Langkau ke kandungan utama

Hospital Queen Elizabeth 2

Hospital Queen Elizabeth II merupakan salah sebuah Hospital Kerajaan yang terdapat di Negeri Sabah. Hospital ini terletak lebih kurang 10 minit perjalanan dari Pusat Bandar Kota Kinabalu.

HOSPITAL QUEEN ELIZABETH II


Hospital Queen Elizabeth 2 (HQE2) adalah salah sebuah hospital yang terdapat di Sabah. Hospital ini terletak di Jalan Damai Luyang iaitu lebih kurang 6.5 km atau kira-kira 10 minit perjalanan dari Pusat Bandar Kota Kinabalu dan pada mulanya hospital ini merupakan sebuah hospital swasta yang dikenali sebagai Sabah Medical Centre (SMC). Namun pada tahun 2009 Kerajaan Malaysia telah membeli hospital SMC ini dan dijadikan salah sebuah daripada hospital kerajaan untuk kegunaan penduduk di negeri ini terutamanya pesakit dari daerah Kota Kinabalu dan kawasan sekitarnya.

Pengambilalihan hospital swasta SMC ini untuk dijadikan hospital kerajaan adalah kerana pada masa tersebut terdapat masalah teknikal pada bangunan Hospital Queen Elizabeth I (HQE1) yang menjadikannya kurang selamat untuk digunakan dan perlu untuk dirobohkan dan dibina semula. Oleh kerana jumlah pesakit di HQE1 yang dilihat semakin meningkat pada masa itu maka permohonan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk membeli SMC telah diluluskan pihak Kerajaan Malaysia agar dapat menampung jumlah pesakit dan dapat mempercepatkan proses pemindahan pesakit dari HQE1 ke HQE2.


Pengambilalihan ini telah berlaku pada 9 September 2009 selepas termeterai perjanjian jual beli antara pihak SMC serta pihak Kerajaan Malaysia dan pada masa yang sama juga (pada tarikh tersebut) nama SMC ditukarkan kepada Hospital Queen Elizabeth 2. Hospital HQE2 mula beroperasi sepenuhnya di bangunan ini pada 3 November 2009. Selepas diambil alih pelbagai kerja penaiktarafan telah dilakukan yang mana ianya siap sepenuhnya pada 14 Oktober 2011. Antara bangunan atau kompleks yang terdapat di hospital ini adalah seperti :
01. Kompleks Perubatan
02. Bangunan Kauters
03. Asrama Jururawat
04. Tempat Letak Kereta

Pada 1 Februari 2012 Hospital Queen Elizabeth 2 juga telah dijadikan sebagai Pusat Rawatan Jantung Negeri Sabah yang mana ianya telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia pada ketika itu YBhg. Datuk Rosnah Hj. Shirlin. Ini membolehkan Negeri Sabah merawat pesakit yang mengalami penyakit jantung dengan lebih mudah.

Objektif :
Untuk meningkatkan taraf kesihatan rakyat dengan memberi perkhidmatan kesihatan melalui pendidikan pencegahan, perawatan, dan pemulihan awal bagi memastikan kesihatan rakyat ditahap optimum supatya lebih produktif dalam membantu pembangunan negara.

Sebarang pertanyaan atau pun maklumat lanjut bolehlah menghubungi pihak pengurusan Hospital Queen Elizabeth 2 di alamat seperti di bawah :
 

Alamat :
Hospital Queen Elizabeth 2

Lorong Bersatu,
Off Jalan Damai Luyang,
88300, Kota Kinabalu,
Sabah, Malaysia
Telefon : 088-324 600
Telefon : 088-272 454
Website : https://jknsabah.moh.gov.my/hqe2/


Ulasan