Langkau ke kandungan utama

Gendang

Gendang juga merupakan salah satu alat muzik tradisional negeri Sabah. Alat muzik gendang ini biasanya dimainkan ketika majlis keramaian dan juga majlis-majlis rasmi.

GENDANG



Gendang juga merupakan salah satu alat muzik tradisional di Sabah. Ia lebih banyak digunakan sebagai alat muzik iringan untuk alat muzik tradisional yang lain seperti Kulintangan, Gong dan lain-lain lagi. Panjang atau tinggi gendang ini biasanya adalah lebih kurang 60 cm.

Selain daripada menggunakan gendang sebagai alat muzik iringan apabila membuat persembahan di majlis keramaian atau majlis rasmi, terdapat juga sesetengah masyarakat yang masih menggunakan gendang ketika membuat upacara pengubatan orang sakit. 

Biasanya gendang dihasilkan dengan menggunakan bahan seperti kulit lembu ataupun kulit kerbau, batang pokok (ini digunakan untuk membuat bahagian badannya dan biasanya pokok nangka ataupun kayu merbau), rotan dan kayu penahan. Oleh kerana bahagian atasnya dibuat daripada kulit haiwan, maka kayu pemukul yang hendak dihasilkan juga mestilah dibuat dengan teliti agar kulit tersebut tidak mudah terkoyak ketika memalu gendang tersebut.


Ketika proses meletakkan kulit hujung gendang tersebut, ianya hendaklah di letak sebelum kulit itu menjadi kering yang mana sekiranya kulit tersebut kering ia akan menyukarkannya untuk di ikat nanti. Lebihan kulit pula akan diikat dengan menggunakan rotan gendang tersebut kelihatan lebih kemas dan teratur.

Paluan Gendang yang dimainkan adalah berbeza bunyi dan iramanya antara satu daerah dengan daerah yang lain di negeri Sabah. Untuk menyaringkan bunyi gendang, tali penahan kulit di bahagian atas gendang akan diketatkan lagi untuk mengubah bunyi atau rentak gendang tersebut.

Ulasan