Langkau ke kandungan utama

Gunung Kinabalu

Gunung Kinabalu merupakan salah satu tempat menarik di Sabah yang boleh didaki oleh siapa sahaja terutama sekali kepada peminat aktiviti mendaki tidak kira penduduk tempatan negeri ini mahupun pelancong dari dalam dan luar negara yang datang melancong ke Sabah. Gunung Kinabalu adalah gung yang tertinggi di Malaysia dan gunung ini juga merupakan satu lambang kemegahan bagi setiap orang atau penduduk di Negeri Sabah. Gunung Kinabalu terletak di daerah Ranau iaitu lebih kurang 92 km atau kira-kira 2 jam perjalanan dari Pusat Bandaraya Kota Kinabalu.

GUNUNG KINABALU




Kredit gambar : Sabahparks


Gunung Kinabalu merupakan salah satu tempat menarik di Ranau untuk para peminat aktiviti mendaki tidak kira sama ada penduduk tempatan negeri ini ataupun pelancong dari dalam dan luar negara yang datang ke Negeri Sabah melancong sambil mencari tempat untuk aktiviti mendaki. Gunung ini terletak dalam lingkungan kawasan Banjaran Crocker di daerah Ranau iaitu kira-kira 92 km atau kira-kira 2 jam perjalanan dari Pusat Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Gunung Kinabalu mempunyai ketinggian iaitu 4,095 meter atau 13,435 kaki dari paras laut yang menjadikannya gunung tertinggi di Malaysia dan ke 28 tinggi di Asia Tenggara, walaupun gunung ini adalah yang ke 28 tinggi di Asia Tenggara, namun gunung ini begitu popular di seluruh dunia dan kini berada di kedudukan ke 20 antara gunung yang paling menonjol. Gunung Kinabalu mempunyai beberapa puncak iaitu seperti Puncak Low iaitulah puncak yang paling tinggi di gunung ini, selain itu Puncak St. John, Puncak Oyayubi, Puncak Kakak Buruk, Puncak Raja Edward, Puncak Telinga Keldai dan Puncak Tunku Abdul Rahman. Nama Gunung Kinabalu dikatakan diambil dari perkataan Aki nabalu yang mana ia adalah perkataan daru suku kaum Kadazan Dusun yang merupakan majoriti penduduk di daerah Ranau, perkataan 'aki' membawa maksud nenek moyang manakala 'nabalu' pula membawa maksud gunung. Oleh itu gunung ini telah dinamakan sebagai Gunung Kinabalu kerana menurut kepercayaan suku kaum Kadazan Dusun gunung ini adalah tempat persemadian nenek moyang mereka dan ianya dianggap sebagai satu tempat yang suci bagi suku berkenaan yang mana gunung ini harus dijaga dengan baik maka oleh yang demikian para pendaki yang mendaki Gunung Kinabalu sentiasa dinasihatkan agar sentiasa menjaga kelakuan dan juga perangai termasuklah juga cara pemakaian pakaian ketika mendaki.

