Homestay Kampung Suasa merupakan salah satu tempat menarik
di Sabah buat mereka yang mahu rasa cara kehidupan dan budaya suku kaum Bisaya di Negeri Sabah. aktiviti mendaki, Homestay ini adalah rumah penginapan yang menawarkan bukan sahaja penginapan tetapi juga dipenuhi dengan pelbagai aktiviti lain yang selalu dilakukan oleh suku kaum Bisaya dalam menjalani kehidupan seharian mereka. Tempat ini terletak di dalam daerah Beaufort iaitu lebih kurang 31 km atau kira-kira 40 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pekan Beaufort, Sabah.
Homestay Kampung Suasa merupakan salah satu tempat menarik di
Beaufort buat mereka yang minat untuk mengenali dan merasai cara kehidupan suku kaum Bisaya yang ada di Negeri Sabah, penginapan yang ditawarkan ini termasuklah dengan pelbagai aktiviti lain yang biasanya dilakukan oleh suku kaum tersebut. Sekiranya anda mahu mengenali dengan lebih dekat budaya dan kehidupan suku kaum Bisaya maka di sini adalah antara tempat yang sesuai untuk anda kunjungi tidak kira anda adalah penduduk di negeri ini atau pun pelancong dari dalam dan luar negara yang datang ke negeri ini. Tempat ini terletak di dalam daerah Beaufort iaitu lebih kurang 31 km atau kira-kira 40 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pekan Beaufort, manakala bagi yang datang dari luar daerah seperti daripada Pusat Bandaraya Kota Kinabalu jarak perjalanannya adalah sejauh 121 km iaitu memakan masa lebih kurang 2 jam 20 minit dengan menaiki kenderaan. Seronok bila dapat mencuba dan merasai cara hidup dan budaya suku kaum lain terutama sekali di Sabah, yang semua pun sudah tahu Negeri Sabah adalah negeri yang mempunyai paling banyak jumlah suku kaum iaitu lebih daripada 32, oleh itu kalau ada masa lapang masa dan berpeluang datang ke daerah Beaufort anda bolehlah cuba memilih Homestay Kampung Suasa ini untuk dijadikan lokasi percutian dan sebaiknya tiggal di sini sekurang-kurangnya bermalam 2 hari 1 malam sebab selain daripada dapat mengenai kebudayaan suku kaum lain disini juga pemandangannya cukup cantik serta indah dan berhadapan dengan Sungai Padas, lagi pun suasana di sini sangatlah tenang dan jauh dari kesibukan bandar atau pekan yang mana akan membuatkan anda dapat berehat dengan lebih aman sambil tenangkan fikiran dengan melakukan pelbagai aktiviti yang telah ditawarkan oleh pihak homestay di sini mengikut pakej yang anda pilih.
Homestay Kampung Suasa atau juga disebut Homestay Desa Lestasi Kampung Suasa telah diasaskan oleh Tuan Haji Ruslan yang juga merupakan penyelaras yang mana ia bertujuan agar dapat membantu meningkatkan lagi pendapatan dan juga peluang pekerjaan kepada penduduk di kampung ini. Terdapat lebih kurang 20 buah keluarga yang mengikuti program homestay yang menawarkan pilihan homestay jenis moden dan tradisional dan ia ditawarkan mengikut pakej jadi terpulang daripada anda yang datang ke sini untuk memilih pakej yang mana rasanya diperlukan dan bersesuaian dengan anda. Homestay ini juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan agar ia dapat memberikan keselesaan kepada para tetamu yang datang menginap atau bermalam di sini dan antara kemudahan tersebut adalah setiap homestay ada dua bilik dan setiap bilik juga dilengkapi dengan beberapa kemudahan iaitu seperti katil, tilam selimut, bantal, almari pakaian, kipas angin ada juga bilik yang diletak penghawa dingin, soket elektrik dan beberapa lagi kemudahan lain. Kemudahan lain yang ada di homestay adalah dapur yang boleh anda gunakan sekiranya ingin memasak makanan sendiri apabila terasa lapar pada waktu tertentu, bilik air atau tandas juga ada disetiap homestay jadi anda hanya perlu membawa peralatan lain untuk mandi sahaja. Untuk makluman anda homestay yang ada ini adalah rumah penduduk Kampung Suasa oleh itu ianya bermaksud anda akan menginap atau tinggal di homestay tersebut bersama-sama dengan tuan rumah, mungkin ada sesetengah anda yang tidak berasa selesa tinggal sekali dengan tuan rumah oleh itu pihak pengurusan desa lestari di sini juga ada menyediakan penginapan yang disebut Kampung Stay khas buat anda jadi tidak perlu risau, cuma untuk kampung stay ni dapurnya mungkin berada di luar tapi itu semua tidak ada masalah bila anda sudah berada di sini.
