Langkau ke kandungan utama

Gunung Wakid

Gunung Wakid merupakan salah satu tempat menarik di Sabah. Gunung ini mempunyai ketinggai 1,372 meter dari aras laut dan terletak di Kampung Sunsuron dalam daerah Tambunan, Sabah.

GUNUNG WAKID




Gunung Wakid merupakan salah satu tempat menarik di Sabah yang boleh dikunjungi dan di daki oleh pelancong yang melancong ke negeri ini sama ada pelancong dari dalam mahupun luar negara. Gunung ini terletak di Kg. Sunsuron, Tambunan iaitu lebih kurang 46 km atau kira-kira 1 jam 20 minit perjalanan dan kalau dari Pekan Tambunan cuma lebih kurang 9 km atau 12 minit perjalanan sahaja. Gunung ini mempunyai ketinggian 1,372 meter dari paras laut dan merupakan gunung kedua tertinggi di daerah Tambunan. Bagi yang minat aktiviti mendaki (hiking) atau yang baru mahu belajar mendaki, bolehlah cuba mendaki gunung ini kerana ia tidak juga terlalu tinggi tapi perjalanannya boleh dianggap mencabar juga, oleh itu gunung ini antara yang terbaik untuk anda cuba naik.

Sepanjang perjalanan mendaki ke puncak gunung ini, anda akan dapat melihat pelbagai keindahan hidupan flora dan fauna yang cukup cantik di hutan yang masih lagi tebal dan asli. Laluan pendakian ke gunung juga adalah boleh di kira agak mudah dan santai, tetapi ada juga sesetangah pendaki yang melalui laluan baru dan laluan baru adalah agar mencabar yang mungkin akan buat para pendaki yang baru menghadapi kesukaran untuk mendaki. Jadi bagi yang baru mencuba belajar mendaki dan mereka yang tidak berapa suka laluan yang terlalu mencabar, bolehlah ikut laluan biasa yang lebih santai. Bagi yang tinggal jauh tidak perlu risau sebab dengan laluan yang santai dan gunung ini juga tidak terlalu tinggi, anda bolehlah datang awal untuk mendaki jadi boleh pulang semula ke tempat anda pada waktu petang.


Bila sudah sampai di puncak gunung ini, anda akan dapat melihat keindahan pemandangan yang cukup indah di sekitar daerah Tambunan seperti kawasan sawah padi yang terbentang luas dan cantik dan lain-lain lagi. Tapi pastikan bateri telefon dan kamera anda cukup untuk mengambil lebih banyak gambar untuk dijadikan kenangan kerana keindahan pemandangan di sini yang amat mengagumkan. Di samping itu jangan lupa juga mengambil gambar flora dan fauna sepanjang pendakian pergi dan balik dari puncak gunung ini termasuk keindahan hutannya yang cukup tebal dan masih di jaga sebagai tadahan air hujan yang penting bagi kawasan sekitar daerah ini.

Setelah selesai menyaksikan pemandangan yang indah dan sudah puas ambil gambar di puncak gunung, tibalah masa untuk turun semula, tetapi pastikan jangan habiskan cas bateri telefon atau kamera dan sebab semasa perjalanan turun ada akan melalui satu air terjun yang cantik jadi bolehlah singgah untuk ambil lagi gambar di kawasan air terjun ini yang merupakan air terjun dari gunung yang cukup segar dan kalau mahu mandi boleh juga cuma kena sedia apa yang patut seperti pakaian ganti, tuala dan lain-lain lagi. Selepas selesai semua bolehlah bersiap-siap untuk pulang.

Jangan lupa untuk membawa barang yang penting untuk mendaki saja. Air minuman tu sebaiknya bawa yang besar sikit seperti botol mineral saiz 1.5 liter tu. Pakaian tu pula kalau takut kena gigit nyamuk boleh pakai baju lengan panjang tapi janganlah terlalu tebal sebab kalau siang biasanya cuaca panas, kecuali pada waktu mendung atau musim hujan.

Untuk mendaki sebaiknya pergi secara berkumpulan atau ramai-ramai jadi tidak juga terasa terlalu sunyi. Kalau ramai boleh mendaki sambil berkongsi pengalaman masing-masing dan bolehlah juga bahagikan tugas seperti angkat barang, bawa barang makanan, minuman dan sebagainya. Kalau ramai-ramai ke sini bolehlah kongsi juga sewa kereta atau kalau kawan ada kereta boleh kongsi bayarkan minyak. 

Bayaran mendaki :
RM80.00 : Seorang
Harga ini termasuklah
1. Bayaran permit
2. Gguide
3. Makan tengahari
4. Sijil

Bayaran di atas ini mungkin boleh berubah pada bila-bila masa mengikut keadaan semasa. jadi anda boleh menghubungi pihak pengurusan pendakian Gunung Wakid seperti alamat di bawah :

Alamat :
Gunung Wakid Community
Kg. Sunsuron, Tambunan,
Sabah, Malaysia.

Telefon : 013-899 1857
Webiste : facebook.com/gunungwakid

Ulasan