Gunung Nungkok merupakan salah satu lagi tempat menarik di Sabah khusus buat mereka yang minat dengan aktiviti mendaki tidak kira penduduk tempatan negeri ini mahu pun pelancong dari dalam dan luar negara yang datang bercuti ke negeri ini. Sebenarnya gunung ini terletak berhampiran juga dengan Gunung Kinabalu oleh sebab itu gunung ni disebut sebagai anak Gunung Kinabalu, tetapi gunung ni berada dalam daerah di Kota Belud iaitu lebih kurang 58 km atau kira-kira 1 jam perjalanan menaiki kenderaan dari Pekan Kota Belud, manakala kalau dari Pusat Bandaraya Kota Kinabalu pula jaraknya adalah sekitar 85 km yang mana memakan masa lebih kurang 1 jam 50 minit untuk sampai ke daerah tempat pendakian gunung ini di Kota Belud, Sabah.
GUNUNG NUNGKOK

Kredit Gambar : Geocotravel
Gunung Nungkok merupakan salah satu lagi tempat menarik di Kota Kinabalu yang juga merupakan sebuah gunung yang boleh didaki oleh ramai khususnya kepada mereka sangat berminat dengan aktiviti pendakian tidak kira sama ada penduduk tempatan atau pun pelancong dari dalam dan luar negara yang datang bercuti ke negeri ini dan ingin mencari lokasi yang sesuai untuk melakukan aktiviti mendaki di sekitar Sabah dengan laluan mendaki yang boleh dikira agak mencabar. Gunung ini dikatakan antara gunung yang mempunyai puncak menarik di daerah Kota Belud, maka tidak hairanlah gunung ini selalu menjadi antara lokasi pendakian para peminat aktiviti mendaki terutamanya bagi penduduk tempatan di negeri ini khususnya yang tinggal disekitar daerah Kota Belud dan kawasan sekitarnya. Selain daripada itu gunung ini juga digelar sebagai anak Gunung Kinabalu oleh penduduk tempatan serta mempunyai ketinggian 1652 meter atau 5420 kaki dari paras laut dan terletak dalam daerah Kota Belud iaitu lebih kurang 58 km atau pun kira-kira 1
jam perjalanan menaiki kenderaan dari Pekan Kota Belud, manakala kalau
anda datang dari Pusat Bandaraya Kota Kinabalu pula jaraknya adalah sekitar 85 km
yang mana mungkin akan memakan masa lebih kurang 1 jam 50 minit menaiki kenderaan untuk sampai ke
lokasi tempat pendakian gunung yang berada di Kota Belud, Sabah. Untuk makluman anda gunung ini adalah di bawah penjagaan dan pengurusan Pihak Taman Sabah, oleh itu sekiranya anda ingin mendaki gunung ini perlulah ada kebenaran terlebih dahulu daripada pihak berkenaan, oleh itu disarankan anda membuat tempahan awal terlebih dahulu jika mahu mendaki ke sini sebab hanya beberapa orang pendaki sahaja yang akan dibenarkan untuk mendaki dalam sehari, kalau lebih dari jumlah yang ditetapkan maka orang lain akan membuat pendakian pada hari berikutnya, maka untuk memastikan perjalanan pendakian anda berjalan dengan lebih lancar adalah lebih baik buat tempahan lebih awal. Oleh itu buat para peminat aktiviti pendakian jangan lepaskan peluang anda untuk mendaki gunung ini bila ada kesempatan datang ke daerah Kota Belud, tapi pastikan bawa kawan bersama agar lebih seronok ketika mendaki.
Seperti yang sudah dinyatakan di atas bahawa untuk mendaki ke gunung ini perlulah terlebih dahulu mendapatkan permit dan seorang pemandu jalan atau guide yang akan disediakan oleh Pihak Taman Sabah, oleh itu anda boleh menghubungi terus dengan Pihak Taman Sabah atau boleh juga sekiranya melalui mana-mana rumah penginapan (homestay) yang ada di Kampung Tambatuon sebab kampung ni merupakan lokasi tempat memulakan pendakian. Kebanyakkan homestay yang ada di kampung ini akan tolong mengaturkan semua untuk aktiviti mendaki ke Gunung Nungkok termasuklah permit dan guide yang penting anda beritahu mereka lebih awal iaitu semasa membuat tempahan. Sekali lagi diingatkan supaya membuat tempahan terlebih dahulu sebelum datang ke sini dan kalau boleh beberapa hari awal sebelum anda datang sebab buat masa ini hanya 20 orang pendaki sahaja yang dibenarkan untuk buat pendakian dalam sehari, oleh itu sekiranya kumpulan anda lebih daripada 20 orang maka sebahagian dari anda terpaksa menunggu keesokan harinya untuk membuat pendakian. Dengan ketinggian 1652 meter maka untuk mendaki gunung ini ianya akan memakan masa lebih kurang 4 hingga 5 jam untuk sampai ke puncak dengan jarak perjalanan kira-kira 6.9 km atau lebih kurang 4.3 batu sehala sahaja tidak termasuk perjalanan turun semula ke bawah, oleh itu keseluruhan perjalanan adalah sekitar lebih dari 13 km yang memakan masa sekurang-kurangnya 8 jam untuk pergi dan balik. Untuk makluman anda biasa pendakian akan dimulakan seawal jam 4 pagi, tetapi kalau mahu awal pun boleh juga cuma akan dikenakan bayaran sedikit sebab ada juga pendaki yang mahu mendaki lebih awal agar mereka dapat sampai ke puncak gunung lebih awal untuk melihat suasana pemandangan matahari terbit yang begitu indah dengan matahari yang terbit dari celahan kaki gunung khususnya Gunung Kinabalu yang sudah pasti akan membuatkan anda begitu kagum dan terpesona apabila melihatnya. Apa pun semuanya terpulang pada anda kumpulan anda sama ada mahu awal mendaki atau ikut masa pendakian seperti biasa iaitu sekitar jam 4 pagi.
