Gumantung Hill atau dalam Bahasa Melay Bukit Gumantung merupakan salah satu bukit yang menarik di Sabah buat para peminat aktiviti mendaki tidak kira sama ada penduduk tempatan atau pelancong dari dalam dan luar negara yang datang ke Sabah khususnya di Kudat. Bukit ini terletak dalam daerah kecil Matunggong dalam Bahagian Kudat iaitu kira-kira 42 km atau pun kira-kira 50 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pusat Bandar Kudat, Sabah.
GUMANTUNG HILL

Bukit ini mempunyai ketinggian 405 meter dari paras laut, jadi tidaklah terlalu tinggi betul dan sesuai untuk orang ramai tidak kira tua atau muda untuk mendaki di sini, kalau anda adalah seorang yang baru sahaja cuba belajar mendaki dan ada bercadangan untuk mendaki ke Gunung Kinabalu bolehlah ke sini buat pendakian di Bukit Gumantung terlebih dahulu untuk kuatkan stamina dan tambahkan pengalaman mendaki khususnya mereka yang tinggal di negeri ini. Laluan mendaki ke bukit ini tidak jauh dan ianya lebih santai tetapi mempunyai banyak bahagian atau kawasan yang curam jadi boleh dikira mencabar juga mendaki di bukit ini, sebab itulah ianya sesuai kepada para pendaki yang baru, anda tidak perlu risau walaupun banyak kawasan yang curam tetapi terdapat juga kemudahan tali untuk anda berpaut atau pegang bagi memudahkan pendakian anda ke atas bukit atau ketika meuruni bukit tersebut. Tidak semua kawasan juga laluan tersebut curam, bila sudah hampir di kawasan puncak ianya adalah laluan yang sangat santai dan ditambah lagi dengan pemandangan mengagumkan dari puncak bukit pasti akan membuatkan rasa penat lelah anda akan hilang. Kawasan puncak bukit ini adalah lapang jadi kalau ke bukit ini pada waktu matahari agak panas pastikan anda memakai topi untuk melindungi diri dari kena panas, oleh itu kebanyakkan orang akan naik mendaki pada waktu awal pagi dan juga sebelah petang sebab pada ketika itu cuaca lebih redup dan tidak panas jadi tidaklah terlalu kepenatan atau kehausan bila mendaki pada masa tersebut. Apa pun terpulang pada kumpulan anda mahu naik pada waktu bila yang penting adalah keselamatan semasa pergi dan balik dari mendaki.
Laluan mendaki ke bukit ini memang cantik dan jelas untuk dilihat jadi kalau anda mahu mendaki tanpa guide pun boleh juga tetapi kalau mahu dapatkan khidmat guide tidak jadi masalah juga sebab pihak yang menguruskan tempat ini pasti akan membantu anda, lagi pun kalau guna khidmat guide dapatlah juga anda memberi sedikit sumbangan untuk mereka menambahbaikan lagi kemudahan laluan atau tambah kemudahan di puncak bukit, lagi pun untuk mendaki di sini memang tidak ada bayaran masuk yang dikenakan tapi apa pun terpulang pada anda, yang penting datang sahaja dahulu mendaki ke bukit ini yang pasti akan memberikan anda satu kepuasan dan menjadikannya satu pengalaman baru untuk anda mencuba bukit atau gunung yang lebih tinggi lagi pada masa hadapan. Bagi kanak-kanak yang mahu datang ke sini pula mestilah ada orang dewasa seperti orang tua mereka atau penjaga yang datang bersama mereka, ini adalah agar dapat memastikan keselamatan mereka lebih terjaga begitu juga buat mereka yang mungkin sudah terlalu lanjut usia. Seperti yang dinyatakan di atas tadi laluan mendaki di sini agak santai walaupun ada kawasan yang curam jadi tidak hairanlah jika sebelum ini ada yang sudah berumur 80 lebih tetapi masih mampu mendaki ke puncak bukit ini yang penting stamina dan kesihatan anda berada dalam keadaan baik, jadi para pendaki jangan lepaskan peluang anda ke sini dan datanglah beramai-ramai mendaki ke bukit ini bersama keluarga dan juga rakan-rakan anda yang lain, lagi ramai lagilah memberikan keseronokkan dan semangat untuk mendaki dan kalau anda datang dari jauh seperti dari luar daerah Kudat tidak perlulah risau sebab pihak pengurusan di sini sentiasa mengalu-alukan kedatangan kumpulan anda untuk mendaki.
