Langkau ke kandungan utama

Hounon Ridge

Hounon Ridge merupakan salah satu tempat menarik di Sabah. Tempat ini adalah kawasan tapak untuk perkhemahan yang cantik dan Hounon Ridge ini terletak di daerah Ranau, Sabah.

HOUNON RIDGE

Kredit Gambar : Hounon

Kredit Gambar : Hounon

Hounon Ridge atau nama penuhnya Hounon Ridge Farmstay and Camping adalah salah satu tempat menarik di Ranau yang boleh dikunjungi dan berkhemah di tempat pelancongan ini, tidak kira sama ada anda adalah penduduk tempatan ataupun pelancong dari dalam dan luar negara ke Ranau. Hounon Ridge adalah sebuah kawasan perkhemahan cantik yang terletak di Bundu Tuhan, Ranau iaitu kira-kira 21 km atau lebih kurang 30 minit perjalanan dari Bandar Ranau dan dari Kota Kinabalu pula kira-kira 100 km atau lebih kurang 2 jam perjalanan. Tempat ini memang sangat sesuai untuk sesisi keluarga meluangkan masa bersama ketika cuti sekolah.

Hounon bermaksud 'Berkabus' dalam Bahasa Kadazan-Dusun kerana tempat ini sememangnya kawasan berkabus kerana cuacanya yang sejuk, lebih-lebih lagi pada waktu malam dan juga ketika musim hujan. Tapak perkhemahan di kawasan ini dapat menampung sehingga 50 buah khemah dan kawasan tapak juga adalah berumput dan bukannya di tanah ataupun batu. Rumput ditapak ini juga sentiasa dipotong kemas jadi ianya memang sesuai sekiranya anda bercadang untuk berkhemah di sini bersama kawan-kawan ataupun keluarga. Datang ramai-ramai ke sini adalah lebih baik supaya anda tidak akan berasa bosan atau sunyi disamping dapat bercerita kawan atau keluarga di bawah kilauan dan kerlipan bintang yang cantik di waktu malam.


Kalau anda datang membawa keluarga termasuk orang tua, anda boleh bagi mereka pilihan sama ada mereka mahu tidur dikhemah atau dipenginapan yang ada disediakan di sini (penginapan lain harga). Penginapan di sini pun cukup cantik, lengkap dan kemas. Jika anda pilih untuk sekeluarga bermalam di penginapan pun boleh sebab di sini ada 12 buah bilik yang berlainan saiz dan 2 asrama. Asrama ini maksudnya bilik tersebut boleh kongsi ramai-ramai sebab katilnya yang jenis 2 tingkat macam di asrama sekolah. Tapi sebaiknya kalau dapat berkhemah di luar agar dapat memberikan lagi satu pengalaman manis yang mungkin tidak akan dapat anda lupakan. Kalau tidak mempunyai khemah jangan risau, anda boleh sewa khemah yang juga ada disediakan oleh pihak Hounon Ridge.

Selain daripada kemudahan penginapan seperti yang diterangkan di atas, ada lagi beberapa kemudahan lain yang terdapat di sini jika anda berkhemah atau menginap di kawasan ini iaitu seperti :

Kemudahan :

01. Bilik Mandi
02. Tandas Umum
03. Tapak BBQ
04. Dapur
05. Internet
06. Kafetaria
07. Dan lain-lain lagi

Kalau anda bercadang untuk berkhemah di sini sebaiknya anda menempah lebih awal lebih-lebih lagi jika anda bercadang ke sini sewaktu musim cuti sekolah, sebab tempat ini merupakan salah satu tempat yang memang menjadi tumpuan percutian bagi penduduk tempatan negeri ini ataupun pelancong dari dalam dan luar negara. Kawasan ini memang sejuk kalau malam atau awal pagi jadi kalau anda memang mahu bermalam di khemah bolehlah bawa apa-apa yang patut seperti jaket tebal, selimut tebal atau menutup kepala yang tebal dan lain-lain lagi. Tapi kalau memang tahan sejuk terpulang juga dari anda sama ada ingin bawa barang tersebut atau tidak.

Kalau tidak suka makan makanan berat-berat waktu malam bolehlah sediakan makanan ringan untuk makan pada waktu malam di kawasan perkhemahan bersama rakan-rakan sambil bercerita dan merasai tiupan angin yang begitu segar dan sejuk. Tapi kalau mahu buat BBQ dengan kawan atau keluarga kena beritahu pihak pengurusan kawasan ini lebih awal, jadi sebaiknya beritahu mereka ketika anda membuat tempahan berkhemah di sini yang anda akan buat BBQ. Ini agar memudahkan mereka membuat persiapan untuk sediakan apa-apa yang patut seperti peralatan BBQ.

Untuk ke sini memang anda harus memandu kereta sendiri, naik kereta dengan kawan-kawan atau menyewa kereta untuk pandu sendiri (yang penting anda ada lesen) ini adalah bagi memudahkan perjalanan pergi dan balik anda dari sini. Jalan ke sini juga agak mencabar sebab akan melalui kawasan yang mana terletaknya Banjaran Crocker, oleh itu jalan tersebut banyak bukit dan mungkin juga akan ada beberapa jalan yang rosak jadi lebih baik untuk pandu kereta yang tinggi seperti pacuan 4 roda.

Waktu operasi :
Isnin - Sabtu : 8 pagi - 5 petang
Ahad : 10 pagi - 5 petang
(Semasa cuti umum masa di atas ini mungkin boleh berubah)

Bayaran berkhemah :
Umur 13 tahun ke atas : RM30.00 semalam
Umur 7 tahun - 12 tahun : RM20.00 semalam
Umur 1 tahun - 6 tahun : Percuma

Bayaran katil dan bilik :
Katil Asrama : RM40.00 seorang
Bilik : RM120.00 - 260.00 (ikut saiz bilik)

Harga di atas ini mungkin berubah mengikut keadaan semasa, oleh itu maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan boleh menghubungi pihak Hounon Ridge di alamat seperti di bawah ini :

Alamat :
Hounon Ridge Farmstay and Camping
Sabah, Malaysia.
Telefon : 013-850 6463
Website : facebook.com/hounonridge


Nota :

01. Biasanya orang ke sini selalu bermalam menggunakan khemah di luar, jadi bila bermalam di luar pastikan anda sentiasa ikut peraturan yang diberi yang ditetapkan agar dapat menjaga keselamatan anda dan keluarga semasa berada di sini.

02. Kalau makan, minum atau buat bbq di kawasan ini jangan buang sampah merata-rata agar kawasan ini sentiasa kelihatan sentiasa bersih


Ulasan