IOI Peak Sandakan merupakan salah satu tempat menarik di Sabah untuk para peminat aktiviti mendaki tidak kira yang sudah mahir mendaki atau yang baru sahaja belajar mendaki sebab laluan mendaki bukit ini tidaklah sukar cuma mungkin perjalanannya sahaja yang agak jauh dan bukitnya juga tidak terlalu tinggi. Bukit ini memang selalu ramai orang yang mendaki terutamanya ketika hujung minggu seperti hari sabtu dan ahad, tetapi untuk ke lokasi bukit ini sebaiknya anda memandu kenderaan sendiri sebab sukar untuk mendapatkan kenderaan awam seperti bas lalu di sini yang terletak di Jalan Ulu Sibuga, iaitu kira-kira 11 km atau lebih kurang 16 minit perjalanan dari Pusat Bandar Sandakan, Sabah.
IOI PEAK SANDAKAN

Kredit gambar : Syaidatul Nursyafiqah

Kredit gambar : Syaidatul Nursyafiqah

Kredit gambar : Syaidatul Nursyafiqah
IOI Peak Sandakan merupakan salah satu tempat menarik di Sandakan yang sangat sesuai untuk anda yang sukakan aktiviti mendaki tidak kira sama ada anda sudah biasa mendaki atau baru sahaja mencuba belajar aktiviti mendaki khususnya kepada mereka yang tinggal disekitar daerah Sandakan. Tempat ini selalu menjadi tumpuan para pendaki dari kalangan penduduk tempatan yang tinggal di daerah ini dan biasanya mereka mendaki tidak kira hari apa pun yang penting ada kesempatan, tetapi yang ramai ke sini adalah pada hujung minggu seperti hari sabtu dan ahad. Lokasi starting point untuk mendaki bukit ini tidaklah jauh dari pusat bandar sebab ada jalan raya singkat yang menuju ke sini jadi mudah untuk orang ramai yang mahu mendaki datang ke sini tetapi kerana kesukaran untuk dapatkan pengangkutan awam seperti bas yang lalu di tempat ini maka biasanya para pendaki akan memandu kereta sendiri dan ada juga yang berkongsi kereta dengan rakan yang lain agar lebih memudahkan pergerakan ke lokasi tempat mendaki ini. Para peminat aktiviti mendaki yang berkesempatan datang bercuti ke sini daerah Sandakan sama ada anda datang dari daerah lain di negeri ini atau mungkin juga datang dari luar negeri atau negara bolehlah luangkan masa sekiranya mahu mendaki di Bukit IOI Peak ini yang terletak di Jalan Ulu Sibuga iaitu lebih kurang 11 km atau kira-kira 16 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pusat Bandar Sandakan. Memang berbaloi datang mendaki ke bukit ini sebab tidak ada bayaran masuk yang dikenakan setakat ini jadi anda bolehlah datang
beramai-ramai bersama keluarga atau bersama rakan-rakan agar lebih menyeronokkan sebab kalau ada kawan dapatlah juga bercerita semasa mendaki lagi pun kalau ada kawan sudah pasti anda tidak merasa kesunyian dan penat pun pasti tidak akan terasa sebab sentiasa mempunyai cerita yang dikongsikan bersama, lagi pun laluan mendaki ke buki ini tidak terlalu sukar maka bolehlah ajak siapa sahaja kawan anda yang mahu mendaki, lagi ramai yang datang bersama anda akan menjadikan pendakian anda ke sini lebih menyeronokkan.
IOI Peak Sandakan mempunyai ketinggian lebih kurang 225 meter dari paras laut dan jarak laluan yang dilalui adalah sekitar 2.6 km pergi dan memakan masa dalam 1 jam lebih ikut dari stamina para pendaki itu sendiri sebab ada pendaki yang suka mendaki dengan laju agar cepat sampai ke puncak dan ada juga yang suka mendaki perlahan-lahan sebab ingin berehat di tempat tertentu sambil mengambil gambar untuk dijadikan kenangan. Tidak kisah sama ada anda mahu mendaki dengan laju atau perlahan yang penting adalah utamakan keselamatan terlebih dahulu sepanjang mendaki di bukit ini. Untuk mendaki ke bukit ini adalah lebih baik dilakukan pada waktu petang sebab cuaca pada masa itu tidaklah terlalu panas, kalau mahu mendaki waktu pagi pun boleh juga tapi laluan mendaki ke bukit ini biasanya tidak ada pokok