Untuk memulakan pendakian anda akan mula berjalan dari lokasi pertemuan iaitu di Pusat Pelancongan Eko Kampung Tambatuon ke tempat titik permulaan atau starting point sejauh lebih kurang 2.9 km namun sebelum memulakan perjalanan, anda akan terlebih dahulu diberikan taklimat ringkas oleh guide yang akan membawa kumpulan anda ketika berada di pusat pelancongan tadi. Selepas selesai taklimat anda akan mula bergerak ke starting point yang mana untuk ke starting point ni boleh berjalan kaki atau boleh juga menaiki kenderaan yang disediakan dengan kadar bayaran tertentu sekiranya keadaan cuaca dan jalan dalam keadaan baik pada masa itu. Semasa membuat pendakian anda akan melalui kawasan hutan dengan keadaan laluannya ada yang mudah dan ada juga yang agak mencabar sebab terdapat beberapa lokasi yang curam dan memerlukan perhatian yang lebih ketika melaluinya lebih-lebih lagi ketika awal pendakian seawal jam 4 pagi yang mana sudah pasti keadaan suasananya masih lagi gelap. Dalam perjalanan mendaki anda juga berpeluang dapat melihat beberapa tempat menarik yang mungkin boleh anda singgah sebentar seperti taman rafflesia, beberapa batu besar, gua batu, termasuklah juga flora dan fauna yang banyak terdapat di dalam hutan tersebut. Sepanjang aluan pendakian ada juga diletakkan beberapa papan tanda motivasi yang melucukan yang mungkin bertujuan agar para pendaki sentiasa ceria dan senyum walaupun dalam keadaan penat. Kawasan hutan di sini dijaga oleh Pihak Taman Sabah, oleh itu sepanjang membuat pendakian pastikan anda tidak merosakkan atau mencabut sebarang tumbuhan flora dan fauna agar ia sentiasa terjaga dan hidup dengan baik dan subur. Sepanjang pendakian anda boleh juga berehat sekejap sekiranya rasa terlalu penat, yang penting beritahu guide yang membawa kumpulan anda agar dia boleh aturkan tempat yang sesuai berehat. Pastikan anda ikut semula peraturan yang telah ditetapkan atau yang diberikan oleh guide bila mendaki agar keselamatan anda lebih terjaga dan terjamin sepanjang perjalanan mendaki ke puncak atau ketika turun semula dan juga ketika berada di atas puncak gunung ini.
Perjalanan mendaki memang akan terasa penat dan lelah kerana laluannya ada yang agak sukar serta bercuram tetapi semua penat lelah tu pasti akan hilang apabila anda sudah sampai ke puncak gunung ini dan melihat keindahan pemandangan alam semula jadi dihadapan anda yang terbentang luas dan juga dari puncak ini dapat dilihat dengan begitu jelas pemandangan Gunung Kinabalu yang berdiri megah sekaligus akan memuatkan anda merasa terpesona dengan keindahan tersebut dan terasa macam mahu berada lama sikit di puncak Gunung Nungkok ini untuk melihat pemandangan sambil mengambil lagi gambar dengan banyak untuk kenang-kenangan. Bila berada di puncak ini anda bolehlah rehat sekejap sambil menjamu selera dan minum untuk hilangkan penat sebelum memulakan semula perjalanan turun dari sini sebab guide yang akan mengatur masa turun iaitu sebelum jam 5 petang, jika lebih dari masa tersebut maka akan dikenakan bayaran lebih. Memang sangat seronok mendaki ke gunung ini lagi pun belum ramai lagi datang mendaki ke sini termasuklah penduduk tempatan, sekiranya anda ada peluang mendaki ke gunung ini jangan lupa untuk mempersiapkan terlebih dahulu beberapa keperluan dan yang paling penting ialah sebelum datang mendaki pastikan kesihatan anda dalam keadaan yang sangat baik serta tidak mempunyai masalah kesihatan. Jika anda ada sakit boleh bertanya terlebih dahulu dengan doktor sama ada anda dibenarkan atau tidak untuk melakukan aktiviti mendaki, ini adalah untuk elak daripada terjadi perkara yang tidak diingini, satu lagi pastikan juga stamina anda pun dalam keadaan yang baik untuk aktiviti lasak ini sebab walaupun gunung ini boleh dikira agak tinggi dan laluan juga agak mencabar di beberapa kawasan pendakian serta jarak perjalanannya juga jauh dan memakan masa lama sehingga hampir 8 jam atau mungkin lebih ikut dari stamina pendaki itu sendiri sebab apa pun jua keselamatan adalah paling penting bila ingin membuat aktiviti mendaki.
