Langkau ke kandungan utama

Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia

Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKMM) adalah sebuah Institusi Awam/Kerajaan yang terdapat di Negeri Sabah dan ia terletak di Sandakan, Tawau dan Kota Kinabalu.

ILKMM

ILKKM Kota Kinabalu
Sumber Gambar :
 
Archel Aren Andrew

ILKKM Sandakan
Sumber Gambar :
 
Beritasabahkini


ILKKM Tawau
Sumber Gambar :
 
etawau

Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) adalah salah satu Institusi Awam/Kerajaan yang terdapat di Malaysia. Bagi Negeri Sabah terdapat 3 buah ILKKM yang ada di negeri ini yang terletak di Kota Kinabalu, Sandakan dan juga Tawau. ILKKM merupakan sebuah intitut yang berada dibawah pengurusan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. ILKKM yang terletak di Kota Kinabalu pada mulanya mempunyai 3 bahagian iaitu Kolej Kejururawatan, Sekolah Jururawat Masyarakat dan Sekolah kebidanan, namun pada 1 Januari 1999 sebuah bahagian atau sekolah-sekolah ini telah di gabungkan menjadi sebuah Institut Kejururawatan. Ia kemudian dinaiktaraf menjadi sebuah kolej yag dikenali sebagai Kolej Kesihatan Bersekutut Kota Kinabalu pada tahun 2005.

Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia di Sandakan pula ia telah di tubuhkan sejak tahun 1965 lagi yang pada masa itu dikenali sebagai Sekolah Kejururawatan Sandakan. Ia merupakan antara sekolah kejururawatan yang paling lama di Negeri Sabah. Kini Sekolah Kejururawatan Sandakan dikenali sebagai Kolej Kejururawatan Sandakan dan kolej ini dapat menampung lebih kurang 500 pelatih dalam satu-satu masa. Kolej ini cuma bersebelahan sahaja dengan Hospital Duchess Of Kent Sandakan yang terletak kira-kira 3.2 km atau lebih kurang 10-15 minit perjalanan menaiki kenderaan.


Bagi Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia di Tawau pula ianya telah ditubuhkan sejak tahun 1970 dan sekolah yang terdapat di ILKKM Tawau pada masa itu adalah Sekolah Penolong Jururawat Tawau (SPJT). Pada awal penubuhan sekolah ini hanya menggunakan wad kesihatan tahap 2 untuk menjalankan latihan kerana belum ada bangunan latihan sendiri. Kemudian pada bulan Disember 1998 bangunan bagi SPJT telah siap dibina sepenuhnya dan dirasmikan oleh Menteri Kesihatan Malaysia. Latihan SPJT di bangunan baru telah mula beroperasi pada 1 Januari 1999 dan pada masa kini jumlah pelatihan yang dapat ditampung dalam satu-satu masa adalah sekitar 450 orang.

Pada masa ini ILKKM Kota Kinabalu ada menawarkan beberapa kursus yang boleh dipohon. Antara kursus yang ditawarkan adalah seperti di bawah, tapi yang di bawah ini adalah sebahagian saja :
01. Diploma Kejururawatan
02. Diploma Pembantu Perubatan
03. Diploma Lanjutan Kebidanan
04. Diploma Lanjutan Pengurusan Diabetes
05. Diploma Lanjutan Penjagaan Kesihatan
06. Diploma Lanjutan Perawatan Gerontologi
07. Diploma Lanjutan Penjagaan Kardiovaskular (Nursing)

Bagi ILKKM Sandakan pula ada menawarkan beberapa kursus yang boleh dipohon. Antara kursus yang ditawarkan adalah seperti di bawah :
01. Diploma Lanjutan Kebidanan
02. Diploma Lanjutan Penjagaan Orthopedik

Bagi ILKKM di Tawau pula ada menawarkan beberapa kursus yang boleh dipohon. Antara kursus yang ditawarkan adalah seperti di bawah :
01. Diploma Kejururawatan (PSL)

Untuk memohon ke institut latihan ini biasanya hendaklah memohon melalui laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9). Syarat kelayakan boleh lihat juga di laman web tersebut. Jadi kalau mahu lihat syarat kelayakan atau program yang ditawarkan boleh masuk ke laman web SPA9 klik disini. Tapi kalau memang mahu yang ada ditawarkan di Sabah boleh rujuk kursus atau program yang dalam senarai di atas tadi. Tapi kalau tidak kisah dapat tawaran di negeri mana-mana pun bolehlah pilih saja mana-mana program yang ada dipaparkan di laman web SPA9 tersebut.

Untuk maklumat atau pertanyaan lanjut mengenai ILKKM di Sabah bolehlah menghubungi pihak ILKKM Kota Kinabalu, ILKKM Sandakan dan juga ILKKM Tawau seperti alamat di bawah :

Alamat Kota Kinabalu :
Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Kota Kinabalu
Jalan Kolam, Bukit Padang,
88300, Kota Kinabalu,
Sabah, Malaysia.
Telefon : 088-238 640
Faks : 088-238 475

Alamat Sandakan :
Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sandakan
W.D.T. No 381,
900009, Sandakan,
Sabah, Malaysia.
Telefon : 089-221 942
Faks : 089-221 941

Alamat Tawau :
Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Tawau
Peti Surat 1157,
91036, Tawau,
Sabah, Malaysia.
Telefon : 089-770 378 / 089-768 378 
Faks : 089-777 662

Ulasan