Langkau ke kandungan utama

Gunung Nopungguk

Gunung Nopungguk merupakan salah satu tempat menarik di Sabah khususnya buat orang ramai yang minat dengan aktiviti mendaki dengan laluan yang agak mencabar sedikit. Gunung ini mempunyai ketinggian sekitar 1630 meter dari paras laut dan gunung ini terletak di dalam kawasan 3 buah kampung iaitu Kampung Gansurai, Kampung Podos dan Kampung Tinata yang mana ketiga-tiga kampung ini berada dalam daerah Kota Belud lebih kurang 25 km atau pun kira-kira 45 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pekan Kota Belud dan kira-kira 85 km atau lebih kurang 1 jam 50 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pusat Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah.

GUNUNG NOPUNGGUK


Kredit Gambar : Mt.Nopungguk


Kredit Gambar : Mt.Nopungguk

Kredit Gambar : Mt.Nopungguk

Gunung Nopungguk merupakan salah satu tempat menarik di Kota Kinabalu yang boleh didaki orang ramai khususnya kepada mereka yang berminat aktiviti mendaki dengan laluan pendakian yang agak mencabar sedikit dan dengan ketinggian 1430 meter atau 4692 kaki dari paras laut. Sebenarnya gunung ini terletak dalam kawasan 3 buah kampung di Kota Belud iaitu Kampung Gansurai, Kampung Podos dan Kampung Tinatam, tetapi selalunya orang akan cakap ia terletak di Kampung Gansurai sebab ramai dikalangan para pendaki akan membuat pendakian dengan melalui laluan dari kampung ini. Selain dari itu juga para pendaki biasanya akan memilih untuk tinggal atau bermalam di Penginapan Nopungguk (Nopungguk Homestay) yang berada di tiga kampung tadi yang terletak lebih kurang 25 km atau pun kira-kira 45 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pekan Kota Belud dan kira-kira 85 km atau lebih kurang 1 jam 50 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pusat Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Para pendaki memilih penginapan ini adalah kerana lokasinya yang lebih dekat dengan laluan pendakian ke gunung dan pihak pengurusan penginapan ini juga boleh menguruskan sekali permit mendaki dengan Pihak Taman Sabah kepada mereka yang mahu membuat pendakian ke Gunung Nopungguk. Sebagai makluman untuk anda yang mahu mendaki ke gunung ini, pada kebiasaannya pendakian akan bermula seawal jam 4 pagi, oleh itu pastikan anda membuat segala persiapan lebih awal pada waktu malam agar dapat membuat pendakian tanpa ada sebarang masalah dan sebelum datang ke sini jangan lupa apa juga barang keperluan yang semestinya diperlukan untuk membuat perjalanan seawal pagi ini, contohnya seperti lampu suluh sebab waktu ini susana masih lagi gelap.

Seperti yang anda sudah sedia maklum untuk mendaki ke gunung ini perlulah mendapatkan permit dan seorang pemandu jalan atau guide yang akan disediakan oleh Pihak Taman Sabah, tetapi sekiranya anda tinggal di Nopungguk Homestay bolehlah meminta pihak mereka untuk menguruskannya semua urusan ini ketika anda membuat tempahan, memang sangat disarankan untuk membuat tempahan homestay ini dan juga sekali tempah untuk permit mendaki. Selain itu anda dan kumpulan anda juga boleh berurusan sendiri terus dengan Pihak Taman Sabah untuk permit dan pemandu jalan atau guide, jadi terpulanglah pada anda yang mana dirasakan lebih mudah. Untuk makluman anda semua buat masa kini hanya 20 orang sahaja dalam sehari yang akan dibenarkan mendaki ke gunung ini, oleh itu apabila jumlah orang dalam kumpulan anda lebih dari itu maka sebahagian daripada rakan anda terpaksa menunggu keesokan harinya untuk membuat pendakian. Dengan ketinggian gunung iaitu 1430 meter dari paras laut maka ia akan memakan masa lebih kurang 2 jam hingga 3 jam untuk mendaki sampai ke puncak dengan jarak kira-kira 6 km tidak termasuk turun semula ke bawah, oleh itu keseluruhan perjalanan adalah sekitar 12 km yang memakan masa lebih kurang 6 pergi dan balik. Biasanya pendaki akan memulakan pendakian mereka seawal jam 4 pagi, tetapi ada juga yang memulakan pendakian lebih awal iaitu sekitar jam 2 dengan tujuan dapat sampai ke puncak gunung sebelum matahari terbit agar mereka berpeluang melihat keindahan pemandangan alam semulajadi yang begitu indah sewaktu matahari terbit yang muncul akan di celahan kaki gunung khususnya Gunung Kinabalu yang sudah pasti akan membuatkan anda begitu kagum dan terpesona. Apa pun itu semuanya terpulang pada anda sendiri ingin memulakan pendakian jam berapa sebab yang penting ialah anda dan kumpulan anda dapat sampai ke puncak gunung ini dan turun semula dalam keadaan baik dan juga selamat.


