Hotel Sandakan merupakan salah sebuah hotel yang terletak di Sabah. Hotel ini bertaraf 3 bintang dan yang terletak di daerah Sandakan dan berada di tengah-tengah Pusat Bandar Sandakan.
HOTEL SANDAKAN
Hotel Sandakan adalah salah satu hotel yang terdapat di daerah Sandakan, hotel ini terletak di Pusat Bandar Sandakan dan merupakan salah sebuah hotel yang telah lama bertapak di daerah ini iaitu ditubuhkan sejak tahun 1998. Hotel ini adalah bertaraf 3 bintang dan merupakan antara hotel yang menjadi pilihan penginapan pelancong dari dalam mahu pun luar negara yang datang melancong ke daerah Sandakan, ini kerana lokasinya yang terletak di tengah Pusat Bandar Sandakan.
Hotel ini menawarkan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan yang cukup menarik mereka yang memilih untuk menginap di hotel ini dan ianya sudah pasti akan memberikan anda suatu pengalaman yang cukup menarik dan juga keselesaan yang pasti sukar untuk anda lupakan. Oleh kerana lokasinya yang berada di tengah pusat bandar, akan memudahkan anda untuk mendapatkan kemudahan seperti tempat berbelanja, ke bank, tempat makan, pengangkutan awam dan lain-lain lagi.
Hotel Sandakan yang terletak di Pusat Bandar Sandakan membolehkan anda mudah untuk mendapatkan pelbagai kemudahan termasuklah kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak hotel ini. Antara beberapa perkhidmatan atau kemudahan yang disediakan pihak pengurusan Hotel Sandakan yang pasti membuat anda tertarik antaranya ialah :
Kemudahan :
01. Sarapan pagi
02. Tapak letak kereta percuma
03. Internet percuma
04. Khidmat dobi
05. Khidmat menghantar makanan
06. Restoran
07. Dewan untuk acara
08. Air mineral percuma
09. Peralatan buat kopi (tidak semua bilik ada)
Banyak lagi perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan, kalau mahu taip semua rasanya tidak cukup lagi. Bagi yang suka melancong lama-lama memang sesuai untuk memilih hotel ini sebab ada perkhidmatan dobi untuk cuci pakaian anda. Bagi yang teringin merokok, anda tidak dibenarkan untuk merokok di dalam hotel ini sebab seluruh kawasan hotel ini adalah kawasan larangan merokok. Jadi anda harus jalan keluar mencari tempat kawasan yang dibenarkan merokok.
Untuk peralatan mandi pula jangan risau sebab hotel ini ada menyediakan semua peralatan untuk mandi untuk kemudahan anda seperti sabun, tuala dan lain-lain lagi. Lepas mandi kalau mahu keringkan rambut pun boleh sebab di sini ada juga disediakan alat pengering rambut. Setiap bilik juga disediakan TV, internet percuma (wifi), penghawa dingin dan lain-lain lagi.
Hotel ini juga sentiasa mengutamakan kebersihan dan juga keselamatan pada setiap pelawat yang datang menginap di sini. Oleh itu semua bilik, peralatan dan juga perkakasan yang digunakan akan sentiasa dipastikan bersih, ini bagi memastikan mereka yang datang dan menginap di sini sentiasa merasa lebih selesa dan selamat. Dan bagi yang ke sini untuk buat acara atau program pun boleh sebab di sini ada dewan untuk buat acara seperti majlis perkahwinan, mesyuarat, seminar dan lain-lain lagi.
Apa lagi yang menarik jika anda memilih untuk menginap di hotel ini adalah terdapat banyak tempat menarik yang terletak berhampiran dengan hotel ini terutamanya tempat menarik yang terletak di Pusat Bandar Sandakan. Antara tempat menarik yang ada di bandar ini adalah seperti :
1. Muzium Warisan Sandakan (200 meter)
2. Tugu Peringatan William Pryer (200 meter)
3. Tugu Pembebasan Sandakan (200 meter)
4. Masjid Jamek Sandakan lebih 100 tahun (50 meter)
5. Sandakan Waterfront (250 meter)
Dari sini juga anda boleh melawat ke beberapa tempat menarik lain yang ada di sekitar daerah Sandakan iaitu seperti ke Agnes Keith House, English Tea House, Sepilok, Taman Peringatan Sandakan, Taman Jalil Alip, Sandakan Rainforest Discovery Centre dan lain-lain lagi
Untuk yang mahu ke hotel ini, boleh naik bas ke Bandar Sandakan, kemudian berjalan kaki dalam 10-15 minit untuk sampai. Bagi yang baru sampai dari Lapangan Terbang Sandakan boleh guna teksi yang ada di lapangan terbang atau boleh juga menggunakan perkhidmatan e-hailing agar lebih mudah untuk ke sini sebab tiada bas yang masuk ke kawasan lapangan terbang.
Waktu mendaftar :
Daftar masuk : 2 petang
Daftar keluar : 12 tengahari
(kaunter pendaftaran buka 24 jam)
Nota :
1. Dilarang merokok di kawasan hotel
2. Tidak boleh bawa haiwan
Sekiranya anda ingin membuat tempahan atau pun membuat sebarang pertanyaan bolehlah hubungi pihak Hotel Sandakan di alamat seperti di bawah :
Alamat :
Hotel Sandakan
Lebuh 4, Blok 83,
Pusat Bandar Sandakan,
90000, Sandakan,
Sabah, Malaysia.
Telefon : +6089-221 122
Telefon : +6011-18988122

Ulasan
Catat Ulasan