Langkau ke kandungan utama

IPG Gaya Sabah

Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Gaya merupakan salah sebuah Institut Perguruan Malaysia yang terdapat di Negeri Sabah dan IPGM Gaya terletak di Daerah Kota Kinabalu.

IPGM GAYA


Kredit Gambar : Wikimedia

Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Gaya merupakan salah sebuah IPGM yang terdapat di negeri Sabah. IPGM ini telah ditubuhkan pada 22 April 1963 nama institut ini pada masa itu adalah Maktab Gaya atau Gaya Teachers Training College. En. J.E. Todd merupakan orang pertama yang di lantik menjadi pengetua di Maktab Gaya pada masa tersebut.

Maktab Gaya telah dirasmikan pada 4Julai 1963 dan pembukaan maktab ini secara rasmi adalah pada 22 Julai 1963 yang oleh Sir William Goode yang jug merupakan Gabenor North Borneo Colony yang terakhir di negeri Sabah. Sejak dari awal penubuhan hingga tahun 1981, Maktab Gaya berada di bawah pengurusan Jabatan Pelajaran Negeri Sabah dan ia kemudiannya diselaraskan kesemua negeri dibawah satu Pengurusan Bahagian Pendidikan Guru (BPG) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).


IPGM Gaya terletak tidak jauh dari Bandar Kota Kinabalu iaitu cuma 2 km perjalanan sahaja dan ia terletak di kawasan seluas lebih kurang 19 ekar. Kini IPGM Gaya telah dalam pembinaan sebuah lagi bangunan baru yang akan dijadikan sebagai kampus mereka dan terletak cuma bersebelahan dengan bangunan yang ada sekarang.

Sebelum tahun 2005 Maktab Perguruan hanya memberikan program untuk Diploma Perguruan saja, namun selepas 13 Julai 2005 iaitu selepas Jemaah Menteri bersetuju untuk menaik taraf Maktab Perguruan kepada Institut Pendidikan Guru, maka dengan itu IPG boleh menjalankan program untuk Ijazah Sarjana Muda Perguruan.

Kemudian pada 6 Mei 2006 Maktab Perguruan telah secara rasminya dinaiktarafkan selaras dengan penjenamaan semula Maktab Perguruan yang mana membawa kepada pertukaran nama Maktab Perguruan kepada Institut Pendidikan Guru termasuklah Intitut Pendidikan Guru Kampus Gaya.

Pada 16 Januari 2009, sekali lagi semua Institut Pendidikan Guru di Malaysia telah dinaiktarafkan dan nama Institut Pendidikan Guru juga telah sekali lagi ditukar kepada Instiut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), ini termasuklah juga IPG Gaya yang telah ditukar nama kepada IPGM Gaya dan berada di pengurusan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut bolehlah menghubungi pihak pengurusan Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya di alamat seperti di bawah ini :

Alamat :
Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
Peti Surat 10491,
Poskod 88805,
Kota Kinabalu,

Sabah, Malaysia.
Tel : +6088-210646 / +6088-210979 / +6089-219530
Faks : +6088-217124

Ulasan