Langkau ke kandungan utama

Institut Kemahiran Mara Kota Kinabalu

Institut Kemahiran Mara Kota Kinabalu merupakan salah sebuah Institusi Awam/Kerajaan yang terdapat di Negeri Sabah dan institut ini terletak di daerah Kota Kinabalu, Sabah.

IKM KOTA KINABALU

Sumber Gambar : tvetmara

Institut Kemahiran Mara Kota Kinabalu (IKMKK) adalah salah satu Institusi Awam/Kerajaan yang terdapat di Sabah. IKMKK terletak di Jalan KKIP iaitu lebih kurang 21 km atau kira-kira 25 minit perjalanan dari Bandar Kota Kinabalu. IKMKK juga adalah institut yang berada di bawah pengurusan dan pentadbiran Majlis Amanah Rakyat (MARA). IKMKK telah dimulakan pembinaannya pada bulan Ogos 2000 di atas kawasan seluas 35 hektar yang terletak di Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu. Pembinaan bangunan ini memakan masa selama 2 tahun yang kemudiann siap sepenuhnya pada bulan Mei 2002. Walaupun telah siap pada bulan Mei namun ia memulakan operasinya pada bulan Julai 2002 yang pada masa itu cuma menawarkan 3 kursus sahaja dan pengambilan yang pertama adalah seramai 106 orang.

Institut Kemahiran Mara (IKM) sebenarnya telah ditubuhkan pada tahun 1968 iaitu dengan penubuhan IKM pertama di Malaysia yang terletak di Melaka. Pada awal penubuhan institut ini ia adalah bertujuan agar dapat membantu para pelajar yang mempunyai masalah pendidikan seperti tercicir atau tidak dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi terutama sekali bagi golongan bumiputera yang tinggal di kawasan luar bandar. Walaupun IKM telah sejak ditubuhkan pada tahun 1968, namun IKMKK hanya mula ditubuhkan pada tahun 2000 kerana mempunyai permintaan yang tinggi dikalangan remaja yang ingin melanjutkan pelajaran ke institut ini. Oleh itu IKMKK telah ditubuhkan di Kota Kinabalu dan merupakan IKM yang pertama di negeri ini dan yang ke-13 di Malaysia. Selain itu IKMKK juga dibina adalah untuk membantu para belia dan juga beliawanis terutamanya dari golongan bumiputera dalam meningkatkan kemahiran sekaligus dapat menambah ilmu dalam bidang kemahiran yang diceburi agar dapat membantu negara dalam merealisasikan impian negara menjadi sebuah negara yang maju pada masa akan datang.


Pada masa ini IKMKK ada menawarkan beberapa kursus yang mana kesemua kursus tersebut adalah kursus di peringkat sijil iaitu seperti :
01. Sijil Senibina
02. Sijil Teknologi Kejuruteraan
03. Sijil Teknologi Kejuruteraan Elektrik
04. Sijil Teknologi Kejuruteraan Penyaman Udara dan Penyejukan
05. Teknologi Baik Pulih Badan Kenderaan
06. Teknologi Automotif
07. Teknologi Bangunan
08. Diploma Teknologi Automotif (4WD)
09. Diploma Kompetensi Elekterik (Pendawaian PW4)
10. Diploma Teknousahawan Baikpulih dan Cat Badan Kenderaan

Walaupun ia hanya diperingkat sijil dan peringkat diploma sahaja, namun sijil dan diploma yang diberikan adalah diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan juga Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Ia membolehkan anda jika ingin melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat lebih tinggi di IPTA yang terdapat di dalam negara. Sijil dan diploma yang diberi juga akan lebih memudahkan untuk anda mencari peluang pekerjaan kerana ianya dapat menunjukkan anda mempunyai pengalaman dan juga kemahiran di dalam bidang diceburi.

Antara syarat paling utama untuk anda yang mahu melanjutkan pengajian atau pelajaran ke institut ini dalam program atau kursus sijil adalah seperti berikut :
01. Mesti Warganegara Malaysia
02. Bertaraf Bumiputera termasuk Sabah dan Sarawak
03. Umur 17 tahun ke atas
04. Sihat tubuh badan
05. Lulus SPM dan setaranya

Manakala untuk program atau kursus diploma pula syarat yang dikenakan bagi anda yang melanjutkan pelajaran dan pengajian pada peringkat ini adalah seperti berikut :

01. 01. Mesti Warganegara Malaysia
02. Bertaraf Bumiputera termasuk Sabah dan Sarawak
03. Umur 17 tahun ke atas
04. Sihat tubuh badan
05. Lulus SPM dan setaranya
06. 3 kepujian dalam matapelajaran :
- Matematik
- Kumpulan Sains/Vokasional
- Teknologi MPV/MPAV 
- Dan 1 mata pelajaran lain)
07. Lulus Bahasa English

Selain itu terdapat banyak kemudahan yang telah disediakan institut ini untuk pelajar-pelajar yang melanjutkan pengajian di sini, iaitu antaranya :
01. Dewan kuliah
02. Asrama/penginapan lelaki
03. Asrama/penginapan perempuan
04. Dewan Rafflesia
05. Gelanggang sukan
06. Padang bola sepak
07. Surau
08. Kantin
09. Meja Ping Pong
10. Bas dan Van
11. Elaun sara hidup
12. Yuran ditanggung MARA
13. Tiket kapal terbang :
- Pelajar Sabah ke Semenanjung atau Sarawak
- Pelajar Sarawak ke Semenanjung atau Sabah
- Pelajar Semenanjung ke Sabah atau Sarawak
(Tiket kapal terbang ini adalah untuk penerbangan pergi dan balik ke negeri pelajar dan ia hanya sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian anda).

Untuk memohon masuk ke IKM/KKTM/MJII ia adalah melalui online dan pelajar boleh melayari laman web seperti di bawah :

01. www.tvetmara.edu.my : pengambilan online melalui laman web  IKM ialah dalam bulan Januari, Mei, Julai, Oktober. Namun bulan Mei dan juga bulan Oktober cuma bila ada keperluan sahaja.

02. www.upu.mohe.gov.my : pengambilan online melalui laman web UPU ini biasanya hanya dalam bulan Julai sahaja.

Untuk maklumat/pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi pihak pengurusan Institut Kemahiran Mara atau Institut Kemahiran Mara Kota Kinabalu seperti alamat di bawah :

Alamat :
Bahagian Pengambilan dan Teknikal MARA,
Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21,
Jalan MARA,
50609, Kuala Lumpur,
Malaysia.
Telefon : 03-2613 4258
Telefon : 03-2691 4510
Website : www.tvetmara.edu.my

Alamat :
Institut Kemahiran Mara Kota Kinabalu
No. 3 (Lot 5), Melawa Zone,
Jalan 2 KKIP Selatan 2,
Kota Kinabalu Industrial Park,
88460, Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia.
Telefon : 088-498 197
Faks : 088-497 512
Website : IKM Kota Kinabalu

Ulasan