Hinava

Hinava atau juga disebut dengan nama Hinava Ginapan adalah salah satu makanan tradisional di Sabah. Ia merupakan makanan tradisi bagi suku kaum Kadazan-Dusun.

HINAVA



Hinava merupakan makanan tradisional penduduk di Sabah terutama sekali bagi masyarakat dari suku kaum Kadazan-Dusun yang mana ia merupakan antara makanan yang paling popular dan diminati oleh etnik tersebut sejak turun temurun. Ia juga dikenali dengan nama Hinava Ginapan.

Hinava selalunya dihidang semasa menyambut atau meraikan majlis tertentu seperti sambutan Pesta Kaamatan atau Tadau Kaamatan, majlis perkahwinan, kenduri, pertunangan dan lain-lain lagi. Selain itu masyarakat suku kaum Kadazan-Dusun biasanya juga menghidangkan hidangan ini pada hari-hari biasa untuk dijadikan makanan tambahan bagi membuka lagi selera ketika makan.

Walaupun ia adalah hidangan tradisional yang pada kebiasaannya dihidang ketika sambutan keramaian etnik Kadazan-Dusun, namun kini terdapat juga restoran biasa dan restoran di hotel-hotel tempatan yang ada menyediakan menu hidangan Hinava. Ia adalah bertujuan untuk dapat memperkenalkan lagi makanan tradisional etnik di Sabah kepada pelancong dari negeri lain dan juga terutamanya pelancong yang datang dari luar negara.


Biasanya hidangan ini dibuat menggunakan isi ikan segar dan isi ikan yang biasanya digunakan adalah seperti isi ikan Yu dan juga isi ikan Tenggiri. Walaubagaimanapun ikan lain boleh juga digunakan sebab ia bergantung pada selera masing-masing Terdapat juga sesetengah masyarakat di Sabah yang menghidangkan hidangan ini dengan menggunakan isi sotong atau udang, jadi boleh dikatakan isi apa pun yang digunakan tetap boleh asalkan ianya adalah makanan laut yang masih fresh. 

Antara bahan-bahan yang biasanya digunakan untuk membuat atau menyediakan hidangan Hinava ini adalah seperti berikut :

Bahan-bahan :

01. Isi Ikan Segar
02. Biji Buah Bambangan
03. Lada Merah
04. Halia
05. Bawang Merah
06. Limau Nipis atau Limau Kasturi
07. Garam

Cara penyediaannya :

01. Bersihkan ikan segar dan ambil isinya
02. Potong / hiris isi ikan kecil-kecil
03. Perah limau nipis atau kasturi pada isi ikan
04. Campurkan bahan-bahan lain seperti di atas
05. Gaulkan hingga sebati
06. Hidang dan makan

Nota :
Isi ikan tersebut tidak perlu di masak kerana perahan limau nipis atau limau kasturi nanti akan dapat memasakkan isi ikan tersebut tanpa perlua memasaknya. Yang penting pastikan untuk bersihkan isi ikan tersebut dengan sebersihnya 

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

Ulasan