Langkau ke kandungan utama

Gunung Tambuyukon

Gunung Tambuyukon merupakan salah satu tempat menarik di Sabah. Gunung Tambuyukon ini terletak di dalam Daerah Ranau, Sabah dan mempunyai ketinggian 2,579 meter dari aras laut.

GUNUNG TAMBUYUKON

Kredit Gambar : auragunung

Gunung Tambuyukon merupakan salah satu tempat menarik di Ranau yang boleh anda daki sekiranya berminat dengan aktiviti pendakian dan jika anda datang bercuti ke daerah Ranau, Sabah. Gunung ini sebelumnya adalah gunung ketiga tertinggi di Malaysia, namun kedudukan gunung ini sekarang adalah yang ke-4 tertinggi di Malaysia iaitu dengan ketinggian 2,579 meter, kedudukan ini berubah selepas ada gunung baharu di jumpa di Sabah iaitu Gunung Sinsing (2,603m). Gunung Tambuyukon terletak di dalam daerah Ranau iaitu dalam kawasan Taman Negara Kinabalu (Kinabalu Park) yang telah diwartakan.

Walaupun gunung ini sudah lama dijumpa namun oleh kerana kedudukannya yang agak jauh dan kurangnya laluan ke sini maka masih kurang orang yang datang mendaki ke gunung ini. Namun ia merupakan antara tempat yang menjadi pilihan untuk membuat penyelidikan dari pelbagai segi termasuk juga untuk eko-pelancongan. Gunung ini juga dikatakan antara gunung yang paling mencabar untuk didaki di Malysia dan ini akan memberikan satu pengalaman yang cukup menarik buat para pendaki yang ingin mendaki..


Terdapat 2 sub-stesen untuk mendaki gunung ini iaitu sub-stesen Monggis dan juga sub-stesen Serimsim. Tapi biasanya orang akan pilih untuk mendaki melalui laluan sub-stesen Monggis kerana ia lebih dekat berbanding dengan Serinsim. Untuk ke sub-stesen Monggis sebaiknya menggunakan kenderaan pacuan 4 roda agar lebih mudah dengan bentuk jalannya. Sepanjang mendaki ke gunung ini pelbagai hidupan flora dan fauna yang akan anda dapat lihat, ini termasuklah haiwan seperti burung, monyet dan lain-lain lagi. Sebelum pendakian juga anda akan diberikan taklimat oleh renjer dan guide gunung.

Sepanjang pendakian, anda boleh berehat di beberapa kem sebelum sampai ke Kem Musang untuk berehat atau bermalam. Di Kem Musang ini anda ada terdapat beberapa kemudahan iaitu seperti tandas dan sumber air, jadi anda boleh memasak dan bermalam di sini yang penting ada bawa khemah untuk tidur awal sebab biasanya dari kem ini ke puncak gunung anda akan bergerak awal pagi sekitar pukul 1 atau 2 pagi jadi boleh nampak matahari terbit bila sampai di puncak esok pagi.

Untuk mendaki sebaiknya berkumpulan jadi tidak juga terasa sunyi sekaligus dapat juga berkongsi pengalaman. Selain itu dapat juga kongsi bajet dengan kawan untuk bayaran perkhidmatan pemandu (guide) dan juga kalau mahu gunakan perkhidmatan porter gunung. Kalau pergi sendiri dengan kawan-kawan boleh pergi mendaftar di Kinabalu Park terlebih dahulu dan membuat pembayaran permit serta insuran dan lain-lain lagi.

Bayaran masuk : 
RM3.00 : Seorang

Bayaran mendaki :
RM100.00 : Seorang/sehari
(Contoh 3 hari mendaki = RM300.00)

Bayaran insuran :
RM7.00 : Seorang/sehari
(Hari berikutnya RM3.50 sehari)

Bayaran sijil :
RM5.50 : Seorang

Bayaran tapak khemah :
RM5.50 : Seorang/1 malam)

Bayaran malim/pemandu :
RM110.00 : Seorang/sehari
(Contoh 3 hari mendaki = RM330.00)
(RM330.00 ni boleh kongsi dalam 1-5 orang kawan)

Bayaran porter :
RM70.00 : Seorang/10kg
(Kalau 3 orang x 70 = RM210.00)
(RM210 ni boleh kongsi dengan kawan)
(Limit berat 10kg saja)

Harga di atas ini mungkin boleh berubah mengikut keadaan semasa, jadi anda boleh menghubungi Pihak Taman-Taman Sabah (Sabah Parks) untuk maklumat lanjut dan bayaran terkini mendaki.

Alamat :
Sabah Parks
Lot 45 & 46, Level 1-5,
Block H, Signature Office,
KK Times Square, Coastal Highway,
88100, Kota Kinabalu,
Sabah, Malaysia.
Telefon : 088-523 500
Webiste : https://www.sabahparks.org.my

Ulasan