Kemudahan lain yang ada ialah kawasan tempat letak kereta yang boleh anda letak berhampiran dengan homestay yang anda tinggal dan tempat letak kereta ini adalah percuma jadi anda tidak perlu risau jika memandu kenderaan sendiri terus ke sini, Sekiranya tidak ada kereta sendiri bolehlah dapatkan khidmat kereta sewa yang ada disediakan oleh pihak pengurusan homestay dengan kadar bayaran yang sangat berpatutan, tapi perlulah hubungi pihak di sini terlebih dahulu untuk membuat tempahan agar dapat di atur proses pinjaman kereta sewa ini, kalau anda ada lesen memandu yang sah boleh pandu sendiri tapi kalau tidak ada lesen jangan pandu ya nanti kena saman pula oleh itu bolehlah dapatkan sekali khidmat pemandu kereta. Selain itu terdapat juga kolam ikan air tawar juga ada tersedia bagi para anda peminat aktiviti memancing ikan air tawar tetapi pastikan bawa kelengkapan pancing sendiri, bagi yang muslim pula tidak perlu risau sebab di sini pun ada masjid yang dibina khas buat penduduk kampung dan juga para tetamu yang datang menginap di tempat ini yang mana akan memudahkan anda untuk tunaikan solat fardhu terutamanya bagi lelaki lebih-lebih lagi pada hari jumaat untuk memudahkan menunaikan solat jumaat. Sekiranya anda datang dalam satu kumpulan yang ramai dan ingin membuat acara sukan seperti bermain bola pun boleh sebab di sini juga ada disediakan padang bola sepak yang boleh anda gunakan untuk bermain bola atau beberapa sukan yang lain. Terdapat juga dewan yang disediakan jika anda mahu ke sini menginap sambil menyambut sesuatu majlis contohnya majlis harijadi, perjumpaan, majlis perkahwinan dan lain-lain lagi majlis. tetapi sekiranya anda mahu gunakan dewan ni sebaiknya anda membuat tempahan awal terlebih dahulu agar pihak pengurusan di sini dapat memastikan adanya kekosongan pada tarikh dan waktu yang telah anda pilih seterusnya mempersiapkan segala keperluan dalam dewan tersebut untuk kegunaan anda nanti.
Memang terdapat banyak lagi kemudahan yang ada disediakan sama ada di dalam homestay atau pun di sekitar kawasan kampung ini yang mana semua kemudahan ini adalah khas disediakan buat para tetamu yang datang tidak kira tetamu itu adalah penduduk negeri ini juga atau pun pelancong dari dalam dan luar negara yang datang menginap di kampung ini. Sekiranya anda telah bercadang untuk ke sini namun ingin maklumat lebih lanjut mengenai kemudahan yang ada disediakan di sini bolehlah terus hubungi pihak pengurusan homestay ini sama ada melalui laman sosial mereka atau pun boleh terus telefon saja jika ingin lebih cepat, ini adalah bagi memudahkan anda mempersiapkan apa barang keperluan yang rasanya perlu di bawa sekiranya datang menginap di sini. Lagi pun dengan adanya persiapan barangan yang di bawa ini maka ianya akan dapat memudahkan lagi anda sepanjang berada di sini terutamanya ketika melakukan pelbagai aktiviti menarik yang telah disediakan. Di bawah ini adalah antara beberapa senarai barangan yang rasanya mungkin boleh di bawa oleh anda apabila bercadang untuk menginap di Homestay Kampung Suasa ini, namun sekiranya ada barangan di bawah ini yang tidak tersenarai tetapi anda rasa perlu di bawa maka anda bawalah saja agar tidak ada kekurangan apabila sudah berada di sini nanti. Ini hanya pendapat barang yang dirasakan perlu di bawa, jadi ia terpulang pada anda sekiranya ingin membawanya atau pun tidak :
Barang perlu bawa :
01. Pakaian lebih
02. Pakaian akvitviti
03. Barang masakan
04. Selimut sendiri
05. Kain sarung
06. Baju sejuk
07. Telekung
08. Kasut aktiviti
09. Topi/payung
10. Peralatan memancing
11. Kamera/video kamera
12. Charger telefon/kamera
13. Lampu suluh
14. Ubat peribadi
15. Duit poket