Kalau mahu bawa makanan pun boleh juga untuk anda dan kumpulan anda menjamu selera bila berada di puncak bukit nanti, cuma pastikan anda tidak membuang sampah sembarangan tempat seperti sisa plastik dan sisa makanan sama ada di puncak bukit atau sepanjang laluan mendaki tersebut. Ini adalah untuk membantu pihak pengurusan di sini menjaga kebersihan bukit ini agar ianya sentiasa kelihatan bersih dan cantik sekaligus dapat menarik lebih ramai lagi pengunjung datang. Oleh yang demikian pastikan anda membuang sampah di tong sampah yang disediakan, kalau tidak ada tong sampah di atas puncak, bawalah turun sisa sampah anda tu ke bawah dan buang bila ada melihat atau jumpa tong sampah nanti. Sebelum datang mendaki ke bukit ini sebaiknya anda membuat beberapa persiapan seperti apa barang dan keperluan yang rasanya perlu di bawa untuk mendaki nanti dan pastikan bawa yang dirasakan penting sahaja serta tidak membawa terlalu banyak barang ketika mendaki sebab kalau banyak bawa barang akan menyebabkan kesukaran pada anda membuat pendakian, kalau datang dalam satu kumpulan yang ramai mungkin boleh bahagikan tugasan untuk membawa barangan yang mana ia akan lebih memudahkan kalian bila datang ke sini. Di bawah adalah antara senarai beberapa barangan yang rasanya boleh di bawa apabila anda bercadang mendaki di bukit ini, kalau ada barang yang tidak tersenarai anda bawa sajalah nanti agar tidak kelam kabut bila sudah berada di sini memulakan aktiviti pendakian ke puncak bukit :
Barang di bawa :
01. Makanan/minuman
02. Pakai topi
03. Tikar duduk
04. Duit poket
05. Kamera/video kamera
06. Tongkap mendaki
07. Wisel keselamatan
08. Peti keselamatan
09. Pakaian sesuai
10. Kasut sesuai
11. Penghalau nyamuk
Para pendaki yang mahu datang untuk mendaki ke bukit ini sangat digalakkan untuk memandu kereta sendiri ke sini terutamanya bagi mereka yang datang dari jauh atau dari luar daerah Kudat sebab ianya akan lebih memudahkan perjalanan pergi dan balik anda dari daerah ini serta juga mudah untuk anda membawa barang-barang keperluan untuk membuat pendakian nanti. Tempat letak kereta pun ada juga di sini jadi anda tidak perlu risau kalau memandu kereta ke sini.
