Imbak Canyon Convervation Area (Kawasan Pemuliharaan Imbak Kanyon) merupakan salah satu lagi tempat menarik di Sabah. Kawasan konservasi ini terletak di dalam daerah Telupid, Sandakan.
IMBAK KANYON
Kredit Gambar : Imbakkanyon
Kredit Gambar : Imbakkanyon
Imbak Canyon Convervation Area (ICCA) atau juga disebut sebagai Kawasan Pemuliharaan Imbak Kanyon oleh orang tempatan merupakan salah satu tempat menarik yang terdapat di dalam Bahagian Sandakan dan sudah semestinya patut dikunjungi oleh anda sekiranya berminat dengan kehijauan hutan semulajadi ini. Kawasan pemuliharaan ini terletak di Telupid iaitu lebih kurang 94 km atau 1 jam 50 minit perjalanan dari Pekan Telupid dan kira-kira 235 km atau 4 jam 30 minit perjalanan dari Bandar Sandakan. Kalau dari Kota Kinabalu pula lebih kurang 298 km atau 6 jam perjalanan.
Kawasan Pemuliharaan ini adalah salah sebuah kawasan Hutan Simpan yang terletak jauh di tengah-tengah Negeri Sabah dan hutan kawasan ini juga telah diwartakan Kerajaan Sabah pada tahun 2009 sebagai Hutan Simpan Kelas 1 dengan keluasan kawasan hutan iaitu 30 ribu hektar. Selain itu hutan di sini juga adalah antara yang tertua di negeri ini dan ia diangggarkan berusia kira-kira 100 juta tahun dan hutan ini juga adalah hutan asli yang masih lagi dijaga dengan baik.
Pasti ada yang tertanya-tanya apa yang menariknya di kawasan hutan ini kan. Sudah pasti tempat ini mempunyai tarikan tersendiri, kerana di sini anda akan dapat melihat hutan asli yang masih belum lagi diganggu atau diterokai oleh manusia. Selain itu anda juga dapat melihat di sini pelbagai jenis pokok iaitu seperti pokok kapur, keruing dan juga pokok kayu belian yang besar setinggi 250 kaki dan berusia kira-kira 1000 tahun. Jadi kalau yang berminat dengan dengan aktiviti fotografi bolehlah mengambil gambar keindahan hutan yang masih terpelihara ini.
Aktiviti lain yang boleh anda lakukan jika ke sini adalah seperti memerhati burung, melihat hidupan liar, meredah hutan (jungle trekking), berjalan pada waktu malam dengan menaiki pacuan 4 roda sambil melihat hidupan liar pada waktu malam seperti gajah, beruang, harimau, monyet proboscis, badak dan lain-lain lagi. Kalau yang ingin bermalam di sini bolehlah pilih sama ada ingin bermalam di penginapan yang ada atau boleh juga memilih bermalam di tapak perkhemahan yang telah disediakan. Tapi rasanya kalau mahu di tapak perkhemahan bagus kalau datang ramai-ramai atau berkumpulan.
Aktiviti yang paling digemari oleh pelancong yang datang ke sini adalah aktiviti ke Air Terjun Imbak Kanyon yang mana air terjun ini adalah merupakan antara air terjun yang bukan saja cantik tetapi ia juga mempunyai rupa bentuk yang unik. Air terjun ini mempunyai bentuk yang lebar sepanjang 30 meter dengan tingginya 8 meter. Di sini anda boleh mandi di air terjun ini sambil mengambil gambar berlatarbelakangkan air terjun yang cantik ini. Sebelum ini, kemudahan yang terdapat di tempat ini adalah terhad, namun selepas penubuhan Imbak Canyon Studies Centre (ICSC) pada tahun 2016 jumlah kemudahan di sini telah ditambah agar dapat memudahkan lagi pengunjung atau pelancong apabila ke tempat ini melancong
Kemudahan :
1. Penginapan
2. Kafe/tempat makan
3. Bilik mesyuarat
4. Laluan pejalan kaki
5. Galeri alam semulajadi
6. Talian internet (Wifi)
7. Dan lain-lain lagi
Untuk ke sini pengunjung boleh menaiki kereta sendiri tetapi adalah lebih baik dengan menggunakan kenderaan pacuan 4 roda kerana bentuk jalannya yang lebih sesuai untuk kenderaan seperti pacuan 4 roda tersebut. Selain itu anda boleh juga menghubungi mana-mana ejen pelancongan yang sah berdaftar (pastikan yang berdaftar) untuk lebih memudahkan perjalanan pergi dan balik anda serta urusan yang lain lagi.
Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan bolehlah menghubungi pihak pengurusan kawasan ini iaitu Yayasan Sabah Group di alamat seperti di bawah ini :
Alamat :

Ibu Pejabat Yayasan Sabah Group
Menara Tun Mustapha,
P.O.Box 11623,
Poskod 88817, Kota Kinabalu,
Sabah, Malaysia.
Telefon : +6088-326 300
Faks : +6089-326 424
Website : Yayasan Sabah
Menara Tun Mustapha,
P.O.Box 11623,
Poskod 88817, Kota Kinabalu,
Sabah, Malaysia.
Telefon : +6088-326 300
Faks : +6089-326 424
Website : Yayasan Sabah
Ulasan
Catat Ulasan