Tampakan Fish Farm merupakan salah satu tempat menarik di Sabah. Lokasi pelancongan ini terletak di daerah Kudat iaitu lebih kurang 10 minit perjalanan menaiki bot dari Jetty Marina, Kudat.
JAMES FISH FARM KUDAT
Kredit gambar : Fish Farm
James Fish Farm merupakan salah satu tempat menarik di Kudat yang sesuai dikunjungi oleh orang ramai yang sangat berminat dengan aktiviti laut dan juga makanan laut. James Fish Farm terletak di perairan laut daerah Kudat di Kampung Tampakan iaitu kira-kira 10 minit perjalanan menaiki bot dari Jetty Marina, Kudat. Tempat ini sudah beroperasi beberapa tahun namun belum ramai lagi yang tahu akan adanya tempat menarik ini, mungkin kerana lokasinya yang berada di perairan laut Kudat, jadi kalau anda sudah tahu akan adanya tempat ini bolehlah cuba datang ke sini untuk bila ada kelapangan atau masa cuti. Tempat ini sangat sesuai untuk yang berminat dengan aktiviti laut seperti berkayak, berenang atau snorkeling dan juga sudah semesti tempat yang sesuai mereka yang berminat untuk merasai makanan laut yang segar.
James Fish Farm ini sememangnya sangat menarik dan unik, kerana di sini anda boleh melakukan beberapa aktiviti laut seperti berkayak, berenang, atau snorkeling bersama ikan-ikan yang bersaiz besar dan jinak. Ikan tersebut tidak akan pergi ke tempat lain malah akan berenang berdekatan dengan anda apabila anda turun mandi dikawasan air laut yang telah disediakan khas untuk anda berenang. Ini sudah pasti akan memberikan anda sekeluarga satu pengalaman indah yang sukar untuk dilupakan. Selain dari aktiviti mandi atau berenang anda boleh bergambar di sini dengan berlatarbelakangkan pemandangan laut yang terbentang luas dan membiru dan bila petang pemandangan di sini sudah pasti akan menjadi lebih menarik lebih-lebih lagi dengan pemandangan matahari terbenam. Aktiviti paling menjadi pilihan orang ramai ke sini adalah makan makanan laut yang segar dengan pelbagai jenis masakan, anda hanya perlu pilih sahaja makanan laut apa yang dimahukan.
Walaupun tidak banyak aktiviti yang boleh anda lakukan di sini, namun dengan beberapa aktiviti yang disebutkan di atas tadi sudah pasti akan memberikan anda satu kepuasan dan pengalaman yang tidak dapat anda lupakan. Kalau anda mahu ke sini ketika musim cuti sebaiknya buatlah tempahan lebih awal sebab di sini boleh memuatkan hanya 60 orang sahaja dalam satu-satu masa, jadi untuk elakkan anda terlepas peluang bolehlah tempah awal sikit. Selain itu rancang perjalanan anda dengan baik, contohnya bawa beberapa barang keperluan yang dirasakan perlu di bawa untuk anda gunakan semasa berada di sini terutamanya jika anda bercadang untuk melakukan aktiviti laut. Antara barangan keperluan yang mungkin boleh anda bawa adalah seperti pakaian lebih dan juga pakaian mandi tutup aurat.
Walaupun tidak banyak aktiviti yang boleh anda lakukan di sini, namun dengan beberapa aktiviti yang disebutkan di atas tadi sudah pasti akan memberikan anda satu kepuasan dan pengalaman yang tidak dapat anda lupakan. Kalau anda mahu ke sini ketika musim cuti sebaiknya buatlah tempahan lebih awal sebab di sini boleh memuatkan hanya 60 orang sahaja dalam satu-satu masa, jadi untuk elakkan anda terlepas peluang bolehlah tempah awal sikit. Selain itu rancang perjalanan anda dengan baik, contohnya bawa beberapa barang keperluan yang dirasakan perlu di bawa untuk anda gunakan semasa berada di sini terutamanya jika anda bercadang untuk melakukan aktiviti laut. Antara barangan keperluan yang mungkin boleh anda bawa adalah seperti pakaian lebih dan juga pakaian mandi tutup aurat.
Kalau ada lagi yang tidak tersenarai di atas bolehlah bawa saja apa yang dirasakan perlu untuk di bawa agar dapat memudahkan perjalanan anda ke sini. Yang penting pastikan anda bawa pakaian mandi yang menutup aurat lebih-lebih lagi buat yang muslim sebab ia adalah kawasan terbuka yang memang ramai orang akan melihat anda berenang di laut. Selain itu pastikan juga bateri kamera cukup untuk anda mengambil gambar yang lebih banyak apabila berada di sini. Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk datang ke sini beramai-ramai bersama keluarga atau rakan untuk melihat bergambar, melakukan aktiviti laut, dan makan makanan laut yang segar dan sedap
Untuk ke sini, yang datang dari daerah Kudat boleh naik bas yang menuju ke kudat, selepas itu boleh ambil perkhimdtan teksi atau perkhidmatan e-hailing yang lain dan beritahu pemandu tersebut untuk hantar anda ke Jeti Marina yang bersebelahan dengan Kudat Golf & Marina Resort untuk ambil bot yang telah tempah untuk ke Fish Farm ini (pastikan anda sudah buat tempahan lebih awal supaya senang urusan). Kalau anda naik kenderaan sendiri boleh terus saja ke Jeti Marina dan cari tempat letak kereta yang sesuai dan selamat untuk letak kereta anda..
Waktu operasi :
Selasa - Ahad : 9 pagi - 6 petang
Bayaran masuk :
Dewasa (13 tahun ke atas) : RM160.00
Kanak-kanak (3-12 tahun) : RM80.00
Kanak-kanak (0-3 tahun) : Percuma
Harga adalah termasuk pengangkutan bot pergi dan balik, melakukan aktiviti laut dan juga termasuklah menikmati pelbagai jenis makanan laut. Namun harga di atas adalah tidak termasuk caj pelancongan dan insuran, jadi untuk pertanyaan caj pelancongan, insuran atau pertanyaan lain dan maklumat lebih lanjut bolehlah menghubungi pihak pengurusan James Fish Farm seperti alamat di bawah :
Alamat :
James Fish Farm
Kampung Tampakan Baru,
89050, Kudat,
Sabah, Malaysia.
Telefon : +6016 8300454 (Mr. Ray)
Telefon : +6019 8839663 (Mr. James Wong)
Website : facebook.com/jamesfishfarm/
Nota :
Nota :
01. Pakai jaket keselamatan ketika menaiki bot, walapun tidak jauh iaitu cuma 10 minit perjalanan saja tapi harus juga berhati-hati agar dapat menjamin keselamatan anda.
Ulasan
Catat Ulasan