Green Cottage Trading merupakan salah satu daripada tempat menarik di Sabah yang terletak di dalam daerah Kota Kinabalu iaitu lebih kurang 6 minit perjalanan sahaja daripada Pusat Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah.
GREEN COTTAGE TRADING
Kredit gambar :Green Cottage
Green Cottage Trading adalah salah satu tempat menarik di Sabah dan tempat iui juga dikenalai sebagai The Hidden Garden yang terletak di daerah Kota Kinabalu iaitu lebih
kurang 2.4 km atau kira-kira 6 minit perjalanan sahaja daripada Pusat Bandaraya
Kota Kinabalu, Sabah dan terletak tidak jauh dengan tempat menarik lain iaitu Signal Hill. Tempat ni sangat menarik untuk dijadikan sebagai tempat untuk percutian yang lebih tenang dan aman dari kesibukan di bandar, lagi pun ia terletak tidak jauh daripada pusat bandar, selain itu landskap alam semulajadi yang disediakan di sini sememangnya sangat sesuai untuk percutian seisi sekeluarga tidak kira tua atau mudah termasuklah kanak-kanak. Jadi kalau anda tinggal berhampiran Kota Kinabalu dan ingin mencari tempat untuk percutian di hujung minggu atau ketika cuti bolehlah cuba datang ke sini yang sudah pasti anda akan berpuas hati.
Di sini anda disebut hidden garden sebab terdapat tempat untuk semaian, tempat untuk menanam sayur, pelbagai jenis bunga, buah-buahan dan bermacam-macam lagi produk pertanian yang lain. Antara buah-buahan yang ada di sini termasuklah buah durian yang sudah pasti menjadi tarikan kepada para peminat dan penggemar buah durian. Tempat ni juga sebenarnya masih lagi dikelilingi hutan yang menghijau dan terdapat flora serta fauna yang cantik dan indah dan terdapat juga tasik ikan yang boleh anda lihat di sini. Anda juga mungkin boleh bertanya dengan pihsak pengurusan di sini terlebih dahulu sekiranya boleh melakukan aktiviti di tapak semaian (nursery) yang ada di sini, kalau anda dibenarkan untuk buat aktiviti di sini bolehlah juga sediakan apa-apa keperluan terutamanya dari segi pemakaian pakaian anda bila ke sini untuk buat semaian.
Kalau anda bercadang datang ke tempat ini digalakkan untuk memakain pakaian yang tidak terlalu tebal sebab tempat ni agak panas tapi boleh juga jika anda bawa payung ketika berjalan bersiar-siar di dalam kawasan ini nanti. Jangan lupa juga bawa air minum seperti air mineral dalam botol ketika bersiar-siar di sini agar dapat elakkan daripada rasa haus. Bila sudah rasa penat selepas dari berjalan dan melakukan aktiviti lain di sini bolehlah rehat di restoran yang disediakan di sini untuk menjamu selera dengan lebih tenang sambil melihat keindahan serta kehijaun tumbuh-tumbuhan yang ada di sini. Apa pun sebelum anda ke sini bolehlah buat beberapa persiapan contohnya seperti bawa payung atau memakai topi, bawa air mineral untuk minum (boleh juga beli di sini nanti), selain itu pastikan anda bawa kamera untuk ambil bergambar di kebun yang cantik di sini dan kamera ni juga anda boleh gunakan boleh mengambil gambar beberapa jenis haiwan yang terdapat yang ada.
Antara beberapa jenis haiwan yang mungkin anda berpeluang untuk melihatnya di sini ialah seperti monyet, burung layang-layang, burung enggang, biawak, tupai dan bermacam-macam lagi haiwan yang lain. Kalau mahu melihat kelip-kelip pun boleh di sini tetapi biasanya anda akan dapat lihat kelip-kelip ni hanya pada waktu malam, oleh itu anda bolehlah datang ke sini malam sikit sebab tempat ni pun tutup sekitar jam 9 malam macam tu. Tasik yang ada di sini ni anda boleh lihat beberapa jenis ikan khususnya ikan air tawar, dan boleh cuba tanya juga dengan pihak pengurusan di sini jika ada dijual makanan ikan, kalau ada bolehlah beli dan beri makan ikan-ikan tersebut. Kalau anda ke tempat ni bersiar termasuk ke kawasan tasik membawa kanak-kanak yang kecil sila pastikan sentiasa jaga dan perhatikan mereka dan jangan biarkan mereka berjalan sendirian, ini adalah agar dapat mengelakkan daripada terjadi pekara yang tidak diingini berlaku.
Kalau anda mahu ke sini sama ada dari Pusat Bandaraya Kota Kinabalu boleh saja jalan kaki, tapi ianya mungkin akan memenatkan anda kerana berjalan di kawasan yang berbukit, jadi lebih disarankan untuk memandu kenderaan sendiri tapi tempat letak kereta tu agak terhad jadi anda boleh pilih masa yang sesuai jika ingin ke sini atau pun boleh menyewa e-hailing saja sebab tempat ni dekat jadi bayarannya pun tidaklah mahal sangat.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai tempat ni anda bolehlah menghubungi pihak pengurusan Green Cottage Trading di alamat seperti berikut :
Alamt :
Green Cottage Traing
Jalan Wong Thau Yong
Bukit Bendera Upper, Signal Hill
88400, Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia.
Tel : 011 315 57200
Tel : 011 633 43400
Website : Green Cottage
Jalan Wong Thau Yong
Bukit Bendera Upper, Signal Hill
88400, Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia.
Tel : 011 315 57200
Tel : 011 633 43400
Website : Green Cottage
Ulasan
Catat Ulasan