Terdapat 2 laluan yang boleh digunakan untuk mendaki gunung ini iaitu melalui laluan Kampung Podos dan juga laluan Kampung Gansurai, tetapi yang ramai ikut ialah laluan dari Kampung Gansurai, jadi ikut dari kehendak masing-masing yang mana satu lebih memudahkan pendakian. Kedua-dua laluan ini akan melalui kawasan hutan dan biasanya laluan mendaki adalah tidak sama dengan laluan ketika turun yang mana anda akan berpeluang untuk singgah di beberapa lokasi menarik ketika dalam pendakian iaitu seperti taman rafflesia, batu mirolian, Gua yang mempunyai keranda, pokok berusia beratus tahun, gua kelawar dan lingzhi gergasi, anda boleh ambil gambar semua tumbuhan yang ada dihutan ini tetapi tidak boleh merosakkan atau mencabutnya. Selain itu anda juga mungkin berpeluang untuk singgah jika perlu di air terjun ikut arahan dari guide. Ada juga kawasan menarik di atas ni yang mungkin anda tidak perlu singgah sekiranya keadaan cuaca pada waktu itu masih lagi dalam keadaan gelap sebab sukar juga untuk melihat contohnya jika anda mendaki melalui kawasan taman rafflesia seawal pagi yang masih lagi gelap ketika itu, tetapi kalau anda turun dari puncak ikut laluan mendaki sudah pastilah akan dapat juga melihat taman rafflesia tersebut. Walaupun anda berpeluang untuk singgah atau melihat flora dan fauna yang menarik di hutan ini, haruslah juga sentiasa utama keselamatan sebab laluan mendaki ke puncak gunung mungkin ada sesetangah tempat yang mempunyai keadaan laluan yang agak curam dan memerlukan perhatian yang lebih ketika melangkah atau mendaki, jadi pastikan jika ingin mendaki di sini pakailah kasut mendaki yang sesuai dan jangan sesekali memakai selipar ketika mendaki sebab ia akan menyukarkan pergerakan dan pendakian anda terutama sekali dikawasan bercerum curam lagi pun pendakian anda adalah seawal pagi yang sudah pasti keadaan suasananya masih gelap, boleh cuba guna kasut yang penduduk tempatan negeri ini sebut sebagai adidas kampung yang mana biasanya digunakan ketika melakukan aktiviti mendaki bukit.

Pakai pakaian seperti baju dan seluar yang lebih sesuai untuk aktiviti ini agar pergerakan anda ketika mendaki atau turun dari gunung berjalan dengan lebih lancar lebih-lebih lagi laluan mendaki gunung ni yang akan meredah kawasan hutan, sebaiknya memakai baju dan seluar panjang agar tidak mudah anda digigit nyamuk di dalam hutan tersebut. Lain dari itu anda boleh memakai stokin anti lintah untuk elak daripada lintas melekat di kaki anda, terpulang pada keadaan juga kadang tidak ada. Boleh bawah sikit makanan dan juga air minum ketika mendaki tetapi sebaiknya air tu janganlah bawa air terlalu banyak sebab takut ianya berat dan akan menyukarkan anda mendaki serta mudah menyebabkan anda menjadi penat jika mengangkat benda yang berat, jadi air tu boleh bawa yang saiz 1.5 liter atau lebih sikit ikut dari keperluan. Bagi yang bercadang untuk singgah mandi di air terjun jangan lupa untuk membawa baju mandi yang sesuai dan juga baju ganti untuk dipakai selepas mandi. Jangan lupa juga untuk anda membawa tongkat mendaki agar lebih memudahkan anda melangkah mendaki dan tidak cepat terasa penat, tongkat ni memang perlu di bawa tidak kira anda tua atau muda sebab ia adalah satu keperluan yang biasa digunakan oleh seorang pendaki agar tidak cepat terasa penat dan lelah, pastikan tongkat tu kuat dan tahan serta tidak mudah patah. Terdapat beberapa barang keperluan sebenarnya yang rasanya boleh anda bawa membuat pendakian ke Gunung Nopungguk, senarai barangan keperluan di bawah ini adalah termasuk yang akan anda gunakan sekiranya menginap di Nopungguk Homestay sama ada untuk sehari atau lebih dari sehari.

Barang di bawa :

01.
Baju sesuai
02. Seluar sesuai
03. Pakaian mandi
04. Peralatan mandi
05. Beg mendaki
06. Makanan
07. Minuman
08. Tongkat mendaki
09. Kasur sesuai
10. Stokin anti lintah
11. Duit poket
12. Ubat peribadi
13. Kompas
14. Sejadah
15. Telekung
16. Kamera
17. Telefon bimbit
18. Wisel kecemasan
19. Lampu suluh
20. Tali (jika perlu)
21. Baju hujan
22. Pakai topi
23. Sunscreen

Untuk mendaki sebaiknya anda datang berkumpulan jadi tidak juga terasa sunyi ketika buat aktiviti ini dan sekaligus dapat berkongsi pengalaman. Sekiranya mahu menempah atau buat sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi terus pihak pengurusan Taman Sabah atau boleh juga kalau mahu hubungi terus pihak Nopungguk Homestay seperti alamat di bawah :

Alamat :
Sabah Parks
Lot 45 & 46, Level 1-5,
Block H, Signature Office,
KK Times Square, Coastal Highway,
88100, Kota Kinabalu,
Sabah, Malaysia.
Telefon : 088-523 500
Webiste : Sabahparks

Nopungguk Homestay
Mr. Harun Lambut
89150, Kota Belud
Sabah, Malaysia.
Telefon : +6016 837 9681
Web fb : Homestay

Ulasan