Langkau ke kandungan utama

Himbaan Gardenstay

Himbaan Gardenstay merupakan salah satu tempat menarik di Sabah untuk dijadikan sebagai tempat penginapan untuk percutian anda seterusnya sebab di sini menyajikan pemandangan yang cukup indah dan menawan dengan pemandangan yang berhadapan dengan Gunung Kinabalu. Tempat ini terletak di dalam daerah Kundasang iaitu lebih kurang 17 km atau kira-kira 30 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pekan Kundasang, Sabah.  

HIMBAAN GARDENSTAY


Kredit gambar : Himbaan


Kredit gambar : Himbaan

Kredit gambar : Himbaan

Himbaan Gardenstay merupakan salah satu tempat yang menarik di Kundasang bagi anda yang mencari tempat percutian dengan penuh ketenangan dan jauh dari kesibukan bandar kerana tempat ni jauh sikit dari Pekan Kundasang serta jauh dari jalan utama jadi memang agak tenang tempat ini sesuai untuk mereka yang mahu berehat dengan aman dan menenangkan fikiran. Tempat ni merupakan sebuah kawasan penginapan dan juga tempat perkhemahan yang sangat menarik kerana di sini menawarkan satu pemandangan yang cukup mengagumkan dengan lokasinya yang berhadapan dengan pemandangan Gunung Kinabalu. dan gunung tersebut dapat dilihat lebih jelas dari sini. Himbaan Gardenstay terletak lebih kurang 17 km atau kira-kira 30 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pekan Kundasang, kalau dari Ranau pula jaraknya adalah sekitar 33 km iaitu lebih kurang 50 minit perjalanan menaiki kereta. Bagi anda yang datang dari Pusat Bandar Kota Kinabalu akan mengambil masa kira-kira 2 jam 10 minit iaitu dengan jarak sejauh 92.8 km. Tempat ini sememangnya sangat sesuai untuk percutian anda sesisi keluarga atau bersama rakan-rakan sebab penginapan di sini adalah mesra keluarga jadi tidak hairanlah tempat ini selalu dipenuhi tetamu terutama sekali ketika musim cuti sekolah dengan ibu bapa membawa anak-anak mereka bercuti ke tempat ini untuk melihat sendiri keindahan Gunung Kinabalu yang berdiri megah di hadapan anda dan dari katil atau khemah pun anda dapat melihatnya dengan jelas, pada waktu pagi pemandangan di sini sudah pasti akan memukau mata dengan keindahan pemandangan matahari terbit yang muncul dari celahan Gunung Kinabalu, jadi kalau anda berminat untuk melihat keindahan di suasana di sini bolehlah datang mencuba sendiri bila ada kelapangan.
 
Untuk makluman awal, sekiranya anda bercadang memandu sendiri kereta ke tempat ini sebaiknya jangan pandu kereta yang terlalu rendah (lowered) sebab jalan masuk dari simpang jalan utama tu tidak berapa baik dan banyak berbukit, jadi kalau ada kereta yang tinggi sikit seperti pacuan 4 roda adalah lebih baik kerana ia mudah untuk lalu di jalan ini. Kalau anda tidak ada pacuan 4 roda tetapi ada kereta sendiri dan takut melalui jalan tersebut boleh cuba hubungi pihak di sini untuk bertanya di mana boleh letakkan kereta anda tu kemudian menyewa perkhidmatan pengangkutan yang disediakan oleh pihak pengurusan di sini untuk ambil anda dan hantar ke Himbaan Gardenstay, harga sewa kalau mereka yang ambil adalah sekitar RM30 hingga RM50 mengikut di mana tempat anda ingin diambil. Sekiranya anda memang mahir juga memandu kereta walaupun dalam keadaan jalan yang tidak baik dan berbukit tidak jadi masalah juga untuk memandu kereta sendiri terus ke sini dan boleh letak kereta anda dihadapan penginapan. Kemudahan dan perkhidmatan yang yang ada disediakan untuk para tetamu yang datang ke sini ialah penginapan yang mana terdapat 3 pilihan penginapan di sini yang boleh anda pilih iaitu penginapan di rumah, penginapan di kereta dan juga berkhemah di tapak perkehamahan yang telah disediakan di sini, jadi terpulang pada anda mahu pilih penginapan yang jenis macam mana lagi pun penginapan semuanya dapat menyajikan pemandangan ke arah Gunung Kinabalu yang berhadapan dengan tempat ini dan dapat dilihat dengan jelas ke puncaknya ketika waktu cerah dan tidak ada kabus. Penginapan rumah dan kereta dilengkapi dengan pelbagai kemudahan lain seperti penghawa dingin, peti sejuk, bilik mandi, tandas, dapur dan peralatan memasak bagi mereka yang mahu memasak sendiri, dan beberapa lagi kelengkapan lain di setiap bilik.


