Langkau ke kandungan utama

Jata Negeri Sabah

Jata Negeri Sabah merupakan lambang utama bagi Negeri Sabah. Reka bentuk Jata Negeri Sabah pada masa kini telah mula digunakan ketika Sambutan Hari Malaysia 16 September 1988.

JATA NEGERI SABAH


Jata Negeri Sabah merupakan lambang utama bagi Negeri Sabah selepas bendera yang juga menjadi kebanggaan, penyatuan dan perpaduan setiap masyarakat yang tinggal di Sabah tidak kira bangsa atau suku kaum. Jata ini juga merupakan lambang yang digunakan bagi Kerjaaan Negeri dan juga Pihak Berkuasa Tempatan lain di setiap daerah. Reka bentuk Jata Sabah yang digunakan pada sekarang ini telah mula digunakan ketika Sambutan Hari Malaysia pada 16 September 1988 iaitu tarikh yang sama dengan bendera terkini.

Jata ini terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu bahagian atas yang terdapat 2 gambar tangan dan juga bahagian utama (tengah) yang berbentuk perisai. 


Bahagian pertama :
Bahagian pertama iaitu pada bahagian atas yang mana terdapat 2 tangan yang sedang menjulang bendera negeri ianya adalah melambangkan perpaduan dan kerjasama dikalangan masyarakat pelbagai kaum di negeri ini untuk kemajuan dan kejayaan bersama. Manakala bagi 5 bentuk susunan warna negeri di bawah tangan tersebut adalah 
melambangkan 5 bahagian pentadbiran yang ada di negeri Sabah (Bahagian Pantai Barat, Bahagian Sandakan, Bahagian Tawau, Bahagian Kudat dan Bahagian Pedalaman).


Bahagian kedua :
Bahagian utama (tengah) jata yang berbentuk seperti perisai terbahagi kepada 2 bahagian bahagian atas yang menampilkan 3 warna iaitu biru muda, putih dan merah ia menunjukkan warna bendera negeri. Manakala bahagian bawah menonjolkan warna biru cerah berlatarbelakang lukisan Gunung Kinabalu tua melambangkan Gunung Kinabalu yang menjadi satu tanda kemegahan rakyat negeri ini. Dibawah bahagian utama jata diletakkan cogan kata atau moto bagi negeri Sabah iaitu 'SABAH MAJU JAYA' yang mana tulisannya berwarna putih dan berlatarbelakangkan warna merah.

Setiap penggunaan warna yang ada digunakan dalam Jata Negeri Sabah mempunyai atau mebawa maksud yang tersendiri iaitu :
 
Biru Muda :
Melambangkan keamanan dan kesejahteraan
 
Biru Tua :
Melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama

Biru Cerah :
Melambangkan perpaduan dan kemakmuran

Putih :
Melambangkan kesucian dan keadilan

Merah :
Melambangkan keberanian dan keyakinan

Ulasan