Indah Jaya Water Park merupakan salah satu tempat menarik di Sabah. Taman Tema Air Indah Jaya ini adalah taman rekreasi untuk seisi keluarga dan terletak di dalam daerah Sandakan, Sabah.
INDAH JAYA WATER PARK
Kredit Gambar : IndahJayaWaterPark
Indah Jaya Water Park merupakan salah satu tempat menarik di Sandakan yang juga merupakan sebuah taman yang dibina bertemakan Taman Tema Air. Taman Tema Air Indah Jaya ini adalah sangat popular di Sabah dan taman ini juga dianggap antara yang tercantik di negeri Sabah walaupun keluasannya tidak begitu besar. Taman tema air ini terletak di batu 4, Indah Jaya iaitu kira-kira 8 km atau lebih kurang 15 minit perjalanan dari Bandar Sandakan. Tempat ini tidak begitu jauh dari Bandar Sandakan, jadi ia amat mudah untuk dikunjungi oleh orang ramai
Taman tema air ini sangat sesuai dijadikan sebagai tempat untuk beriadah bersama keluarga dan anak-anak lebih-lebih lagi ketika cuti sekolah ataupun di hujung minggu. Anak-anak pasti akan suka mandi dikolam ini sambil menggelongsor ke kolam yang akan membuatkan mereka gembira. Tidak ada had masa juga yang diberikan untuk anda mandi di sini, jadi anda boleh mandi sepuasnya, cuma sentiasalah perhatikan anak-anak anda ketika mereka main atau mandi di kolam terutamanya yang masih kecil. Kalau boleh selalu bersama dimana mereka berada semasa di kolam.
Oleh kerana taman ini adalah taman yang bertemakan air, maka anda perlulah bawa apa-apa keperluan yang ingin digunakan nanti bila berada di sini terutamanya jika anda ingin melakukan aktiviti mandi di kolam berkenaan. Anda boleh apa yang patut di bawa, tapi yang penting jangan lupa pakaian yang menutup aurat bagi yang muslim sebab taman ini adalah kawasannya adalah terbuka dan ramai orang yang mandi dan duduk beriadah berhampiran dengan kolam tersebut. Makanan kalau tidak bawa pun tidak apa sebab ada juga makanan yang di jual di sini, yang penting jangan membawa makanan atau minuman tersebut masuk ke dalam kolam
Terdapat juga kemudahan lain yang telah disediakan oleh pihak Indah Jaya Waterpak di sini, iaitu seperti tandas, bilik persalinan atau bilik mandi, meja dan tempat duduk yang beratap, tempat letak kereta, pelampung untuk kanak-kanak dan bermacam-macam lagi kemudahan yang pasti akan dapat memberi kepuasan kepada pengunjung yang datang ke sini. Kemudahan yang ada di sini juga sentiasa dipertingkatkan dan diperbaiki agar ia dapat memberi lebih keselesaan kepada para pengunjung
Untuk ke sini, yang datang dari luar daerah Sandakan, boleh naik bas yang menuju ke Sandakan, selepas itu boleh naik teksi atau e-hailing yang lain dan minta pemandunya hantar anda ke sini. Pilihan lain adalah dengan memandu kereta sendiri atau boleh juga menyewa kenderaan agar dapat memudahkan lagi perjalanan anda pergi dan balik dari sini (yang penting anda ada lesen memandu).
Waktu operasi :
Setiap hari : 1 petang - 6 petang
Bayaran masuk :
Seorang : RM14.00

Sebarang pertanyaan atau pun maklumat lanjut mengenai harga terkini bolehlah menghubungi pihak pengurusan Indah Jaya Water Park di alamat seperti dibawah ini :
Alamat :
Indah Jaya Water Park
Telefon : 089 201 811
Website : facebook.com/IndahJayaWaterPark/

Ulasan
Catat Ulasan