ILP Kota Kinabalu merupakan salah Pusat Latihan yang terdapat di Sabah dan pusat latihan ini terletak di dalam daerah Kota Kinabalu, Sabah iaitu lebih kurang 18 km dari Bandaraya Kota Kinabalu.
ILP KOTA KINABALU
Kredit Gambar : ILPKK
Kredit Gambar : ILPKK
Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Kinabalu atau juga dengan lebih ringkasnya disebut ILPKK merupakan salah sebuah institut latihan yang terdapat di Negeri Sabah dan berada di bawah kendalian Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia, Malaysia. ILP Kota Kinabalu telah dimulakan pembinaannya pada 13 April 1999 di sebuah kawasan yang berkeluasan 36 hektar yang terletak dalam kawasan Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) iaitu lebih kurang 18 km atau kira-kira 35 minit perjalanan daripada Pusat Bandaraya Kota Kinabalu. Walaupun Pembinaan ILPKK ini siap sepenuhnya pada 12 Oktober 2000, namun kakitangan dan juga para pegawai institut ini telah pun memulakan tugas mereka pada 5 Ogos 2000. Selepas 3 bulan institut ini mula memulakan operasinya pada bulan Januari 2001 dengan pengambilan lebih kurang 111 orang pelajar yang juga merupakan antara pelajar perintis kepada institut ini.
Pemilihan lokasi ILP Kota Kinabalu ini yang terletak di KKIP sememangnya sangat tepat kerana kawasan ini merupakan kawasan yang kini pesat membangun dan terdapat banyak pusat pengajian dan jabatan-jabatan kerajaan yang dibina di kawasan ini. Pada awalnya ILPKK iaitu ketika institut ini siap dibina hanya terdapat sedikit sahaja kursus yang ditawarkan iaitu, CADD Mekanikal, CADD Senibina, Teknologi Industri Elektronik, namun pada masa kini terdapat lebih kurang 8 kursus yang ditawarkan kepada mereka yang berminat untuk mengikuti latihan di sini. Pengambilan untuk masuk ke ILPKK ni pula hanya dibukan 2 kali sahaja dalam setahun iaitu dalam bulan Februari dan juga bulan Julai, jadi kalau anda berminat untuk ikut latihan dalam pelbagai kursus di sini pastikan anda ingat bulan puntuk pengambilan masuk tersebut. Biasanya pengambilan ni hanya untuk belia yang berumur 17 tahun hingga 35 tahun sahaja, kalau lepas SPM pun boleh juga masuk ke sini jika berminat.

Kursus yang ditawarkan di institut ni terbahagi kepada dua iaitu kursus sepenuh masa dan juga kursus jangka pendek, tetapi kursus jangka pendek hanya akan dibuka pengambilannya apabila ada keperluan sahaja. Pengambilan pelajar baharu pada bulan Februari dan Julai biasanya akan dihebahkan di 2 bulan awal sebelum tarikh pengambilan, jadi kalau memang berminat sentiasalah lihat hebahan pengambilan tersebut di beberapa platform dalam talian. Antara platform yang biasanya digunakan untuk hebahan pengambilan ini ialah seperti laman web ILP Kota Kinabalu, laman web Insitut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) yang lain, laman web Jabatan Tenaga Manusia, dan juga melalui media sosial seperti facebook dan Twitter ILP Kota Kinabalu. Pastikan semua laman web yang anda masuk ni adalah laman web dan media sosial yang rasmi daripada Jabatan Tenaga Manusia dan ILPKK ya. Untuk permohonan pula biasanya melalui laman web rasmi Jabatan Tenaga Manusia dan juga melalui UPU online.
Untuk mengikut kursus atau latihan di sini anda perlulah memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan oleh pihak ILPKK iaitu antaranya adalah anda mestilah warganegara Malaysia, berumur antara 17 tahun hingga 35 tahun, tidak buta atau rabun (termasuk rabun warna), tidak berkaca mata atau kanta lekap, tidak pekak, tidak bisu dan tidak mempunyai sebarang cacat anggota yang mungkin boleh buat anda susah untuk mengikuti latihan amali yang diberikan. Syarat lain adalah syarat khas untuk kursus yang anda mahu ambil nanti, syarat khas untuk setiap kursus ni anda boleh baca di laman web rasi ILP kota Kinabalu. Antara kursus sepenuh masa yang di tawarkan di ILPKK ialah :
Kursus ditawarkan :
01. Teknologi Mekatronik
02. Teknologi Pembuatan (Pemesinan)
03. Teknologi Pendawaian Elektrik 3 Fasa
04. Teknologi Automif Servis
05. Teknologi Komputer (Rangkaian)
06. Teknologi CADD Senibina
07. Tekonolgi Gas dan Minyak (Lukisan Perpaipan)
08. Teknologi Penyelenggaraan Mekanikal
04. Teknologi Automif Servis
05. Teknologi Komputer (Rangkaian)
06. Teknologi CADD Senibina
07. Tekonolgi Gas dan Minyak (Lukisan Perpaipan)
08. Teknologi Penyelenggaraan Mekanikal
Untuk
maklumat atau pertanyaan lebih lanjut anda boleh menghubungi pihak pengurusan
ILP Kota Kinabalu seperti alamat yang tertera di bawah ini :
Alamat :
Alamat :
ILP Kota Kinabalu
Jalan 3 KKIP Selatan,
88640 Kota Kinabalu,
88640 Kota Kinabalu,
Sabah, Malaysia.
Telefon : 088-498460
Waktu pejabat : 8 pagi - 5 petang
Telefon : 088-498460
Waktu pejabat : 8 pagi - 5 petang
Website : www.ilpkk.gov.my/v2024/
Ulasan
Catat Ulasan