Gua Supu merupakan salah satu tempat menarik di Sabah yang boleh anda kunjungi sekiranya berminat untuk datang ke sini yang mana gua ini adalah antara gua yang unik dan juga merupakan salah satu gua batu kapur dan tapak arkeologi di Negeri Sabah. Gua ini pernah menjadi sebuah kawasan perkuburan sekitar 500 hingga 900 tahun dahulu dan terletak dalam kawasan Hutan Simpan Pin Supu dalam daerah Kinabatangan iaitu lebih kurang 21 km atau kira-kira 35 minit perjalanan dari Pekan Kinabatangan dan lebih kurang 92 km atau kira-kira 1 jam 55 minit perjalanan kalau dari Pusat Bandar Sandakan, Sabah. Tapi untuk ke sini anda perlu menghubungi pihak pengurusan tempat ni iaiu KOPEL Kinabatangan atau boleh juga melalui syarikat pelancongan di negeri ini yang sah berdaftar.

Sebagai makluman untuk anda semua Hutan Simpan Pin Supu ini telah pun diwartakan sebagai Hutan Simpan Kelas IV pada tahun 1984 dan pada Jun 2025 Hutan Simpan Pin Supu telah mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi sebagai kawasan darat pertama di Malaysia yang disenaraikan dalam Senarai Hijau IUCN yang mana dengan pengiktirafan ini ianya telah membuktikan bahawa pengurusan dan pemuliharaan yang telah dilaksanakan oleh pihak yang uruskan tempat ini adalah sangat berkesan. Sebenarnya terdapat 11 buah gua yang ada di kawasan Hutan Simpan Pin Supu ini dan gua-gua ini juga disebut dengan lebih ringkas sebagai Gua Supu ia gua ini adalah sebuah gua batu kapur yang menjadi salah sebuah tapak arkeologi di negeri ini dengan penemuan beberapa artifak di sekitar kawasan gua iaitu seperti rangka manusia, manik dan terdapat juga lebih kurang 68 keranda kayu berukir yang mana dikatakan berusia 500 hingga 900 tahun. Seperti yang sudah dinyatakan di atas tadi, lokasi tempat ini agak jauh dan terpencil dan untuk ke sini pun anda harus menaiki bot tadi Kampung Batu Puteh, tetapi pengalaman melakukan pengembaraan ke Gua Supu ini memang sangat menyeronokkan kerana dalam pengembaraan ini anda akan akan menyurusi Sungai Kinabatangan dan di sini anda akan berpeluang melihat pelbagai jenis haiwan sama ada yang berada di sungai atau tepi sungai seperti monyet, gajah, burung, buaya, orang utan dan lain-lain lagi. Bila sudah sampai di kawasan Hutan Simpan Pin Supu anda akan berjalan meredah hutan sebelum sampai ke gua ini dan di hutan ini anda akan dapat melihat bermacam spesis pokok yang masih lagi asli dan sudah pastilah udaranya pun lebih bersih. Cuma perlu diingatkan ketika berjalan meredah hutan pastikan anda tidak mencabut atau menebang sebarang pokok yang ada tumbuh dalam hutan tersebut sebab ia adalah kawasan hutan simpan yang dijaga oleh Jabatan Perhutanan Sabah dan KOPEL Kinabatangan.
Dalam Gua Supu juga anda berpeluang untuk melihat burung walit dalam jumlah yang banyak dan di sini sudah semestinyalah ada kelawar, oleh itu sebaiknya apabila bercadang melawat ke gua ini bawalah pakaian lebih dan pakai pakaian yang sesuai termasuklah pakai topi, ini adalah bagi mengelakkan anda terkena najis burung atau kelawar ketika berada di dalam gua yang mana mungkin keadaan dalam gua tersebut adalah gelap sedikit dan menyuarkan anda melihat burung serta kelawat tersebut, ada juga yang berikan saranan agar tidak terlalu lama apabila mendongak ke bahagian atas ketika berada dalam gua kerana takut pada masa itu najis haiwan tersebut jatuh dari atas. Untuk sememangnya anda harus pakai dan bawa beberapa barangan keperluan agar perjalanan anda berjalan dengan lebih lancar lagi, antara apa yang harus anda pakai ketika ke sini ialah memakai kasut sebab anda akan melalui kawasan hutan yang mana ada kawasan tertentu keadaan laluannya agak curam dan berbatu, maka tidak berapa sesuai jika pakai selipar ke sini dan kalau ada stoking anti lintah bolehlah pakai sebab kalau keadaan tanah di hutan tu lembap mungkin akan ada lintah tapi tidak perlu risau sebab guide anda pasti tahu cara buang lintah tersebut. Selain itu sebaiknya pakai pakaian yang sesuai seperti baju lengan panjang dan seluar panjang agar dapat mengelakkan daripada digigit nyamuk atau serangga lain ketika berjalan meredah hutan atau ketika berada dalam kawasan hutan dan gua tersebut. Pakai topi atau apa-apa sahaja yang boleh digunakan untuk menutup kepala terutama sekali ketika berada di dalam gua yang anda lawati. Selain itu boleh juga kalau mahu pakai kaca mata hitam dan sunscreen untuk elakkan dari pancaran matahari ketika berada di atas bot yang mana perjalanan menaik bot agak lama iaitu sehingga 1 jam. Bawa tongkat atau walking stick untuk memudahkan pergerakan anda ketika berada dalam kawasan hutan sebab kadangkala mungkin anda akan terasa penat berjalan dan kaki pun terasa lenguh, oleh itu dengan adanya tongkat ini maka ianya akan membantu anda bergerak terutamanya di kawasan laluan yang berbukit. Kalau bawa air minuman bolehlah bawa botol air yang bersaiz 1 liter atau 1.5 liter sebab tidak terlalu berat ketika mengangkat sekaligus akan lebih memudahkan anda bergera dan tidak cepat terasa penat.. Di bawah ini adalah antara barangan yang rasanya boleh anda pakai atau bawa sekiranya ingin melawat Gua Supu ini :
Barang dipakai/bawa :
01. Pakai pakaian sesuai
02. Baju lengan panjang
03. Seluar Panjang
04. Stoking anti lintah
05. Pakai Kasut
06. Pakai topi
07. Makanan
08. Air minum
09. Tuala keringat
10. Sarung tangan
11. Kamera
12. Duit poket
13. Powerbank
14. Peti kecemasan
15. Duit poket
16. Video kamera
18. Pakaian lebih
19. Cermin mata hitam
20. Sunscreen
Apa yang penting ketika anda melakukan lawatan ke Gua Supu adalah mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan pihak pengurusan tempat ini dan ikut apa juga yang disuruh atau dilarang oleh guide yang membawa anda. Jangan membuang sampah merata-rata sama ada di kawasan sungai atau pun di kawasan Hutan Simpan Pin Supu tersebut. Ada juga beberapa kemudahan yang disediakan di kawasan hutan ini iaitu seperti penginapan di Kem Supu yang boleh memuatkan sehingga 20 orang dalam satu masa, jadi kalau anda berminat untuk bermalam boleh buat tempahan lebih awal. Sebarang pertanyaan atau ingin buat tempahan bolehlah hubungi pihak pengurusan tempat ini iaitu KOPEL Kinabatangan di alamat seperti di bawah ini :
Hubungi :
KOPEL Kinabatangan
Telefon : +6089 551 070
Telefon : +6089 551 064
Telefon : +6019 582 5214
Telefon : +6012 889 5379
Website : Kopelkinabatangan


Ulasan
Catat Ulasan