Pada awalnya dikatakan bahawa mendaki ke gunung ini adalah dilarang oleh penduduk tempatan dalam daerah Ranau khususnya dari suku kaum Kadazan Dusun kerana bagi mereka ianya akan menyebabkan roh nenek moyang mereka akan menjadi marah, namun pada tahun 1851, seorang Gabenor British dari Labuan iaitu Hugh Low telah berunding dengan penduduk tempatan dan membawa persembahan untuk korban ketika mendaki ke gunung ini agar nenerk moyang suku kaum berkenaan tidak akan marah. Hugh Low kemudian telah memulakan pendakian bersama seorang penunjuk jalan dari etnik Kadazan Dusun telah, namun Hugh Low tidak berjaya sampai ke puncak ini tersebut kerana ketinggian gunung tersebut yang sangat tinggi dan beliau menganggap bahawa puncak gunung ini hanya boleh dicapai oleh haiwan yang mempunyai sayap sahaja. Kemudian pada tahun 1858 Hugh Low sekali lagi mencuba untuk mendaki gunung ini, tetapi kali ini bersama seorang Konsulat British dari Brunei iaitu Spenser St. John, namun tidak juga berjaya. Pada tahun 1888, puncak Gunung Kinabalu ini dapat ditawan oleh seorang pakar zoologi British iaitu John Whitehead yang mana menjadikannya orang Eroprah pertama dapat sampai ke puncak gunung ini, manakala wanita eropah pertama yang sampai di puncak gunung ini adalah Lilian Suzette Gibbs pada 24 Februari 1910 yang pada ketika itu telah mengetuai satu ekpedisi penyelidikan botani ke Gunung Kinabalu. Walaubagaimanapun dikatakan orang pertama yang sampai ke atas puncak Gunung Kinabalu adalah seorang penduduk tempatan negeri ini dari suku kaum Kadazan Dusun iaitu Gunting Lagadan pada tahun 1851 iaitu ketika mula-mula membawa Hugh Low membuat pendakian ke gunung ini, dengan sejarah ini maka tidak hairanlah Gunung Kinabalu menjadi salah satu gunung yang sering dijadikan pilihan orang ramai khususnya para peminat aktiviti mendaki dari dalam dan luar negara yang datang ke negeri ini. Untuk pendakian ke Gunung Kinabalu ini, jumlah pendaki yang dibenarkan dalam sehari adalah lebih kurang 165 orang sahaja.


Pendakian ke gunung ini biasanya orang atau pendaki memilih pendakian selama 2 hari 1 malam tetapi ada juga yang sampai 3 hari 2 malam kerana ingat menikmati suasana dan keindahan alam semulajadi yang yang mungkin jarang dapat ditemui ditempat atau negeri dan negara lain terutama sekali bagi pelancong yang datang dari luar negara. Sebaiknya anda membuat tempahan lebih awal tidak kira anda datang sendiri atau berkumpulan, ini adalah agar mendapat giliran mendaki lebih cepat sebab memang terdapat ramai orang yang mendaki gunung ini. Sebelum mendaki semua para pendaki dikehendaki berkumpul terlebih dahulu di Ibu Pejabat Taman Negara Kinabalu membuat pendaftara, diberikan taklimat dan juga diperkenalkan dengan pemandu jalan dan juga porter. Walaupun anda sudah biasa membuat pendakian, tetap diwajibkan untuk mendapatkan khidmat pemandu jalan yang merupakan penduduk tempatan negeri ini dan seorang pemandu jalan boleh bawa antara 3 hingga 5 orang pendaki sahaja dalam satu-satu masa bergantung pada laluan pendakian yang di pilih. Khidmat porter pula terpulang pada anda mahu gunakan atau tidak, tapi sebaiknya anda dapatkan khidmat porter yang mana porter adalah orang yang bertanggungjawab mengangkat beberapa barangan anda ketika membuat pendakian ke puncak gunung sekaligus dapat meringkan lagi anda tanpa perlu mengangkat barang lebih berat, apa yang perlu anda bawa hanyalah beg kecil untuk di isi air minum, makanan ringan dan baju hujan, jadi memang sangat-sangat digalakkan untuk anda mendapatkan porter untuk lebih memudahkan pergerakan anda ketika membuat pendakian sekaligus dapatlah juga nda mengambil gambar kenangan ketika mendaki, tapi jangan terlalu sibuk ambil gambar sahaja sebab anda perlu utamakan keselamatan. Selepas selesai buat pendaftaran di Ibu Pejabat Taman Negara Kinabalu dan sudah diperkenalkan dengan porter serta pemandu jalan, maka anda dan kumpulan anda akan di angkut ke Timpohon Gate untuk membuat pendaftaran sekali lagi sebelum memulakan pendakian dari sini sekitar jam 8 atau 9 pagi mengikut keadaan.