Bagi yang mahu berkhemah pun terdapat juga beberapa kemudahan seperti bilik mandi, tandas dan juga tempat memasak serta peralatan memasak termasuklah kemudahan untuk BBQ dan sebaiknya anda membawa khemah sendiri. Sekiranya ada beberapa kelengkapan yang anda rasa memerlukannya boleh bertanya dengan pengurus di sini dan beliau akan sedia membantu anda menyediakannya terutama sekali barang peralatan untuk kelengkapan dapur. Apa pun yang anda pilih untuk menginap di sini memang tidak akan rugi dan pasti akan membuatkan anda berpuas hati serta ingin datang semula lagi pada masa akan datang. Untuk peringatan anda haiwan peliharaan tidak boleh di bawa masuk ke dalam penginapan dan tidak boleh merokok, oleh itu kalau mahu merokok sila tanya terlebih dahulu kakitangan di mana tempat yang dibenarkan merokok. Kemudahan kedai runcit juga ada di sini yang menjual makanan dan minuman ringan serta makanan untuk buat BBQ seperti sosej, sayap ayam.dan juga makanan lain yang halal. Kemudahan seterusnya ialah di sini juga ada kemudahan internet wifi jadi ianya dapatlah memudahkan para tetamu untuk terus kekal berhubung dengan sahabat dan keluarga mereka serta membolehkan mereka berkongsi gambar percutian di sini ke dalam laman sosial, selain itu dengan adanya internet ni dapatlah juga membantu tetamu yang mungkin ada kerja untuk disiapkan yang memerlukan penggunaan internet. Tetapi kadang wifi di sini agak perlahan pada waktu-waktu tertentu terutamanya ketika hujang atau angin yang kuat. Bagi anda yang mahu mencari cenderahati untuk di bawa pulang bolehlah melawat di kedai cenderahati yang ada di sini dengan pelbagai barangan dijual yang biasanya cenderhati ni berkaitan dengan Negeri Sabah seperti hasil kraftangan tempatan, pakaian, perhiasan, papan kekunci dan lain-lain lagi.

Kemudahan dan perkhidmatan lain ialah, anda boleh minta pemilik tempat ni untuk membawa anda ke tempat menarik yang terletak berhampiran Kundasang dengan bayaran yang sangat berpatutuan yang mana bayaran tersebut adalah termasuk dengan bayaran pengangkutan. Jadi anda tidak perlu bawa kereta sendiri sebaliknya hanya naik kenderaan yang telah disediakan oleh pemilik di sini dengan kaki tangan yang mereka tugaskan untuk membawa anda ke tempat menarik tersebut. Sebelum terlupa di sini ada dilekatkan kemudahan tanda arah kiblat bagi tetamu muslim yang ingin mencari arah kiblat untuk menunaikan solat, tapi anda harus bawa sejadah sendiri ya dari rumah. Seterusnya bagi siapa yang mahu buat majlis seperti majlis perkahwinan rasanya di sini memang sangat cantik tempatnya sebab pemandangan di sini sangat cantik dengan alam semulajadinya termasuk Gunung Kinabalu, jika anda mahu buat majlis di sini adalah lebih baik untuk membuat tempahan lebih awal dengan pihak di sini agar mereka dapat menyediakan segala keperluan dan peralatan untuk majlis anda itu nanti, lagi pun jika anda menempah awal dapatlah pihak Himbaan memastikan adanya kekosongan pada waktu dan tarikh yang anda pilih itu. Banyak lagi sebenarnya kemudahan yang ada disediakan di sini dan seperti yang dijelaskan di atas tadi jangan malu untuk bertanya dengan pihak di sini jika ada keperluan yang anda mahu gunakan tetapi tidak ada di penginapan sebab kakitangan dan pemilik di sini memang peramah dan mudah mesra dengan semua tetamu mereka. Untuk lebih ringkasnya di bawah ni adalah beberapa kemudahan dan perkhidmatan yang telah disediakan oleh pihak Himbaan Gardenstay untuk para tetamu yang datang iaitu seperti :

