Institut Pertanian Sabah merupakan salah sebuah Institusi Awam/Kerajaan yang terdapat di Negeri Sabah dan institut ini terletak di dalam daerah Kota Belud, Sabah.
INSTITUT PERTANIAN SABAH
Sumber Gambar : Dimensiandroids
Institut Pertanian Sabah (IPS) merupakan salah satu Institusi Awam/Kerajaan yang terdapat di Sabah. Institut ini dahulunya dikenali dengan nama Sekolah Vokasional Pertanian yang ditubuhkan pada 20 Mac 1970 dan pada awal penubuhan ianya hanya menumpang di bangunan Pusat Latihan Pertanian yang terletak di Tuaran dengan jumlah pelajar tahun pertama pada masa itu hanya 55 orang sahaja. Pada tahun berikutnya iaitu pada tahun 1971 pengambilan pelajar baru telah dijalankan namun oleh kerana ruangan yang tidak mencukup untuk menampung penambahan pelalajar di Pusat Latihan Pertanian di Tuaran, maka pelajar baru tahun kedua tersebut ditempatkan di Pusat Latihan Luar Bandar Tamu Darat Kota Belud. Pada tahun 1972 hingga tahun 1973 IPS masih lagi menumpang di bangunan sementara dan semua pelajar dari tahun pertama hingga tahun 1973 di kumpulkan dan ditempatkan di Pusat Latihan Orang Buta Tuaran sementara menunggu bangunan tetap IPS siap dibina.
Akhirnya pada bulan Mei 1974 bangunan tetap IPS yang dibina bermula dari tahun 1971 siap sepenuhnya dan terletak di Timbang Menggaris Kota Belud dan semua pelajar IPS yang berada di Pusat Latihan Orang Buta Tuaran telah dipindahkan ke bangunan tetap ini. Tapak baru institut ini terdirir daripada beberapa bangunan seperti dewan belajar, asrama dan lain-lain lagi. Pada tahun berikutnya iaitu pada 28 Ogos 1975 institut ini telah secara rasminya di rasmikan oleh Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah iaitu YB Datuk Haji Mohamad Said Keruak yang mewakili Ketua Menteri Sabah pada ketika itu iaitu YAB Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun. Kemudian nama lama bagi institut iaitu Sekolah Vokasional Pertanian telah ditukarkan pada tahun 1980 bersempena dengan penyelarasan kesemua Institut Pertanian di seluruh Malaysia.
Selepas penyelelarasan semua Institusi Pertanian di Semenanjung Malaysia adalah di bawah bidang kuasa dan pentadbiran Jabatan Pertanian Malaysia melalui Bahagian Pembangunan Modal Insan. Manakala bagi negeri Sabah dan Sarawak pula Institut Pertanian di kedua-dua negeri ini adalah di bawah bidang kuasa dan pentadbiran Jabatan Pertanian Negeri masing-masing. Pada mulanya tempoh kursus di Institut Pertanian Sabah ini adalah selama 3 tahun namun bermula pada tahun 1996 tempoh kursus telah mula dikurangkan ke 2 tahun sahaja dengan menawarkan Kursus Sijil Pertanian yang setaraf dengan Politeknik. Kursus Sijil Pertanian yang ditawarkan oleh Institut Pertanian Sabah adalah diiktiraf oleh beberapa pihak seperti Kementerian Pendidikan dan juga Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
IPS menawarkan Program Sijil Pertanian Malaysia bagi sesiapa yang hendak melanjutkan pelajaran ke institut ini. Antara syarat kelayakan yang diberikan ialah seperti dibawah :
01. Umur 18 hingga 25 tahun (permohonan baru).
02. Penjawat awam umur tidak lebih dari 30 tahun semasa buat permohonan dan mesti memohon melalui ketua jabatan.
03. Lulus SPM dan mesti lulus dalam Bahasa Malaysia (termasuk ujian lisan), lulus Bahasa English, Lulus Matematik/Matematik Tambahan dan kepujian dalam salah satu daripada matapelajaran berikut :
- Sains
- Pengeluaran Tanaman
- Sains Pertanian
- Pengeluaran Ternakan
- Hortikultur Hiasan dan Landskap
- Kejenteraan Ladang
- Pengurusan Ladang
- Pengajian Agroteknologi
- Landskap dan Nurseri
- Tanaman Makanan
- Geografi
- Perdagangan
- Ekonomi Asas / Ekonomi Rumahtangga
- Fizik / Kimia / Biologi
- Sains Tambahan
04. Belum berkahwin.
05. Ikut temuduga
Selain itu terdapat banyak kemudahan yang telah disediakan institut ini untuk pelajar-pelajar yang melanjutkan pengajian di sini, iaitu antaranya :
01. Dewan kuliah
02. Asrama lelaki
03. Asrama perempuan
04. Dewan utama
05. Gelanggang sukan
06. Padang bola sepak
07. Surau
08. Kantin
09. Perpustakaan
10. Makmal komputer
11. Makmal pengurusan tanah
12. Bengkel pertukanangan kayu
13. Makmal perlindungan tanaman
14. Makmal asas sains makanan
15. Elaun bulanan RM70.00 sebulan
Cara memohon masuk ke Institut Pertanian Sabah ialah melalui online. Anda boleh layari laman web IPS seperti tertera di bawah alamat dan biasanya pengambilan adalah dalam bulan Januari hingga Februari, jadi boleh lawat ke laman web IPS pada bulan tersebut jika mahu memohon
Terdapat satu lagi program sijil yang ditawarkan Institut Pertanian Sabah iaitu Sijil Kemahiran Vokasional Pertanian (Penyeliaan dan Operasi Penanaman Sawit) yang bertempat di Pusat Latihan Vokasional Lahad Datu. Untuk yang mahu mohon program ini ianya sama juga dengan memohon melalui online di laman web IPS iaitu http://latihan.tani.sabah.gov.my dan biasanya masa bagi pengambilan program ini dijalankan adalah dalam bulan Mac hingga Julai, jadi kalau berminat bolehlah selalu semak laman web yang diberikan tadi. Kemudahan yang disediakan adalah sama juga dengan program sijil cuma bezanya bagi program vokasional ini elaunnya adalah sebanyak RM100.00 sebulan setiap pelajar.
Untuk maklumat/pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi pihak pengurusan Institut Pertanian Sabah seperti alamat di bawah :
Alamat :
Bahagian Unit Pentadbiran,
Bahagian Unit Pentadbiran,
Institut Pertanian Sabah,
Peti Surat 102, Timbang Menggaris,
89158, Kota Belud,
Sabah, Malaysia.
Telefon : 088-983 017
Faks : 088-983 626
Website : IPS Sabah
Alamat :
Unit Pengambilan Pelatih
(Program Sijil Vokasional Pertanian)
Lahad Datu,
Sabah, Malaysia.
Telefon : 089-880 471
Telefon : 011-6572 8177
Faks : 089-880 469
Website : IPS Sabah
Ulasan
Catat Ulasan