Setelah memulakan pendakian yang bermula dari Timpohon Gate sentiasalah berhati-hati dan boleh juga ambil sedikit masa untuk rehat tetapi jangan terlalu lama rehat sebab anda sebaiknya sampai di Panalaban pada waktu petang sekitar jam 4 petang, ini bagi mengelakkan daripada bertembung dengan awan atau kabus tebal yang biasanya turun selepas waktu tersebut, lagi pun sekiranya dapat sampai di Panalaban awal maka dapatlah makan malam lebih awal juga, makan malam disediakan sekitar jam 4 petang hingga 8 malam, selepas makan malam bolehlah anda berehat di penginapan yang disediakan di Panalaban ini sebelum meneruskan semula pendakian ke puncak gunung seawal jam 2 pagi, perndakian ke puncak ni memang awal pagi sebab ketika inilah para pendaki berpeluang untuk melihat sendiri betapa indahnya suasana pemandangan matahari terbit dari puncak Gunung Kinabalu. Anda perlulah ambil maklum bahawa mendaki seawal jam 2 pagi ni memang cuacanya agak sejuk sehingga turun ke 1 darjah celsius, jadi pastikan anda memakai pakaian yang sesuai dan apa-apa lagi yang patut dipakai untuk memastikan anda tidak terlalu kesejukan. Dalam pendakian ini anda juga akan diwajibkan untuk mendaftar masuk di Pusat Pemeriksaan Sayat-Sayat, selepas selesai mendaftar anda boleh meneruskan pendakian ke puncak Gunung Kinabalu iaitu lah Puncak Low di ketinggian 4095 meter dari paras laut. Setelah sampai ke puncak ini sudah pasti akan membuatkan hati anda gembira dan penuh kesyukuran kerana dapat mencapai ke puncak gunung tertinggi di Malaysia ini.
Sebelum ke sini membuat pendakian, adalah sebaiknya anda membuat persediaan dari segi stamina dan kesihatan serta barang-barang keperluan untuk di bawa agar memudahkan perjalanan dan pendakian ke gunung ini. Antara persiapan mungkin boleh anda buat :

Persediaan mendaki :

01. Pakaian sesuai
02. Penutup muka
03. Winter Cap
04. Air minum
05. Makanan ringan
06. Kamera
07. Pen dan buku nota
08. Tisu lap keringat
09. Kasut Mendaki
10. Bawa tongkat
11. Baju tebal
12. Ubat peribadi
13. Sarung Tangan
14. Duit Poket
15. Lampu Kepala

Sekiranya anda ingin mendaki gunung ini adalah lebih baik anda pastikan kesihatan anda berada dalam keadaan yang baik. Ini adalah bagi mengelakkan daripada berlaku sesuatu yang tidak diingini semasa anda mendaki dan sekiranya ada penyakit bolehlah minta nasihat daripada doktor terlebih dahulu untuk memastikan anda boleh mendaki gunung ini ataupun sebaliknya. Pelancong atau pengunjung dari Kota Kinabalu yang ingin mendaki Gunung Kinabalu sebaiknya buat tempahan terlebih dahulu dengan pihak Sabahparks, Sutera Sanctuary atau Mountain Torq. Boleh juga hubungi ejen pelancongan yang sah jika ingin lebih memudahkan urusan anda, mungkin agak mahal sedikit tapi mereka yang atur semua urusan pendaftaran anda, sila pastikan ejen pelancongan tempatan tu yang sah berdaftar dan dipercayai.

Bayaran masuk Taman Negara Kinabalu :
Pelancong tempatan
Dewasa : RM3.00
Kanak-kanak : RM1.00

Taman Negara Kinabalu :
Pelancong asing :
Dewasa : RM15.00
Kanak-kanak : RM10.00

Bayaran mendaki (permit) : 
Warganegara
Dewasa : RM100.00
Kanak-kanak : RM50.00

Pelancong Asing
Dewasa : RM400.00
Kanak-kanak : RM200.00

Bayaran guide : 
RM350.00 : 5 orang pendaki
RM200.00 : OKU/seorang

Bayaran porter : 
RM14.00 per kg : angkat pendaki
RM14.00 per kg : angkat barang

Bayaran sijil : 
RM10.00 : Sampai puncak (berwarna)
RM1.00 : Tidak sampai puncak (hitam putih)

Untuk sebarang pertanyaan atau pun maklumat lanjut bolehlah menghubungi pihak pengurusan Taman-Taman Sabah di alamat seperti berikut :


Alamat :
Sabah Parks
Block H, Level 1-5, Lot 45 & 46
Signature Office, KK Times Square
Poskod 88100, Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia.
Tel : +6088-523 500
Email : hello@sabahparks.org.my
Website : sabahparks.org.my

Ulasan