Kemudahan dan perkhidmatan :

01. Penginapan

02. Dapur gas
03. Ruang dapur
04. Tapak berkhemah
05. Penghawa dingin
06. Peti sejuk
07. Kedai runcit
08. Khidmat pengangkutan
09. Kemudahan BBQ
10. Internet wifi
11. Peralatan memasak
12. Tandas
13. Bilik mandi
14. Kipas angin
15. Kedai cenderahati
16. Tanda arah kiblat
17. Tempat letak kereta
18. Balkoni

Aktiviti di sini tidak begitu banyak sebab tempat ni lebih kepada tempat penginapan yang mempunyai pemandangan yang cantik dan indah, jadi biasa orang ke sini untuk berehat dan menenangkan fikiran sambil melihat keindahan alam semula jadi tersebut. Antara aktiviti yang boleh anda lakukan apabila berada di sini ialah mengambil gambar keindahan matahari terbit, jadi untuk aktiviti ni anda haruslah bangun awal pagi untuk melihat matahari yang terbit dari celah Gunung Kinabalu yang sudah pastilah akan memukau pandangan. Kalau cuaca cerah biasanya gunung tersebut akan dapat dilihat dengan jelas keseluruhannya tetapi kadang kala jam 10 pagi macam tu puncaknya akan diliputi oleh awan, jadi kalau mahu bergambar dengan berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu sebaiknya awal pagi atau petang sikit, apa pun ia sebenarnya ikut keadaan cuaca juga. Aktiviti seterusnya ialah dengan pergi melawat tempat menarik lain yang berada disekitar daerah Kundasang contohnya seperti ke Taman Negara Kinabalu, Kundasang War Memorial, Pekan Nabalu dan lain-lain lagi dengan meminta bantuan daripada pihak Himbaan untuk menghantar anda ke tempat-tempat ini. Sebaliknya jika anda memang ke sini dengan memandu kenderaan pacuan 4 roda rasanya boleh pergi sendiri ke tempat menarik tersebut dan boleh juga pergi ke tempat menarik di daerah Ranau sebab tidak juga terlalu jauh seperti ke Poring, Adenna Rafflesia Garden, Ladang Teh Sabah dan sebagainya. Untuk aktiviti berkhemah di sini sebaiknya anda bawa beberapa barang penting untuk digunakan iaitu seperti :

Barang untuk dibawa :

01. Peralatan Khemah
02. Baju tebal
03. Selimut tebal
04. Beg tidur
05. Penghalau nyamuk
06. Makanan & minuman
07. Kerusi lipat (jika ada)
08. Lampu suluh
09. Powerbank

Perlu diingatkan juga, adalah lebih baik anda membeli bahan makanan untuk di masak sebelum datang ke tempat ini agar tidak perlu lagi anda berulang alik dari sini ke Pekan Kundasang untuk mencari barang makanan yang mungkin menyukarkan anda bergerak disebabkan keadaan jalan yang mungkin anda tidak berapa biasa melaluinya. Untuk ke sini
sebaiknya adalah dengan memandu kereta sendiri, tetapi kenderaan jenis 4x4 adalah lebih digalakkan, kalau anda tidak ada kereta sendiri bolehlah naik bas dari daerah anda yang melalui Pekan Kundasang dan minta pemandu bas atau pembantu pemandu untuk menurunkan anda di Pekan Kundasang, selepas itu boleh hubungi pihak Himbaan Gardenstay mengambil anda dengan jumlah bayaran pengangkutan yang sangat berpatutuan.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, anda bolehlah hubungi pihak pengurusan Himbaan Gardenstay di alamat seperti di bawah ini :

Hubungi :
Himbaan Gardenstay
Jalan Randagong, Himbaan,
89300, Kundasang,
Sabah, Malaysia.
Telefon : +6016 810 9816
Telefon : +6016 837 9816
Website : Himbaan


Ulasan