Langkau ke kandungan utama

Institut Seni Sabah

Institut Seni Sabah merupakan salah satu Institusi Pendidikan Swasta yang terdapat di Negeri Sabah. Institut ini terletak di dalam daerah Kota Kinabalu Sabah.

INSTITUT SENI SABAH



Institut Seni Sabah atau dalam Bahasa English iaitu Sabah Institute Of Art (S.I.A) merupakan salah sebuah Institusi Pendidikan Swasta yang terdapat di Sabah dan telah institusi ini telah ditubuhkan pada awal tahun 1990an dan merupakan sebuah pusat pendidikan seni kreatif yang terkenal di Sabah dan juga luar negara.

Institut Seni Sabah merupakan salah satu tempat sesuai untuk belajar dan meningkatkan lagi kemahiran atau bakat dalam bidang kesenian seperti reka bentuk binaan, reka bentuk dalaman, reka bentuk grafik, reka bentuk fesyen dan pengajian muzik.

Di sini para pelajar akan diajar mengenai reka bentuk kesenian dan persembahan, teknologi kreatif, sofware berkaitan kesenian dan lain-lain lagi.


Pengajian yang para pelajar ikuti di sini akan dapat memberikan kemahiran kepada para pelajar yang telah tamat pengajian sekaligus memudahkan mereka untuk mencari peluang pekerjaan.

Sebarang pertanyaan atau pun maklumat lanjut bolehlah menghubungi pihak pengurusan Institut Seni Sabah di alamat seperti di bawah ini :

Alamat :

Institut Seni Sabah
Lot 66, Blok K, KK Times Square,
Off Coastal Highway,
88100, Kota Kinabalu,
Sabah, Malaysia.
Tel : 088-486799 / 088-486797
Faks : 088-486790
Website : www.sia.edu.my

Ulasan