Selain daripada kesihatan dan stamina, anda juga haruslah membuat pesiapan barangan keperluan yang perlu dipakai atau di bawa untuk aktiviti ini contohnya pakailah pakaian seperti baju dan seluar sesuai agar pergerakan anda ketika mendaki gunung ini berjalan dengan lebih lancar lebih-lebih lagi laluan mendaki yang akan meredah kawasan hutan dan juga kawasan yang mungkin curam serta berbatu, anda sebaiknya memakai baju dan seluar panjang agar tidak mudah digigit nyamuk ketika berjalan dalam hutan tersebut, selain itu anda juga boleh memakai stokin anti lintah untuk mengelakkan daripada lintah melekat di kaki anda tapi lintah ni kadang ikut keadaan juga sebab kadang tu tidak ada, tetapi adalah baik juntuk pakai stokin tersebut sebab untuk buat aktiviti mendaki anda dimestikan untuk memakai kasut dan tidak boleh pakai selipar sebab dengan memakai kasut maka pergerakan dan langkah anda adalah lebih baik dan lancar. Boleh bawah makanan dan air minum ketika mendaki tetapi sebaiknya air tu janganlah terlalu banyak sebab takut ianya berat sekaligus menyukarkan pergerakan mendaki serta akan menyebabkan anda mudah terasa penat dan lelah kerana mengangkat benda berat, oleh itu rasanya air tu bolehlah bawa yang saiz 1.5 liter atau lebih sikit ikut dari keperluan. Persiapan lain ialah jangan lupa membawa tongkat untuk mendaki agar lebih memudahkan anda melangkah mendaki dan kaki pun tidak cepat terasa penat, tongkat ni memang perlu anda bawa tidak kiralah anda tua atau muda sebab ia adalah satu keperluan yang biasa digunakan oleh seorang pendaki tapi pastikan tongkat tersebut kuat dan tahan atau tidak mudah patah. Untuk mengelak daripada mungkin terkena panas atau najis burung ketika berjalan di dalam kawasan hutan anda yang sudah pasti banyak spesis burung maka anda boleh memakai topi atau tutup kepala ketika membuat pendakian. Di bawah ini adalah antara senarai barang keperluan yang rasanya boleh anda bawa bila merancang untuk mendaki ke Gunung Nungkok, senarai ini adalah termasuk yang akan anda gunakan sekiranya menginap di penginapan yang ada di Kampung Tambatuon dan juga ketika mendaki :
Barang di bawa :
01. Baju sesuai
02. Seluar sesuai
03. Pakai topi
04. Peralatan mandi
05. Beg mendaki
06. Makanan
07. Minuman
08. Tongkat mendaki
09. Kasut sesuai
10. Stokin anti lintah
11. Duit poket
12. Ubat peribadi
13. Kompas
14. Sejadah
15. Telekung
16. Kamera
17. Telefon bimbit
18. Wisel kecemasan
19. Lampu suluh
20. Tali (jika perlu)
21. Baju hujan
22. Sarung tangan
23. Sarung telefon kalis air
24. Sentiasa berdoa
Untuk mendaki sebaiknya anda datang berkumpulan jadi tidak juga terasa sunyi ketika buat aktiviti ini dan sekaligus dapat berkongsi pengalaman. Sekiranya mahu menempah atau buat sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi terus pihak pengurusan Taman Sabah atau boleh juga kalau mahu hubungi terus pihak Krew Gunung Nungkok seperti alamat di bawah :
Alamat :
Sabah Parks
Lot 45 & 46, Level 1-5,
Block H, Signature Office,
KK Times Square, Coastal Highway,
88100, Kota Kinabalu,
Sabah, Malaysia.
Telefon : 088-523 500
Webiste : Sabahparks

En. Eyong C Ronn
Kre Gunung Nungkok
89150, Kota Belud
Sabah, Malaysia.
Telefon : +6019 588 0776
Kre Gunung Nungkok
89150, Kota Belud
Sabah, Malaysia.
Telefon : +6019 588 0776

Ulasan
Catat Ulasan