Langkau ke kandungan utama

Gunung Silam

Gunung Silam merupakan salah satu tempat menarik di Negeri Sabah dan gunung ini juga sangat sesuai untuk dijadikan sebagai lokasi pendakian buat para peminat aktiviti mendaki tidak kira penduduk di daerah Lahad Datu atau pun mereka yang datang dari luar daerah untuk membuat pendakian ke sini. Bukit ini terletak dalam daerah Lahad Datu iaitu lebih kurang 30 km atau kira-kira 34 minit perjalanan dengan menaiki kenderaan dari Pusat Bandar Lahad Datu, Sabah.

GUNUNG SILAM


Kredit gambar : Ldyou2

Kredit gambar : Wikipedia

Kredit gambar : Mysabah

Gunung Silam merupakan salah satu tempat menarik di daerah Lahad Datu untuk dikunjungi khususnya buat para peminat aktiviti mendaki tidak kira pendaki dari daerah ini, daerah lain di negeri ini mahu pun pelancong dari dalam dan luar negara yang datang ke Sabah terutamanya ke Lahad Datu. Gunung ini juga adalah antara yang sangat popular di negeri ini dan sering dikunjungi oleh orang ramai terutama sekali ketika hujung minggu. Gunung Silam berada di dalam kawasan Hutan Simpan Sapagaya yang mana hutan ini berkeluasan sekitar 698 ekar dan terletak di daerah Lahad Datu iaitu lebih kurang 30 km atau kira-kira 34 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pusat Bandar Lahad Datu, kalau anda dari Pusat Bandar Tawau pula jarak perjalanannya adalah lebih kurang 144 km atau pun kira-kira 1 jam 55 minit perjalanan menaiki kenderaan
. Tetapi kalau datang dari Pusat Bandar Kota Kinabalu memang agak jauh iaitu jaraknya 422 km atau kira-kira 7 jam 25 mini perjalanan menaiki kenderaam, jadi kalau mahu cepat boleh naik kapal terbang ke Lahad Datu atau Tawau terlebih dahulu sebelum ke tempat ini. Tanah di kawasan gunung ini sememangnya unik kerana berwarna kemerahan dan menjadikan tempat ini sangat istimewa untuk dikunjungi kerana ianya berbeza daengan tempat lain. Oleh kerana gunung ini berada di dalam kawasan hutan simpan yang dijaga dan terpelihara jadi tidak hairanlah kawasan di sini menjadi tempat perlindungan pelbagai spesis haiwan dan juga tumbuhan yang anda akan dapat lihat ketika membuat pendakian ke Gunung Silam. Oleh itu sekiranya anda berada di daerah ini dan juga merupakan salah seorang peminat aktiviti mendaki jangan lepaskan peluang untuk datang mendaki ke sini keluarga atau rakan-rakan lain, lagi ramai lagi meneyeronokkan.

Guung Silam mempunyai ketinggian 884 meter dari paras laut dan kawasan hutan gunung ini terbahagi kepada empat bahagian mengikut paras ketinggiannya iaitu pada ketinggian 200 meter sehingga 300 meter ia terdiri daripada kawasan Hutan Ultramafik Tanah Rendah, manakala dari ketinggian 300 meter sehingga 540 meter pula ianya terdiri dari kawasan Hutan Ultramafik Tanah Tinggi, seterusnya dari 540 meter sehingga 770 meter ianya terdiri dari kawasan Hutan Ultramafik Montane Rendah dan selepas daripada 770 meter dan ke atas ianya adalah kawasan Hutan Ultramafik Montane Tinggi atau juga dikenali sebagai Hutan Berlumut, ini juga merupakan salah satu daripada keunikan dan keistimewaan Gunung Silam kerana biasanya di tempat lain Hutan Berlumut ni hanya terdapat pada kawasan hutan yang berketinggian di antara 2000 meter hingga 3000 meter tetapi di gunung ini boleh didapati dengan ketinggian 770 meter sahaja. Dalam
kawasan hutan ini terdapat lebih daripada 370 spesis tumbuhan termasuklah spesis rumput dan bunga seperti periuk kera dan lain-lain lagi, selain itu di sini anda juga akan berpeluang melihat keunikan sejenis ketam yang terdapat di kawasan Gunung Silam yang sangat menarik sebab jarang-jarang anda dapat melihat ketam yang berada di kawasan tanah tinggi, oleh itu kalau anda berpeluang mendaki ke sini jangan lupa ambil gambar tumbuh-tumbuhan dan ketam yang ada di sini untuk dijadikan kenangan pendakian anda. Tapi pastikan ya jangan pula anda pergi tangkap ketam atau mencabut dan merosakkan apa-apa juga jenis tumbuhan yang ada di dalam kawasan hutan atau kawasan gunung ini, patuhilah segala peraturan dan juga arahan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan di sini untuk kebaikan anda dan rombongan anda ketika mendaki atau pun sepanjang anda berada di dalam kawasan tempat ini .


