Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah merupakan salah sebuah Institusi Awam/Kerajaan yang terdapat di negeri Sabah dan ia terletak di dalam daerah Keningau, Sabah.
IPDAS
Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) merupakan salah satu Institusi Awam/Kerajaan yang terdapat di Sabah. IPDAS telah ditubuhkan pada bulan Oktober 1979 dan pada masa awal penubuhan nama yang digunakan institut ini ialah Pusat Latihan Dakwah Keningau (PLDK) dan berada dibawah pengurusan pihak Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS). Pusat pengajian ini terletak di Kg. Menawo Keningau iaitu lebih kurang 116 km atau kira-kira 1 jam 15 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Bandar Kota Kinabalu dan lebih kurang 7 km atau kira-kira 10 minit perjalanan dari Bandar Keningau.
Menurut sumber ketika pada pemerintahan Parti Berjaya di Sabah, telah ramai orang atau penduduk negeri ini yang memeluk islam, namun tidak banyak usaha yang dilakukan bagi membantu, memberi tunjuk ajar serta bimbingan kepada mereka yang baru memeluk islam, oleh yang demikian pusat latihan ini telah ditubuhkan agar dapat memberikan bimbingan kepada golongan yang baru memeluk islam atau juga dikenali sebagai muallaf. Kini ia menjadi sebuah institut pengajian islam yang mana menawarkan program pengajian pengajian kepada mereka yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat sijil ataupun diploma di institut pengajian ini dan pada masa kini institut ini adalah di bawah pengurusan dan juga pentadbiran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Cawangan Sabah.
Pada masa ini hanya ada terdapat dua (2) program sahaja yang di tawarkan oleh IPDAS kepada mereka yang ingin melanjutkan pelajaran atau pengajian islam dalam program sijil atau pun diploma di Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah iaitu :
1. Sijil Pengajian Islam dan Dakwah :
Masa pengajian : 2 tahun (4 semester)
Masa Pengambilan : Januari (untuk lepasan PLDK Sikuati Kudat)
Masa Pengambilan : Jun (terbuka untuk semua)
2. Diploma Dakwah Islamiyyah
Masa pengajian : 3 tahun (6 semester)
Masa Pengambilan : Bulan Mei (setiap tahun)
Kelayakan untuk masuk ke IPDAS juga mengikut program yang ingin anda ikuti sama ada program sijil ataupun program diploma. Setiap program ini ada perbezaan syarat kelayakan masuk iaitu :
Bagi program sijil syarat masuk adalah :
01. Warganegara Malaysia
02. Umur 17-25 tahun semasa tarikh memohon
03. Lulus SPM/SPM(V)
04. Bukan sedang menunggu tawaran mana-mana tempat
05. Belum berkahwin
06. Tidak berkahwin semasa tempoh pengajian
07. Lulus temuduga
Bagi program diploma syarat masuk adalah :
01. Warganegara Malaysia
02. Umur tidak kurang 17 tahun semasa tarikh memohon
03. Lulus SPM dengan kepujian dan juga kepujian dalam beberapa mata pelajaran seperti pendidikan Al-Quran dan Sunnah, Syariah Islamiah, Bahasa Arab, Pendidikan Islam, Tasawwur Islam dan salah satu lagi matapelajaran yang lain.
04. Lulus temuduga
Program pengajian yang dijalankan di institut ini juga adalah diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), oleh itu bagi pelajar yang telah tamat pengajian program diploma mereka boleh juga menyambung penganjian ke beberapa Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seperti :
01. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
02. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
03. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
04. Universiti Malaya (UM)
05. Dan beberapa universiti lain
Selain itu terdapat juga banyak kemudahan yang telah disediakan institut ini untuk pelajar-pelajar yang melanjutkan pengajian di sini, iaitu antaranya :
01. Dewan belajar
02. Asrama lelaki
03. Asrama perempuan
04. Dewan utama
05. Gelanggang sukan
06. Padang bola sepak
07. Masjid
08. Kantin
09. Perpustakaan
10. Makmal komputer
11. Bengkel jahitan
12. Bengkel masakan
13. Dewan makan
14. Kedai runcit
15. Wang saku
Untuk maklumat lanjut bolehlah menghubungi pihak Jakim Cawangan Sabah atau pihak pengurusan IPDAS dan Cawangan lain seperti alamat di bawah :

Alamat Jakim Sabah :
Jakim Cawangan Sabah
Aras 6, Blok A,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah,
Jalan UMS, Peti Surat 14725,
88854 Kota Kinabalu,
Sabah, Malaysia.
Telefon : 088-488 641
Faks : 088-488 645
Alamat IPDAS :
Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS)
Kg. Menawo, Beg Berkunci No. 12,
89009 Keningau,
Sabah, Malaysia.
Telefon : 087-331 868
Faks : 087-336 087
Waktu pejabat : 7.30 pagi - 5.30 petang
Ulasan
Catat Ulasan