Di bukit ini selalu juga diadakan acara larian mendaki bukit, jadi kepada yang berminat tu boleh lihat di laman sosial Gumantung Hill atau untuk pertanyaan atau maklumat lanjut bolehlah terus menghubungi pihak yang menguruskan bukit ini :
Hubungi :
Gumantung Hill
Jalan Bavanggazo,
Matunggong, Kudat,

Kredit gambar : gumantunghill
Gumantung Hill atau dalam Bahasa Melayu disebut Bukit Gumantung merupakan sebuah bukit yang menarik di Kudat dan mesti dikunjungi para peminat aktiviti mendaki sekiranya datang ke Kudat atau ke daerah kecil Matunggong sebab bukit ini adalah puncak tertinggi yang terdapat di daerah Kudat, jadi jangan lepaskan peluang anda untuk mendaki ke bukit ini tidak kiralah anda adalah penduduk daerah Kudat ini sendiri, penduduk tempatan negeri Sabah dari daerah lain mahu pun pelancong dari dalam dan luar negara yang datang ke daerah ini. Bukit ini terletak di daerah kecil Matunggong dalam daerah Kudat iaitu lebih kurang 42 km atau kira-kira 50 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pusat Bandar Kudat, manakala kalau anda datang dari luar daerah contohnya dari Pudat Bandaraya Kota Kinabalu pula jaraknya adalah lebih kurang 141 km atau kira-kira 2 jam 40 minit perjalanan menaiki kenderaan. Memang seronok sekiranya anda dapat datang mendaki ke bukit ini sebab pemandangannya cukuplah menawan serta mengagumkan terutama sekali pemandangan pada waktu petang iaitu ketika matahari hampir tenggelam, oleh itu bila anda dapat peluang datang ke Kudat pastikan anda buat perancangan ke bukit ni dan sebaiknya datang dalam satu kumpulan yang ramai sama ada dengan ahli keluarga atau pun dengan rakan-rakan yang lain sebab kalau ramai akan lebih menyeronokkan dan rasa penat mendaki tu tidaklah terasa bila dapat mendaki sambil bercerita sesama rakan, lagi pun kalau ramai dapatlah saling tolong menolong antara satu sama lain ketika mendaki khususnya pada mereka yang mungkin baru sahaja ingin mencuba belajar mendaki.
Bukit ini mempunyai ketinggian 405 meter dari paras laut, jadi tidaklah terlalu tinggi betul dan sesuai untuk orang ramai tidak kira tua atau muda untuk mendaki di sini, kalau anda adalah seorang yang baru sahaja cuba belajar mendaki dan ada bercadangan untuk mendaki ke Gunung Kinabalu bolehlah ke sini buat pendakian di Bukit Gumantung terlebih dahulu untuk kuatkan stamina dan tambahkan pengalaman mendaki khususnya mereka yang tinggal di negeri ini. Laluan mendaki ke bukit ini tidak jauh dan ianya lebih santai tetapi mempunyai banyak bahagian atau kawasan yang curam jadi boleh dikira mencabar juga mendaki di bukit ini, sebab itulah ianya sesuai kepada para pendaki yang baru, anda tidak perlu risau walaupun banyak kawasan yang curam tetapi terdapat juga kemudahan tali untuk anda berpaut atau pegang bagi memudahkan pendakian anda ke atas bukit atau ketika meuruni bukit tersebut. Tidak semua kawasan juga laluan tersebut curam, bila sudah hampir di kawasan puncak ianya adalah laluan yang sangat santai dan ditambah lagi dengan pemandangan mengagumkan dari puncak bukit pasti akan membuatkan rasa penat lelah anda akan hilang. Kawasan puncak bukit ini adalah lapang jadi kalau ke bukit ini pada waktu matahari agak panas pastikan anda memakai topi untuk melindungi diri dari kena panas, oleh itu kebanyakkan orang akan naik mendaki pada waktu awal pagi dan juga sebelah petang sebab pada ketika itu cuaca lebih redup dan tidak panas jadi tidaklah terlalu kepenatan atau kehausan bila mendaki pada masa tersebut. Apa pun terpulang pada kumpulan anda mahu naik pada waktu bila yang penting adalah keselamatan semasa pergi dan balik dari mendaki.
