ILP Sandakan merupakan salah sebuah pusat latihan yang terdapat di Sabah dan pusat latihan ini dalam daerah Sandakan, Sabah iaitu lebih kurang 5 km dari Pusat Bandar Sandakan.
ILP SANDAKAN
Kredit Gambar : ILPSDK
Kredit Gambar : ILPSDK
Institut
Latihan Perindustrian (ILP) Sandakan atau ringkasnya ILPKK merupakan salah sebuah institut latihan yang
terdapat di Negeri Sabah dan ia juga berada di bawah kendalian Jabatan Tenaga
Manusia, Kementerian Sumber Manusia, Malaysia. ILP Sandakan terletak tidak jauh daripada Pusat Bandar Sandakan iaitu cuma lebih kurang 5 km atau kira-kira 10 minit perjalanan sahaja dan institut ini telah mula dibina pada bulan November 2002 dan siap sepenuhnya pada awal tahun 2005 seterusnya terima Sijil Akaun Siap Kerja (CPC) pada 5 Februari 2005. Walaupun institut ini siap pada tahun 2005, namun kakitangan dan
juga para pegawai institut ini telah pun memulakan tugas mereka pada seawal bulan November 2004 agar memastikan setiap perjalanan dan urusan instiut termasuk pengambilan pelajar perintis berjalan dengan lancar apabila mula beroperasi.
ILP Sandakan yang terletak di Batu 5, Jalan Sibuga, Sandakan dan pemilihan lokasi ini adalah kerana kawasan ini juga merupakan antara kawasan yang pesat membangun dalam daerah Sandakan, selain itu ianya lebih luas iaitu 50 ekar dan tanahnya juga lebih rata yang mana ianya akan dapat membina lebih banyak blok bangunan untuk para kakitangan dan juga pelajar. Terdapat lebih kurang 27 blog bangunan yang dibina di institut ini iaitu termasuklah bangunan seperti bengkel amali, kuaters kakitangan, asrama untuk pelajar lelaki dan perempuan, pejabat dan beberapa lagi bangunan lain. Kemudahan asrama untuk para pelajar ni kira agak besar juga yang mana ianya dapat menampung sehingga 400 orang pelajar lelaki dan 200 orang pelajar perempuan, jadi kalau sesiapa yang dari luar daerah Sandakan khususnya para belia lepasan SPM dan yang berminat mahu masuk belajar di ILP Sandakan ni tidak perlu risau pasal tempat tinggal.

Seperti juga ILP yang lain, kursus yang ditawarkan di institut ni juga terbahagi kepada dua iaitu kursus sepenuh masa dan juga kursus jangka pendek yang mana kursus sepenuh masa ni akan memakan masa dalam beberapa tahun untuk tamat, manakala bagi kursus jangka pendek pula ianya lebih singkat tetapi pengambilan untuk kursus jangka pendek ni tidak selalu ada, cuma apabila ada keperluan sahaja barulah akan di hebahkan. Biasanya pengambilan pelajar baharu dilakukan pada bulan Februari dan Julai dan ianya akan dihebahkan 2 bulan awal lebih awal sebelum tarikh masuk mendaftar, jadi kalau anda berminat bolehlah selalu lihat hebahan pengambilan tersebut di beberapa platform dalam talian. seperti laman web rasmi ILP Sandakan, laman web rasmi Insitut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) yang lain, laman web rasmi Jabatan Tenaga Manusia, dan juga melalui media sosial rasmi seperti facebook dan Twitter ILP Sandakan. Untuk permohonan pula biasanya melalui laman web rasmi Jabatan Tenaga Manusia, juga melalui UPU online dan juga secara menual dengan datang sendiri ke ILP Sandakan untuk ambil borang.
Terdapat beberapa syarat untuk mengikut kursus atau latihan di institut ini iaitu syarat am dan juga syarat khas, syarat am adalah anda
mestilah warganegara Malaysia, berumur antara 17 tahun hingga 35 tahun,
tidak buta atau rabun (termasuklah juga rabun warna), anda tidak berkaca mata atau
memakai kanta lekap, tidak pekak, tidak bisu dan tidak mempunyai sebarang kecacatan anggota yang boleh mengganggu anda ketika mengikuti latihan amali yang diberikan atau ketika belajar. Syarat khas pula adalah syarat yang dikenakan mengikut kursus yang anda
mahu ambil, untuk syarat khas ni anda boleh baca di
laman web rasi ILP Sandakan. Antara kursus sepenuh masa yang di
tawarkan di ILP Sandakan ialah seperti :
Kursus ditawarkan :
01. Teknologi Elektrik
02. Teknologi Telekomunikasi
03. Teknologi Penyejukbekuan & Penyaman udara
04. Teknologi Automif
05. Teknologi Komputer (Rangkaian)
06. Teknologi Kimpalan
07. Tekonolgi Gas dan Minyak (Fabrikasi Struktur Logam)
04. Teknologi Automif
05. Teknologi Komputer (Rangkaian)
06. Teknologi Kimpalan
07. Tekonolgi Gas dan Minyak (Fabrikasi Struktur Logam)
Untuk
maklumat atau pertanyaan lebih lanjut anda boleh menghubungi pihak pengurusan
ILP Sandakan seperti alamat yang tertera di bawah ini :
Alamat :
Alamat :
ILP Sandakan
Batu 5, Jalan Sibuga,
90000, Sandakan,
90000, Sandakan,
Sabah, Malaysia.
Telefon : 089-240500
Waktu pejabat : 8 pagi - 5 petang
Telefon : 089-240500
Waktu pejabat : 8 pagi - 5 petang
Website : www.ilpsdk.gov.my
Ulasan
Catat Ulasan