yang boleh lindungi anda dari panas matahari, lagi pun sekarang ini bahang sinaran matahari adalah panas seawal pagi sekitar jam 9 pun sudah terasa panas. Apa pun terpulanglah pada anda bila mahu ke sini ikut dari kelapangan masa yang ada. Laluan mendaki ke puncak ini tidaklah sukar tetapi ada bahagian yang mungkin agak curam sedikit dan memerlukan perhatian lebih agak tidak tergelincir terutamanya jika pada masa itu hujan atau baru sahaja berhenti hujan yang mungkin agak licin sedikit di laluan yang curam tersebut. Sekiranya anda seorang yang baru mahu belajar mendaki pun memang sesuai untuk menjadikan bukit ini sebagai salah satu tempat untuk anda berlatih disebabkan laluan di sini yang tidak begitu sukar dan lebih santai ketika berjalan. Mungkin agak penat sikit sebab laluan untuk naik ke bukit ini agak jauh iaitu lebih kurang 1.3 km km tetapi bila anda sudah sampai di atas puncak bukit ini pasti penat tersebut tidak lagi terasa dengan melihat pemandangan dari puncak bukit ni yang memang sangat mengagumkan dan menakjubkan yang mana di puncak ini anda akan dapat lihat pemandangan lautan yang indah membiru, beberapa pulau kecil diseberang, Sungai Seguntor, dan juga alam semulajadi yang terbentang luas, memang tidak rugi mendaki ke IOI Peak Sandakan ini.
Bukit ini adalah tempat umum yang dibangunkan oleh IOI Properties Group dan buat masa ini tidak ada sebarang bayaran yang dikenakan kepada orang ramai yang mahu mendaki ke bukit ini, namun terdapat juga beberapa kemudahan yang tersedia sama ada di kawasan starting point mahu pun di puncak bukit ini dan antara kemudahan yang ada ialah di sini terdapat gerai yang menjual minuman dan makanan ringan yang boleh anda beli untuk di bawa mendaki dan menjamu selera bila sudah berada di puncak bukit nanti. Anda juga boleh membawa makanan dan minuman sendiri dari rumah jika ingin lebih jimat perbelanjaan, tapi kalau tidak sempat bolehlah beli sahaja di gerai yang ada di tempat ini. Kalau anda bawa makanan dan minuman ketika mendaki pastikan buang sisa makanan atau sampah anda ke dalam tong sampah yang telah disediakan dan jangan membuang sampah merata-rata tidak kira sama ada anda di pertengahan jalan mendaki atau ketika berada di puncak bukit. Kalau tidak jumpa tong sampah di jalan atau di puncak boleh kumpul sampah anda dalam satu plastik kemudian bawa turun semula bila anda balik nanti dan buang bila sudah jumpa tong sampah. Dengan menjaga kebersihan kawasan IOI Peak ini maka akan dapat menarik lebih ramai lagi orang datang mendaki ke sini kerana kawasannya yang bersih dan cantik, lagi pun kita patut sama-sama menjaga kebersihan tidak kiralah dimana pun kita berada. Selain itu di sini juga ada kemudahan tempat meletak kenderaan yang tersedia dan anda boleh letak kenderaan di tepi jalan berhampiran dengan gerai yang ada di sini, seperti yang sudah disebut di atas sebaiknya anda memandu kenderaan sendiri ke sini agar mudah untuk atur perjalanan pergi dan balik, kalau datang bersama rakan-rakan bolehlah berkongsi kereta lagi pun tempat letak kereta ini adalah percuma sahaja, tetapi sila pastikan letak kereta anda dengan baik agar tidak menghalang laluan kenderaan lain yang mungkin akan lalu berhampiran tempat ini.