Sebenarnya untuk mendaki gunung ini terdapat dua laluan yang boleh anda pilih bermula dari titik mula atau starting point iaitu laluan dengan jarak 2.5 km tetapi laluan ini boleh dikira agak mudah dan tidak terlalu mencabar, manakal satu lagi ialah laluan yang mempunyai jarak 1.5 km, walaupun jarak laluan kedua ini lebih pendek tetapi ia adalah antara laluan yang mencabar dan agak sukar, jadi terpulang pada anda mahu gunakan laluan yang mana anda rasa lebih selesa untuk naik dan turun gunung ini atau boleh juga memilih untuk naik menggunakan satu laluan dan bila turun pula gunakan laluan yang satu lagi, jadi dapatlah juga anda merasai perjalanan kedua-dua laluan tersebut
. Starting point untuk mendaki ke gunung ini adalah dekat tempat Menara Kayangan tetapi kalau dari pintu pagar luar ke starting point ni jaraknya adalah sekitar 9.5 km dan anda boleh memilih untuk berjalan kaki sahaja atau pun naik kereta, biasanya kalau jalan kaki ia murah sikit bayaran masuknya iaitu RM3 manakala kalau naik kereta pula akan dikenakan bayaran sebanyak RM5 cuma kalau anda naik kereta tu harus berhati-hati sebab kadang ramai orang yang naik basikal bersenam di sini termasuklah juga pendaki yang berjalan kaki, lagi pun ia kawasan tanah tinggi dan mempunyai banyak selekoh yang tajam dan kadang ada juga haiwan yang lalu di jalan raya tersebut seperti orang utan, tenggiling dan lain-lain lagi. Kalau anda tidak biasa jalan di sini sebaiknya letak sahaja kereta di tempat letak kereta dekat luar pagar masuk dan berjalan kaki ke starting point dan kalau anda rasa takut terserempak dengan haiwan liar di jalaanan bolehlah pandu kereta ke tempat starting point tersebut, sebaiknya juga anda datang dalam satu kumpulan yang ramai supaya ianya lebih meriah dan dapat saling membantu antara satu sama lain ketika berjalan dan menuju ke puncak gunung ini.

