seperti berenang, berkayak, snorkeling menaiki bot dan menyelam di laut sambil melihat keindahan hidupan marin yang ada seperti ikan, terumbu karang dan lain-lain lagi. Pihak resort juga ada membuat aktiviti penanaman semula karang yang mana aktiviti ini membenarkan para tetamu yang berminat untuk mengikuti aktiviti ini dan anda akan diberikan sijil serta pihak resort akan menghubungi anda untuk memberitahu tentang perkembangan karang yang anda tanam, jadi aktiviti ni memang menarik cuma perlukan keberanian berenang dan menyelam di laut saja.
Oleh kerana resort ni berhampiran dengan kawasan hutan dan berbukit, anda juga boleh buat aktiviti seperti denai kembara atau hiking trail. Tapi sebaiknya tanya dahulu pihak resort jika anda ingin buat aktiviti ini takut anda tersesat di hutan, jadi kalau pihak resort sudah sedia maklum mungkin mereka akan mengaturkan perjalanan hiking trail ni termasuk menyediakan penunjuk jalan atau guide untuk kumpulan anda. Sebenarnya banyak lagi kemudahan, perkhidmatan dan juga aktiviti yang telah disediakan oleh pihak resort kepada para tetamu yang datang bercuti di sini. Untuk senarai lain bagi kemudahan dan aktiviti yang ada di sini anda bolehlah lihat di laman web rasmi Gayana Marine Resort. Bila anda datang ke sini bercuti, boleh rancang sekali melawat tempat menarik lain yang ada berhampiran dengan pulau ini atau khususnya tempat menarik di daerah Kota Kinabalu. Antara tempat menarik yang boleh anda kunjungi ialah seperti :
Tempat menarik berhampiran :
01. Pulau Manukan
02. Pulau Mamutik
03. Pulau Sapi
04. Menara Tun Mustapha
05. Pantai Teluk Likas
06. Muzium Negeri Sabah
07. Masjid Bandaraya Kota Kinabalu
08. Taman Marin Tunku Abdul Rahman
09. Bukit Pulau Gaya
10. The Zip Line
11. Signal Hill Observatory
12. Pulau Plompong
13. Pasar Minggu Jalan Gaya
14. Jesselton Point
Bagi yang mahu ke sini dan datang dari daerah lain di Sabah boleh naik bas express yang menuju ke Kota Kinabalu, kemudian berjalan kaki atau sewa e-hailing menuju ke Jeti Jesselton Point untuk sewa bot ke Pulau Gaya, pastikan lihat masa atau jam berapa bot akan bertolak dari Jesselton Point ke resort ini yang terletak di Pulau Gaya atau boleh juga ikut cara seperti mereka yang datang dari luar negeri ini iaitu dengan membuat tempahan resort sekali dengan shuttle lapangan terbang, jadi pihak resort akan mengatur semua perjalanan anda dari lapangan terbang atau dari bandar Kota Kinabalu ke resort ini tanpa perlu pening menguruskannya. Apa pun cara yang anda ikut untuk bercuti ke resort ni pastikan ikut bot yang sah berdaftar seperti yang terdapat di Jesselton Point atau menghubungi terus pihak resort untuk pengangkutan agar perjalanan percutian anda di sini berjalan dengan lancar dan selamat.
Untuk sebarang maklumat yang lebih lanjut anda bolehlah menghubungi pihak pengurusan Gayana Marine Resort di alamat seperti di bawah ini.
Gayana Marine Resort
Teluk Malohom, Pulau Gaya,
Taman Tunku Abdul Rahman,
88000, Kota Kinabalu,
Sabah, Malaysia.
Telefon : +6088 380 390
Telefon : +6013 851 6730
Email : rsvn.gayana@echoresorts.com
Website : Gayana Marine Resort
Telefon : +6013 851 6730
Email : rsvn.gayana@echoresorts.com
Website : Gayana Marine Resort
Ulasan
Catat Ulasan