Langkau ke kandungan utama

Irunji Aquatourism Sakar Island

Irunji Aquatourism Sakar Island adalah satu tempat menarik di Sabah yang boleh anda datang kunjungi untuk bercuti apabila ada masa lapang sambil melakukan pelbagai aktiviti menarik di laut seperti mandi manda, berkayak, memberi makan ikan, memancing dan beberapa lagi aktiviti lain. Boleh datang ke sini beramai-ramai bersama ahli keluarga atau bersama rakan-rakan. Sebenarnya tempat ini telah pun beroperasi sejak tahun 1990 lagi sebagai sebuah pusat pelancongan atas laut yang mempunyai pusat ternakan ikan dalam sangkar sendiri dan terletak di Pulau Sakar dalam daerah Lahad Datu, lebih kurang 9 km atau kira-kira 10 minit perjalanan menaiki bot dari jeti maritim di Lahad Datu, Sabah.

IRUNJI AQUATOURISM


Kredit gambar : LDyou FB


Kredit gambar : Irunjiagrotourism

Kredit gambar : Irunjiagrotourism

Irunji Aquatourism Sakar Island merupakan salah satu tempat menarik dalam daerah Lahad Datu yang boleh anda kunjungi sekiranya ada kelapangan masa terutamanya ketika musim cuti seperti pada hujung minggu. Tempat ini terletak di Pulau Sakar jadi sudah tentulah suasananya lebih aman dan tenang jika mahu bercuti dan berehat di tempat ini sebab jauh dari kesibukan bandar, boleh datang ke sini bersama ahli keluarga atau rakan-rakan, lagi ramai lagilah seronok dapat melakukan pelbagai aktiviti bersama sambil menikmati pemandangan yang cukup indah di lautan terutamanya ketika waktu petang apabila matahari terbenam
. Tempat ini terletak di daerah Lahad Datu iaitu lebih kurang 9 km atau kira-kira 10 minit perjalanan menaiki bot laju dari jeti maritim di Lahad Datu, Sabah, oleh kerana tempat ini terletak di pulau dan memerlukan anda menaiki bot untuk ke sini maka sentiasalah patuhi segala peraturan yang telah dibuat oleh pihak pengurusan bot berkenaan untuk keselamatan anda sepanjang perjalanan di atas laut seperti sentiasa memakai jaket keselamatan dan jangan terlalu ramai dalam satu bot yang mungkin akan menyebabkan lebih muatan, kalau anda datang dalam kumpulan yang ramai sebaiknya sewalah beberapa bot untuk memuatkan jumlah penumpang yang sebenar dalam satu-satu bot tersebut agar lebih menjamin keselamatan anda. Nama tempat ini iaitu Irunji Aquatourism Sakar Island diambil sempena nama pengusahanya iaitu Encik Irunji Bin Parija dan aquatourism ini telah pun ditubuhkan sejak tahun 1990 lagi yang menjadi sebuah lokasi pelancongan dan juga merupakan sebuah pusat penternakan ikan dalam sangkar serta kandang. Sebagai sebuah pusat pelancongan dan sebuah pusat penternakan ikan di Sabah, maka tempat ini juga mendapat bantuan daripada Kerjaan Negeri Sabah melalui pihak Jabatan Perikanan Sabah dalam mengembangkan pusat penternakan ini. Kalau anda berminat untuk datang ke sini bercuti digalakkan untuk menghubungi terlebih dahulu pihak pengurusan aquatourism agar mereka dapat menyediakan apa juga keperluan untuk kegunaan anda di sini nanti.

