Langkau ke kandungan utama

IPG Kent Tuaran

Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kent Tuaran merupakan salah sebuah Institut Perguruan yang terdapat di Sabah dan merupakan yang tertua di Sabah dan ke-4 di Malaysia.

IPGM KENT TUARAN



Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Kent Tuaran merupakan Institut Pendidikan Guru yang terletak di Tuaran iaitu kira-kira 7 km atau 9 minit perjalanan dari Bandar Tuaran dan kira-kira 35 km dari Pusat Bandar Kota Kinabalu. IPGM Kent Tuaran merupakan IPG yang tertua di negeri Sabah yang telah memulakan operasinya pada 15 April 1952.

Ketika baru ditubuhkan, IPG Kent hanya menumpang di Trade School yang terletak di Menggatal Sabah sebelum berpindah ke kampus utamanya pada bulan Oktober 1952. Perasmian kampus utama IPG Kent telah disempurnakan oleh Duchess Of Kent Princess Marina pada 18 Oktober 1952. Pengajian awal di kampus baru ini bermula pada tahun 1953.


Sejarah penjenamaan IPG Kent Tuaran iaitu pada mulanya ia dikenali dengan nama Kent Teachers Training College (KTTC) dan kemudiannya ditukarkan kepada Maktab Pergurusan Kent Tuaran. Selepas itu nama Maktab Pergutuan Kent Tuaran ditukarkan sekali lagi kepada Institut Pendidikan Guru Kent Tuaran pada tanggal 6 Mei 2006 iaitu sempena penaiktarafan secara serentak semua Maktab Perguruan di seluruh Malaysia.

Sebelum tahun 2005 Maktab Perguruan hanya memberikan program untuk Diploma Perguruan saja, namun selepas 13 Julai 2005 iaitu selepas Jemaah Menteri bersetuju untuk menaik taraf Maktab Perguruan kepada Institut Pendidikan Guru, maka dengan itu IPG boleh menjalankan program untuk Ijazah Sarjana Muda Perguruan.

Kemudian pada 6 Mei 2006 Maktab Perguruan telah secara rasminya dinaiktarafkan selaras dengan penjenamaan semula Maktab Perguruan yang mana membawa kepada pertukaran nama Maktab Perguruan kepada Institut Pendidikan Guru termasuklah Intitut Pendidikan Guru Kampus Kent Tuaran.

Pada 16 Januari 2009, sekali lagi semua Institut Pendidikan Guru di Malaysia telah dinaiktarafkan dan nama Institut Pendidikan Guru juga telah sekali lagi ditukar kepada Instiut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), ini termasuklah juga IPG Kent yang telah ditukar nama kepada IPGM Kent dan berada di pengurusan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut bolehlah menghubungi pihak pengurusan Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kent di alamat seperti di bawah ini :

Alamat :
Institut Pendidikan Guru
Kampus Kent Tuaran
Peti Surat 2,
Poskod 89207,
Tuaran, Sabah
Tel : 088-788500
Faks : 088-788007

Ulasan