Kemudahan tandas pun ada juga di bawah berhampiran starting point, jadi sebaiknya anda gunakan tandas sebelum memulakan pendakian agar perjalanan mendaki anda berjalan dengan lebih lancar tanpa sebarang masalah, tandas ini pun pastikan jangan buang sampah dalam tandas tersebut yang mana akan menyebabkan ianya tersumbat sekaligus menyukarkan penggunakan lain menggunakannya. Di puncak pula ada meja dan kerusi yang disediakan untuk duduk berehat sambil menjamu selera dan juga melihat keindahan alam semulajdi yang begitu indah, sambil itu bolehlah bergambar atau mengambil gambar anda dengan berlatarbelakangkan pemandangan tersebut untuk dijadikan kenangan pendakian anda ke bukit ini. Jangan rosakkan segala kemudahan yang telah disediakan di atas puncak bukit ini seperti meja, tempat duduk, bendera, papan tanda dan beberapa lagi kemudahan lain. Semua kemudahan yang telah disediakan ini adalah percuma sahaja jadi anda hendaklah menjaganya dengan sebaik mungkin agar kemudahan ini dapat bertahan dengan lebih lama dan dapat digunakan oleh pendaki lain yang akan ke sini pada masa akan datang. Berikut di bawah ini adalah antara ringkasan kemudahan yang tersedia di kawasan tempat ini :
Kemudahan :
01. Tempat letak kereta
02. Tandas
03. Meja
04. Tempat duduk
05. Papan Tanda
06. Laluan mendaki
07. Gerai
Sekiranya anda bercadang mendaki ke bukit ini sebaiknya membuat persediaan apa yang perlu seperti yang paling utama ialah pastikan kesihatan anda berada dalam keadaan yang baik, sekiranya ada sakit sebaiknya bertanya terlebih dahulu dengan doktor sekiranya anda dibenarkan untuk melakukan aktiviti mendaki ataupun tidak, ini semua adalah untuk kebaikan anda juga agar tidak ada perkara yang tidak diingini terjadi semasa membuat pendakian ke IOI Peak. Selain itu persediaan atau persiapan lain yang perlu anda buat adalah memakai pakaian yang sesuai contohnya pakai baju lengan panjang dan pakai seluar panjang untuk elak dari panas matahari dan juga dari digigit nyamuk, pakailah kasut yang sesuai untuk aktiviti mendaki dan jangan pakai selipar sebab laluan ini walaupun mudah tetapi ada tempat yang agak curam, kalau boleh pakai stoking agar kaki anda lebih padat ketika memakai kasut agar tidak mudah tergelincit ketika laluan tersebut dalam keadaan curam atau licin. Anda juga boleh pakai topi, kaca mata hitam dan sunscreen untuk elakkan dari pancaran matahari jika ketika itu masih panas dan kalau ketika itu hujan renyai boleh bawa siap-siap baju hujan tapi jangan pula pakai payung sebab akan menyukarkan pergerakan anda jika memakai payung tidak kira ketika hujan ataupun ketika panas. Lain dari itu boleh juga bawa tongkat atau walking stick untuk memudahkan pendakian sebab kadang kaki mungkin akan terasa penat dan lenguh bila mendaki kawasan bukit, oleh itu dengan adanya tongkat ini maka ianya akan membantu anda bergerak terutamanya kepada mereka yang belum biasa lagi dengan aktiviti mendaki dan mungkin juga pendaki yang sudah lanjut sikit usia. Kalau anda bawa air minuman seperti air mineral bolehlah bawa yang saiz 1 liter atau 1.5 liter sebab tidak terlalu berat jadi mudahlah untuk anda mendaki, sebaliknya kalau terlalu banyak bawa air mungkin akan menyukarkan pergerakan anda ketika mendaki sebab akan mudah terasa penat dengan beban yang diangkat. Di bawah ini adalah antara barangan yang rasanya perlu anda pakai atau bawa sekiranya ingin mendaki ke IOI Peak supaya tidak ada sebarang masalah :
Barang dipakai/bawa :
01. Pakaian Sesuai
02. Baju Lengan Panjang
03. Seluar Panjang
04. Stoking
05. Kasut
06. Baju Hujan
07. Makanan
08. Minuman
09. Tisu Lap Keringat
10. Sarung Tangan
11. Kamera
12. Duit poket
13. Powerbank
14. Peti kecemasan
15. Duit Poket
16. Video Kamera

17. Kompas
18. Berdoa
19. Cermin mata hitam
20. Sunscreen
Pastikan anda tidak membuang sampah merata-rata sepanjang membuat pendakian ke IOI Peak ini dan bagi yang merokok tu kalau boleh janganlah merokok ketika mendaki ke bukit ini sebab tempat ini ada juga kanak-kanak, wanita dan juga orang yang sudah pun berumur, oleh itu tidak berapa bagus rasanya apabila anda merokok di tempat ini yang mana mungkin akan menyebabkan mereka yang lain terkena asap rokok tersebut.

Ulasan
Catat Ulasan