Terdapat lebih daripada 30 buah sangkar ikan dan lebih daripada 20 buah kandang ikan yang terdapat di sini yang mana kebanyakkan dari ikan tersebut adalah seperti ikan putih, ikan keratang dan lain-lain lagi yang boleh anda lihat apabila datang berkunjung ke tempat ini nanti. Walaupun tempat ini berada di kawasan pulau tetapi anda tidak perlu risau sebab terdapat pelbagai kemudahan yang telah disediakan oleh pihak pengurusan tempat ini agar setiap pengunjung yang datang sentiasa berpuas hati dan merasa selesa sepanjang mereka berada di tempat ini sama ada mereka bermalam atau sekadar untuk lawatan sehari sahaja. Antara kemudahan tersebut ialah seperti bilik penginapan untuk siapa sahaja yang mahu ke sini dan bermalam tidak kira berapa lama pun, dalam bilik tu pun ada juga disediakan beberapa lagi kemudahan lain seperti tilam, katil, bantal, selimut dan lain-lain lagi. Penginapan yang ada ni tidaklah banyak oleh itu sekiranya anda mahu datang ke sini bermalam pastikan membuat tempahan lebih awal agar pihak di sini dapat menyediakan menyimpan penginapan untuk anda nanti. Biasanya bayaran yang akan dikenakan jika menginap di sini adalah sekali dengan aktiviti yang akan anda lakukan., ada pakej ditawarkan iaitu yang biasa dan ada premium jadi anda boleh pilih sahaja nanti ketika buat tempahan. Kemudahan lain yang ada disediakan ialah perkhidmatan pengangkutan yang mana pihak pengurusan tempat ini akan datang mengambil anda sama ada di Lapangan Terbang Lahad Datu atau pun terminal bas dan membawa terus ke jeti untuk menaiki bot ke Irunji Aquatourism Sakar Island, ini terutamanya bagi penduduk tempatan yang datang dari luar daerah dan juga pelancong yang datang dari dalam dan luar negara. Untuk perkhidmatan pengankutan ini anda perlulah memberitahu pihak pengurusan ketika membuat tempahan dan jangan lupa untuk memberitahu bilangan orang dalam kumpulan anda dan juga apa berapa banyak barangan keperluan yang dibawa agar mudah pihak pengurusan tempat ini sediakan kereta yang sesuai, kalau beritahu awal dapat juga mereka tahu tarikh dan masa anda sampai ke daerah ini untuk memudahkan mereka mengambil anda nanti di tempat yang telah ditentukan
.


Kemudahan surau juga ada disediakan di sini bagi memudahkan pengunjung yang mahu menunaikan kewajipan solat dan dengan adanya surau ni pengunjung tidak perlu risau lagi untuk mencari tempat solat sekaligus boleh berada di tempat ini dengan lebih lama. bagi wanita sebaiknya bawa telekung dari rumah agar lebih mudah tunaikan solat. Papan maklumat turut disediakan di sini bagi membolehkan orang atau pengunjung membaca maklumat mengenai ternakan ikan dalam sangkar dan juga kadang ikan yang ada di tempat ini seperti nama ikan, cara menternak dan cara penjagaan ikan tersebut, kalau anak-anak ikut bercuti ke sini pun dapatlah juga maklumat berguna untuk mereka ketahui. Di sini pun ada juga disediakan tempat makan dengan pelbagai jenis menu makanan termasuklah ikan panggang atau bbq. Kebanyakkannya lauk yang dihidangkan di sini adalah daripada pelbagai jenis ikan yang lebih segar sebab ikan tersebut hanya akan ditangkap dan dimasak ketika ada pengunjung yang mahu makan atau menjamu selera. Memang seronok dapat makan sambil melihat keindahan lautan yang terbentang luas dihadapan ditambah lagi dengan pelbagai hidangan lain seperti makanan tradisi suku kaum Bajau dan Suluk yang majoritinya tinggal di sekitar pulau ini. Apa pun untuk lebih memudahkan anda ketika berada di sini adalah lebih baik bawa sedikit duit poket untuk membuat pembayaran seperti makanan, minuman, aktiviti dan sebagainya. Tempat ini juga dikelilingi dengan jambatan yang mana ianya akan lebih memudahkan anda untuk melihat pelbagai jenis ikan yang ada diternak, selain itu jambatan ini juga ada yang mempunyai bumbung untuk mudahkan anda berlindung sambil melihat pemandangan di tempat ini tidak kira pagi, tengahari atau petang, dengan adanya jambatan ini juga bolehlah anda buat aktiviti memancing dengan lebih selesa. Banyak lagi kemudahan lain yang memang telah disediakan di sini untuk para pengunjung, jika anda ada pertanyaan mengenai kemudahan boleh terus hubungi sahaja pihak pengurusan tempat ini. Di bawah ini adalah antara beberapa barangan keperluan yang rasanya boleh anda bawa bila ke sini iaitu seperti

Barang di bawa :