Untuk aktiviti pula memang terdapat banyak aktiviti yang boleh anda lakukan bila berkunjung ke sini dan antara aktiviti tersebut ialah sukan rakyat yang mana terdapat pelbagai sukan rakyat seperti menaiki bangung dan lain-lain lagi yang boleh anda lakukan bila ke sini lebih-lebih lagi kalau datang dalam satu kumpulan yang ramai. Aktiviti lain ialah pergi melihat kelip-kelip atau biasa orang tempatan sebut kunang-kunang yang mana aktiviti ni dibuat pada waktu awal malam dan ini adalah antara yang paling ramai orang suka melihatnya sebab sungguh cantik dengan kelip-kelip ini yang muncul dengan banyak dan sudah pasti akan memukau pandangan mata anda. Bagi anda yang suka aktiviti menyusuri sungai atau river cruise di sini pun ada juga disediakan aktiviti ini yang mana anda akan menaiki bot pelancong berjalan menyusuri sungai padas sambil melihat pelbagai hidupan liar yang ada disepanjang sungai ini seperti monyet belanda atau proboscis monkey dan sebagainya, tidak pasti sekiranya dibenarkan untuk memancing ketika berjalan menyusuri sungai tersebut, apa pun anda boleh bertanya dengan pihak yang menguruskan perjalanan ini. Pastikan anda ikuti semua peraturan yang diberikan ketika buat aktiviti menyusuri sungai untuk kebaikan anda dan juga orang lain yang ada ikut sama satu bot dengan anda sebab di berjalan kawasan sungai ini memang perlukan waspada sedikit agar keselamatan lebih terjamin sepanjang berada di atas bot. Antara aktiviti menarik yang mungkin anda belum pernah ikut atau buat ialah aktiviti menunggang kerbau, anda tidak perlu takut untuk naik kerbau ini sebab ada juga orang yang akan jaga anda cuma perlu arahan yang diberikan oleh guide anda tu, memang seronok dapat naik kerbau sebab bukan selalu orang dapat peluang naik haiwan tersebut, jadi bila sudah ada peluang yang tersedia ini janganlah lepaskan peluang tersebut.
Aktiviti lain yang boleh anda lakukan ialah berjalan dan melawat arnab farm yang terdapat di sini juga, bolehlah berikan makanan dan bermain dengan arnab tersebut, kalau anda mahu angkat arnab tu perlu ikut cara yang betul sebab tidak boleh angkat arnab dengan sesuka hati tanpa gunakan cara yang betul agar arnab tu tidak cedera, begitu juga ketika bermain dengan mereka. Aktiviti memancing di kolam juga boleh anda buat bila berada di sini dan oleh kerana ia adalah sebuah kolam sudah tentulah ikan di sini adalah ikan air tawar seperti haruan, talapia dan lain-lain lagi yang sudah pasti akan memberikan satu keseronokkan bila dapat memancing bersama keluarga atau rakan lain yang datang bersama-sama ke tempat ini. Jangan lupa untuk membawa peralatan memancing sekiranya ingin lakukan aktiviti ini, kalau tidak terbawa atau terlupa bawa mungkin boleh pergi tali pancing dan mata kail lepastu cari rotan untuk buat pancing macam orang-orang dahulu sekurang-kurangnya dapat juga satu pengalaman baru. Banyak lagi sebenarnya aktiviti yang boleh anda lakukan bila berada di sini dan antara yang mungkin menjadi tarikan kepada para pelancong khususnya pelancong dari luar negara ialah aktiviti menanam padi yang mana ianya pasti akan membuat para tetamu menjadi teruja dapat mencuba aktiviti tersebut di sini untuk dijadikan pengalaman dan kenangan, jadi pastikan bawa barang keperluan terutama sekali pakaian dan kasut yang sesuai untuk setiap aktiviti dan jangan lupa untuk membawa kamera dan video kamera untuk merakam aktiviti yang anda lakukan di sini agar dapat di kongsikan kepada keluarga dan rakan anda yang lain di media sosial sekaligus mungkin akan dapat menarik minat mereka juga datang ke tempat ini pada masa hadapan.
Sekiranya mahu ke sini memang sangat-sangat digalakkan untuk memandu kenderaan sendiri tidak kira anda dari sekitar daerah ini, luar daerah atau pun pelancong dari dalam dan luar negara yang datang ke Negeri Sabah. Ini adalah kerana tempat ini memang agak jauh jadi untuk memudahkan perjalanan pergi dan balik serta membawa segala barang keperluan anda ke sini maka sebab itulah digalakkan memandu kereta sendiri, lagi pun bila ada kereta sendiri dapatlah melawat tempat menarik lain di sekitar dearah Beaufort ini.
Untuk sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan boleh terus menghungi pihak pengurusan Homestay Kampung Suasa di alamat seperti di bawah :
Hubungi :
Desa Lestari Kg. Suasa
89808, Beaufort,
Sabah, Malaysia.
Tel : +6013 865 6022 (Hj. Ruslan)
Tel : +6011 3383 2982 (Bibiyani)
Web Fb : Kg. Suasa
89808, Beaufort,
Sabah, Malaysia.
Tel : +6013 865 6022 (Hj. Ruslan)
Tel : +6011 3383 2982 (Bibiyani)
Web Fb : Kg. Suasa
Ulasan
Catat Ulasan