Langkau ke kandungan utama

Grand Borneo Hotel

Grand Borneo Hotel merupakan salah sebuah hotel yang terdapat di Negeri Sabah. Hotel 3 bintang ini yang terletak di Kota Kinabalu, iaitu lebih kurang 14 km dari Pusat Bandar Kota Kinabalu, Sabah.

GRAND BORNEO HOTEL


Grand Bornel Hotel adalah salah sebuah hotel yang terdapat di daerah Kota Kinabalu, hotel ini bertaraf 3 bintang dan berhampiran dengan One Borneo Hypermall, Kota Kinabalu iaitu lebih kurang 14 km atau 18 minit perjalanan dari Bandar Kota Kinabalu menaiki kenderaan melalui Jalan UMS. Hotel ini juga merupakan anak syarikat kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA). Hotel ini sangat sesuai kepada mereka yang suka berbelanja di One Borneo Hypermall ini terutamanya bagi mereka yang datang jauh dari luar Daerah Kota Kinabalu.

Hotel ini telah dibina sejak tahun 2008 dan mempunyai lebih daripada 300 buah bilik yang boleh anda pilih sekiranya memilih untuk menginap di hotel yang menarik ini. Walaupun hotel ini bertaraf 3 bintang namun 
perkhidmatan dan kemudahan yang diberikan adalah cukup menarik lebih-lebih lagi dengan lokasinya yang berada di kawasan pusat beli belah yang terkemuka di Sabah iaitu One Borneo Hypermall. Ini pastinya akan memudahkan anda untuk mendapatkan pelbagai kemudahan seperti tempat membeli belah, ke bank, tempat makan, pengangkutan awam dan lain-lain lagi.


Terdapat banyak perkhidmatan atau kemudahan yang telah disediakan oleh Grand Borneo Hotel yang bertujuan untuk memastikan orang yang menginap di sini merasa lebih selesa. Antara kemudahan atau perkhidmatan tersebut adalah seperti :

Kemudahan :

01. Sarapan pagi
02. Tapak letak kereta
03. Internet percuma (wifi)
04. Telefon
05. Khidmat menghantar makanan
06. Restoran
07. Dewan untuk acara
08. TV
09. Kolam renang
10. Peralatan buat kopi

Banyak lagi perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan selain daripada yang terpapar di atas ini. Kalau anda merancang untuk menginap di hotel ini dalam tempoh yang lebih lama, anda boleh gunakan perkhidmatan dobi yang disediakan oleh pihak hotel untuk cuci pakaian anda. Kalau anda tiada bawa peralatan mandi tidak perlu risau sebab di sini pihak hotel ada menyediakan peralatan untuk mandi agar lebih memudahkan anda iaitu seperti sabun, tuala dan lain-lain lagi. Lepas mandi pula kalau mahu keringkan rambut pun boleh sebab ada alat pengering rambut terutamanya bagi wanita yang biasanya akan keringkan rambut. 

Bagi yang suka merokok, anda tidak dibenarkan untuk merokok dimana-mana kawasan dalam hotel ini termasuk di dalam bilik hotel. Jadi kalau rasa ingin merokok anda haruslah berjalan keluar dari hotel ini dan mencari tempat lain. Ini adalah bagi memastikan udara di kawasan hotel ini sentiasa lebih bersih dan membolehkan orang ramai lebih rasa selesa apabila menginap di hotel ini. Di dalam bilik ada disediakan telefon untuk anda membuat panggilan seperti minta hantar makanan, bantuan lain dan sebagainya.

Hotel ini juga sentiasa mengutamakan kebersihan dan juga keselamatan pada setiap pelawat yang datang menginap di sini. Oleh itu semua bilik, peralatan dan juga perkakasan yang digunakan akan sentiasa dipastikan bersih, ini bagi memastikan mereka yang datang dan menginap di sini sentiasa merasa lebih selesa dan selamat. Bagi mereka yang ke sini untuk buat acara atau program pun boleh juga sebab di sini ada tempat sesuai untuk buat acara seperti majlis perkahwinan, mesyuarat, seminar dan lain-lain lagi.

Hotel ini terletak di Kota Kinabalu, sudah semestinya terdapat banyak tempat yang menarik berhampiran dengan hotel ini yang boleh anda kunjungi dengan mudah jika memilih untuk menginap di hotel ini. Antara tempat menarik yang berhampiran dengan hotel ini ialah anda boleh pergi ke beberapa pulau cantik yang banyak terletak berhampiran dengan Bandar Kota Kinabalu, contohnya Pulau Mamutik, Pulau Manukan, Pulau Sapi, Pulau Tiga, Pulau Gaya dan Pulau Sapi.

Kalau tidak biasa naik bot untuk ke pulau-pulau ini tidak perlu risau sebab ada banyak lagi tempat menarik disekitar Bandar Kota Kinabalu, iaitu seperti ana boleh ke Muzium Negeri Sabah, Masjid Bandaraya Kota Kinabalu atau terkenal sebagai 'Masjid Terapung', boleh juga mahu ke Taman Perdana dan lain-lain lagi. Bagi yang berminat untuk melihat keindahan matahati terbenam bolehlah ke  Taman Awam Teluk Likas, Pantai Tanjung Aru atau ke Jesselton Point Waterfront. 

Untuk anda yang mahu ke hotel ini, yang dari luar Kota Kinabalu boleh naik bas atau kapal terbang yang menuju ke Bandar Kota Kinabalu, lepas itu boleh naik teksi atau perkhidmatan e-hailing lain dan beritahu pemandu tersebut yang anda mahu ke Grand Borneo Hotel di One Borneo. Boleh juga naik bas yang menuju ke Bandar Kota Kinabalu tapi kalau bas biasanya akan makan masa sikit untuk bergerak, tapi lebih murah.

Waktu mendaftar :
Daftar masuk : 2 petang
Daftar keluar : 12 tengahari
(kaunter pendaftaran buka sampai jam 12 malam)

Nota :
1. Dilarang merokok di bilik dan kawasan hotel
2. Tidak boleh bawa haiwan peliharaan

Sekiranya ingin membuat tempahan bilik atau membuat sebarang pertanyaan bolehlah hubungi pihak Grand Borneo Hotel di alamat seperti di bawah :

Alamat :
Grand Borneo Hotel
TB 00-01, One Borneo Hypermall,
Jalan UMS, Poskod 88450,
Kota Kinabalu,
Sabah, Malaysia.
Telefon : +6088-529 888

Ulasan