Dalam perjalanan ke starting point tu anda akan dapat melihat beberapa laluan ke lokasi tertentu iaitu seperti lorong kubu tentera jepun dengan jarak laluan 1.2 km, trail syurga haiwan sejauh dengan jarak 1.2 km dan beberapa lagi laluan lain seperti laluan ke air terjun yang jauhnya kira-kira 3.5 km. Tetapi perlu diingatkan anda tidak boleh masuk di laluan-laluan ini sesuka hati, kalau mahu masuk haruslah minta kebenaran terlebih dahulu dengan pihak pengurusan di sini sebab kawasan hutan di sini banyak haiwan liar, jadi untuk masuk ke kawasan laluan ini anda perlulah mendapatkan kebenaran dan juga dapatkan khidmat guide yang akan membawa kumpulan anda dan juga untuk memastikan kumpulan anda berada dalam keadaan selamat sepanjang perjalanan pergi dan balik dari laluan tersebut. Terdapat juga banyak pondok rehat yang disediakan sepanjang perjalanan ke starting point dengan pemandangan yang cukup menarik, jadi kalau anda jalan kaki bolehlah singgah sekejap di pondok tersebut untuk rehat dan kumpulkan tenaga semula atau pun untuk mengambil gambar. Bila sudah sampai kawasan Menara Kayangan tu anda boleh singgah sekejap di restoran yang terdapat di sini untuk makan, minum atau ke tandas sebelum memulakan pendakian sebenar ke puncak gunung ini mengikut laluan seperti yang telah dinyatakan di atas tadi. Perjalanan dari pagar masuk ke starting point seterusnya pendakian ke puncak memang memakan masa agak lama jadi digalakkan untuk membuat perjalanan pendakian ke Gunung Silam pada waktu pagi agar tidak kelam kabut mengejar masa untuk pulang semula. Pemandangan di puncak gunung ini sememangnya sangat cantik dan menawan yang mana dari sini anda akan dapat lihat pemandangan laut yang terbentang luas dan juga teluk darvel.

Walaupun perjalanan pendakian ke gunung ini boleh dikatakan agak santai tetapi anda perlulah sedia beberapa keperluan atau barangan yang perlu di bawa agar ianya akan dapat memudahkan perjalanan anda ke sini terutama sekali ketika mendaki. Oleh kerana perjalanannya agak jauh terutamnya bagi yang mahu ke sini berjalan kaki dari pagar masuk ke starting point dan seterusnya mendaki ke puncak gunung maka tidak perlulah terlalu bawa banyak barang, bawa apa yang dirasakan penting dan perlu sahaja sebab kalau banyak bawang barang nanti akan menyukarkan anda berjalan dan lebih cepat penat jadi anda bolehlah fikirkan yang mana perlu di bawa. Di bawah ni adalah antara keperluan yang rasanya perlu anda pakai dan bawa bila bercadang ke sini
:

Barang di bawa :

01. Pakaian sesuai
02. Kasut sesuai
03. Seluar sesuai
04. Walking stick
05. Air minuman
06. Makanan ringan
07. Pakai topi
08. Tikar duduk
09. Penghalau nyamuk
10. Wisel keselamatan
11. Ubat peribadi
12. Kompas (jika perlu)
13. Cermin mata hitam
14. Duit poket
15. Berdoa

Untuk datang ke kawasan Hutan Simpan Sapagaya dan seterusnya mendaki ke Gunung Silam adalah digalakkan untuk anda memandu kenderaan sendiri sebab lokasinya yang agak jauh dan mahal bila guna perkhidmatan e-hailing ke sini. Lagi pun Sekiranya anda ada kenderaan sendiri lebih mudah untuk perjalanan pergi dan balik dari sini tanpa pertlu merasa risau, lagi pun tempat letak kenderaan juga ada disediakan berhampiran dengan pintu pagar masuk dan mempunyai pengawal keselamatan yang akan memantau kenderaan anda.

Bayaran masuk :
RM3.00 : Jalan kaki
RM5.00 : Naik kereta

Untuk sebarang pertanyaan atau pun maklumat lebih lanjut boleh menghubungi terus pihak pengurusan yang mengurusankan kawasan tempat ini :

Hubungi :
Ibu Pejabat 
Jabatan Perhutanan Sabah,
Batu 6, Jalan Labuk,
90000, Sandakan,
Sabah, Malaysia.
Telefon : +6089 242 500
Website :
Perhutanan Sabah

Jabatan Perhutanan Sabah
Cawangan Lahad Datu
Peti Surat 60061,
91100, Lahad Datu,
Sabah, Malaysia.
Telefon : +6089 889 743
Website : Perhutanan Sabah


Ulasan