01. Pakaian lebih
02. Baju mandi sesuai
03. Baju untuk aktiviti
04. Lampu suluh
05. Tuala mandi
06. Kamera
07. Powerbank
08. Ubat peribadi
09. Duit poket
10. Sejadah
11. Telekung
12. Selimut tidur
13. Sunscreen
14. Cermin mata hitam
15. Reload telefon
16. Sarung telefon kalis air

17. Topi (jika perlu)
18. Lain-lain yang perlu
19. Pancing sendiri
20. Umpan sendiri

Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh para pengunjung bila datang ke sini ialah seperti memancing ikan yang mana anda boleh memancing dari atas jambatan yang ada tetapi tidak pasti sekrianya mereka ada sediakan kemudahan pancing dan umpan untuk di sewa atau pun harus bawa sendiri, oleh itu anda sebaiknya bertanya terlebih dahulu pihak aquatourism ini untuk memastikannya jika anda ingin lakukan aktiviti memancing ikan ini. Selain itu anda juga boleh lakukan aktiviti mandi atau pun berenang di laut tetapi di kawasan yang dibenarkan sahaja dan anda boleh berenang bersama ikan yang ada di situ tapi sebaiknya jangan kacau ikan tersebut. Untuk aktiviti mandi dan berenang di laut ni pastikan anda pakai apa yang perlu terutamanya bagi kanak-kanak seperti pelampung dan yang paling penting ketika mandi dan berenang adalah utamakan keselamatan terlebih dahulu tidak kiralah anda adalah orang dewasa mahu pun kanak-kanak. Jangan biarkan anak anda mandi sendirian di laut tanpa pengawasan yang teliti daripada anda, patuhilah segala peraturan yang telah pun ditetapkan oleh phak pengurusan tempag ini agar keselamatan anda sekeluarga lebih terjamin. Selain itu di sini juga anda boleh lakukan aktiviti beri makan dalam sangkar dan kandang tetapi biasanya makanan ikan itu anda kena beli dari pihak di sini dengan kadar bayaran yang murah sahaja dan tidak boleh memberi makanan sembarangan kepada ikan tersebut. Aktiviti berkayak pun ada di sini jika anda berminat dan seperti biasa kalau buat aktiviti ini pakailah jaket keselamatan untuk lebih selamat, jumlah kayak mungkin tidak banyak jadi kalau waktu itu ada ramai pengunjung maka anda haruslah menunggu giliran untuk aktiviti tersebut, sambil tunggu giliran tu bolehlah berjalan bersiar-siar atas jambatan di sekitar tempat ini sambil melihat betapa indah pemandangan lautan terbentang luas serta pulau berhampiran dari tempat ini yang sudah pasti akan buat anda merasa kagum dan terpesona.

Anda juga mungkin berpeluang untuk ikut sama aktiviti menaiki bot berjalan mengelilingi pulau ini dan melihat beberapa kampung yang ada dalam pulau ini dan kalau bernasib baik mungkin akan dapat juga lihat beberapa hidupan liar lain seperti monyet belanda dan sebagainya. Tempat ini walaupun tidaklah besar mana tetapi memang cukup berpuas hati bila dapat datang lebih-lebih lagi dengan penduduk di sini yang begitu peramah khususnya pemilik Irunji Aquatourism Sakar Island. Apa juga aktiviti yang anda lakukan di sini pastikan utamakan keselamatan dengan mematuhi segala arahan yang telah dibuat atau ditetapkan dan pastikan jaga kebersihan tempat ini dengan tidak membuang sampah merata tempat terutama sekali ke dalam laut agar tempat ini sentiasa kelihatan bersih dan cantik sekaligus dapat juga menarik lebih ramai pengunjung pada masa akan datang.

Waktu operasi :
Sentiasa buka
Tempahan awal disarankan

Untuk bayaran masuk, membuat tempahan dan ingin membuat sebarang pertanyaan sebaiknya anda menghubungi terus dengan pihak pengurusan Irunji Aquatourism Sakar Island seperti alamat yang ada di bawah ini :

Hubungi :
Irunji Aquatourism Sakar Island
91100, Lahad Datu,
Sabah, Malaysia.
Telefon : +6018 965 0415
Website Fb :
Irunjiagrotourism


Ulasan