Laluan mendaki ke bukit ini memang cantik dan jelas untuk dilihat jadi kalau anda mahu mendaki tanpa guide pun boleh juga tetapi kalau mahu dapatkan khidmat guide tidak jadi masalah juga sebab pihak yang menguruskan tempat ini pasti akan membantu anda, lagi pun kalau guna khidmat guide dapatlah juga anda memberi sedikit sumbangan untuk mereka menambahbaikan lagi kemudahan laluan atau tambah kemudahan di puncak bukit, lagi pun untuk mendaki di sini memang tidak ada bayaran masuk yang dikenakan tapi apa pun terpulang pada anda, yang penting datang sahaja dahulu mendaki ke bukit ini yang pasti akan memberikan anda satu kepuasan dan menjadikannya satu pengalaman baru untuk anda mencuba bukit atau gunung yang lebih tinggi lagi pada masa hadapan. Bagi kanak-kanak yang mahu datang ke sini pula mestilah ada orang dewasa seperti orang tua mereka atau penjaga yang datang bersama mereka, ini adalah agar dapat memastikan keselamatan mereka lebih terjaga begitu juga buat mereka yang mungkin sudah terlalu lanjut usia. Seperti yang dinyatakan di atas tadi laluan mendaki di sini agak santai walaupun ada kawasan yang curam jadi tidak hairanlah jika sebelum ini ada yang sudah berumur 80 lebih tetapi masih mampu mendaki ke puncak bukit ini yang penting stamina dan kesihatan anda berada dalam keadaan baik, jadi para pendaki jangan lepaskan peluang anda ke sini dan datanglah beramai-ramai mendaki ke bukit ini bersama keluarga dan juga rakan-rakan anda yang lain, lagi ramai lagilah memberikan keseronokkan dan semangat untuk mendaki dan kalau anda datang dari jauh seperti dari luar daerah Kudat tidak perlulah risau sebab pihak pengurusan di sini sentiasa mengalu-alukan kedatangan kumpulan anda untuk mendaki.
Kalau mahu bawa makanan pun boleh juga untuk anda dan kumpulan anda menjamu selera bila berada di puncak bukit nanti, cuma pastikan anda tidak membuang sampah sembarangan tempat seperti sisa plastik dan sisa makanan sama ada di puncak bukit atau sepanjang laluan mendaki tersebut. Ini adalah untuk membantu pihak pengurusan di sini menjaga kebersihan bukit ini agar ianya sentiasa kelihatan bersih dan cantik sekaligus dapat menarik lebih ramai lagi pengunjung datang. Oleh yang demikian pastikan anda membuang sampah di tong sampah yang disediakan, kalau tidak ada tong sampah di atas puncak, bawalah turun sisa sampah anda tu ke bawah dan buang bila ada melihat atau jumpa tong sampah nanti. Sebelum datang mendaki ke bukit ini sebaiknya anda membuat beberapa persiapan seperti apa barang dan keperluan yang rasanya perlu di bawa untuk mendaki nanti dan pastikan bawa yang dirasakan penting sahaja serta tidak membawa terlalu banyak barang ketika mendaki sebab kalau banyak bawa barang akan menyebabkan kesukaran pada anda membuat pendakian, kalau datang dalam satu kumpulan yang ramai mungkin boleh bahagikan tugasan untuk membawa barangan yang mana ia akan lebih memudahkan kalian bila datang ke sini. Di bawah adalah antara senarai beberapa barangan yang rasanya boleh di bawa apabila anda bercadang mendaki di bukit ini, kalau ada barang yang tidak tersenarai anda bawa sajalah nanti agar tidak kelam kabut bila sudah berada di sini memulakan aktiviti pendakian ke puncak bukit :
Barang di bawa :
01. Makanan/minuman
02. Pakai topi
03. Tikar duduk
04. Duit poket
05. Kamera/video kamera
06. Tongkap mendaki
07. Wisel keselamatan
08. Peti keselamatan
09. Pakaian sesuai
10. Kasut sesuai
11. Penghalau nyamuk
Para pendaki yang mahu datang untuk mendaki ke bukit ini sangat digalakkan untuk memandu kereta sendiri ke sini terutamanya bagi mereka yang datang dari jauh atau dari luar daerah Kudat sebab ianya akan lebih memudahkan perjalanan pergi dan balik anda dari daerah ini serta juga mudah untuk anda membawa barang-barang keperluan untuk membuat pendakian nanti. Tempat letak kereta pun ada juga di sini jadi anda tidak perlu risau kalau memandu kereta ke sini.
Di bukit ini selalu juga diadakan acara larian mendaki bukit, jadi kepada yang berminat tu boleh lihat di laman sosial Gumantung Hill atau untuk pertanyaan atau maklumat lanjut bolehlah terus menghubungi pihak yang menguruskan bukit ini :
Hubungi :
Gumantung Hill
Jalan Bavanggazo,
Matunggong, Kudat,
Ulasan
Catat Ulasan