Langkau ke kandungan utama

Inanam

Inanam merupakan salah sebuah pekan di Negeri Sabah. Pekan Inanam ialan pekan kecil yang terletak di dalam daerah Kota Kinabalu iaitu lebih kurang 8 km dari Bandar Kota Kinabalu.

INANAM


Pekan Inanam merupakan salah satu pekan di Negeri Sabah. Pekan ini terletak di dalam daerah Kota Kinabalu iaitu lebih kurang 8 km atau kira-kira 12 minit perjalanan sahaja dari Bandar Kota Kinabalu. Pekan Inanam ditadbir dan diuruskan oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), oleh itu setiap aktiviti pernigaan atau apa-apa yang berkaitan hendaklah terlebih dahulu melalui kebenaran daripada pihak DBKK. Pada masa kini jumlah penduduk di pekan ini dianggarkan sekitar lebih daripada 10 ribu orang yang kebanyakkan dari penduduknya adalah berkerja dalam bidang perindustrian dan pertanian. Inanam juga merupakan lokasi bagi bas express iaitu di Terminal Bas Bandaraya Utara, cuma lebih kurang 4 minit perjalanan saja dari Pekan Inanam. 

Bas ekpress yang ada di Terminal Bas Bandaraya Utara di Pekan Inanam ini adalah bas ekspress yang membuat perjalanan antara daerah di sekitar seluruh Negeri Sabah, seperti bas ekpress Sandakan-Kota Kinabalu, Tawau-Kota Kinabalu, Kudat-Kota Kinabalu dan lain-lain lagi. Terminal ini akan dapat lebih memudahkan para pelawat atau pengunjung dari luar daerah Kota Kinabalu untuk datang ke daerah ini untuk tujuan berkerja atau melancong. Walaupun pekan ini tidaklah besar, namun pekan ini antara yang tersibuk lebih-lebih lagi dengan adanya perkhidmatan bas ekpress di sini.


Di Pekan Inanam terdapat banyak bangunan-bangunan yang dibina untuk tujuan pernigaan dan antara pernigaan yang dijalankan di bangunan-bangunan yang terdapat di Pekan Inanam ialah seperti pasar menjual sayur, perbankan, restoran, pasar raya, pusat internet dan sebagainya. Terdapat juga beberapa buah tempat penginapan yang dibina di sekitar pekan ini untuk kemudahan pengunjung yang datang dari luar daerah Kota Kinabalu melalui perkhidmatan bas ekspress. Antara penginapan yang ada di pekan ini ialah seperti 
 
01. Hotel Oriental
02. My Inn Hotel
03. TD Capital Hotel

Inanam adalah kawasan perindustrian jadi tidak banyak tempat atau pusat pelancongan di sekitar pekan ini. Antar tempat menarik di sekitar Pekan Inanam ialah seperti :

01. Terminal Bas Bandaraya Utara
02. Air Terjun Kionsom
03. Mari-Mari Cultural Village

Ulasan