Langkau ke kandungan utama

Jeti Lagenda Kg Bambangan

Jeti lagenda kg Bambangan merupakan salah satu tempat menarik di Sabah yang boleh dikunjungi oleh orang ramai terutamanya yang minat dengan aktiviti mandi dilaut dan beberapa lagi aktiviti menarik lain sambil melihat keindahan lautan yang terbentang luas. Tempat ini sangat sesuai bagi mereka yang mahu mencari lokasi percutian dengan satu suasana yang menyeronokkan dan mempunyai pilihan sama ada mahu bermalam atau buat melawat harian sahaja iaitu pergi dan balik. Tempat ini terletak di Batu 11, Jalan Seguntor, Sandakan yang mana lebih kurang 25 km atau kira-kira 40 minit perjalanan dari Pusat Bandar Sandakan, Sabah.

JETI LAGENDA KG BAMBANGAN


Kredit gambar : KKawangjeti


Kredit gambar : KKawangjeti


Kredit gambar : KKawangjeti


Kredit gambar : KKawangjeti

Jeti lagenda kg Bambangan adalah salah satu tempat menarik di Sandakan yang boleh anda kunjungi sekiranya ada kelapangan masa untuk beriadah bersama ahli keluarga atau rakan-rakan terutama sekali bagi mereka yang sukakan aktiviti mandi di laut dan beberapa aktiviti menarik lain sambil mengambil gambar dan melihat pemdangan alam semulajadi khususnya lautan terbentang luas yang begitu indah. Kalau anda mencari tempat bercuti yang santai sama semasa dihujung minggu atau ketika cuti umum bolehlah datang ke tempat ini dan di sini anda boleh memilih sama ada untuk lawatan harian sahaja atau mahu bermalan di rumah penginapan yang ada disediakan di kampung ini. Jeti ini sebenarnya dibina bagi memudahkan para penduduk kampung ini untuk turun ke laut menangkap ikan terutama bagi yang bekerja sebagai nelayan, kemudian jeti ini telah dimajukan dan kini menjadi salah satu lokasi menarik di Sandakan yang sering menjadi tumpuan orang ramai apabila ada masa lapang terutamanya ketika hujung minggu yang sudah pasti akan ada ramai orang yang datang ke sini bersama ahli kelurga dan rakan-rakan mereka khususnya yang tinggal di sekitar daerah ini dan daerah berhampiran lain. Tempat ini terletak di Batu 11, Jalan Seguntor, Sandakan iaitu lebih kurang 25 km atau kira-kira 40 minit kalau dari Pusat Bandar Sandakan tetapi kalau boleh sebelum ke sini sebaiknya anda menghubungi terlebih dahulu pemilik tempat ini atau pihak pengurusan mereka untuk bertanya sekiranya mereka buka pada hari tersebut dan boleh terus membuat tempahan seperti penginapan, makanan laut dan sebagainya yang anda rasakan perlu dibuat tempahan sebelum datang agar ianya lebih memudahkan anda apabila sudah sampai ke tempat ini. Jeti ini terletak di kawasan Kampung Bambangan dan kebanyakkan penduduk di sini bekerja sebagai nelayan dan mereka semuanya adalah peramah jadi anda tidak perlu segan apabila berada di sini, boleh juga kalau mahu bercerita-cerita dengan mereka.

Sekiranya anda bercadang untuk datang ke sini dan ingin mandi di laut sebaiknya anda pastikan dahulu bila masa air pasang, kalau tidak pasti boleh hubungi pihak di pengurusan di sini untuk bertanya sebab kalau ke sini ketika air surut memang tidak berapa sesuai untuk aktiviti mandi di laut.Walaupun tempat ini berada jauh dari bandar dan berada dalam kawasan kampung terdapat juga pelbagai kemudahan yang telah disediakan oleh pihak pengurusan di sini agar dapat memastikan setiap pengunjung merasa berpuas hati dan berada dalam keadaan selesa sepanjang mereka berada di tempat ini bercuti dan juga sambil melakukan pelbagai aktiviti menarik yang ditawarkan.
Antara kemudahan yang terdapat di sini ialah seperti rumah penginapan tetapi jumlahnya adalah terhad oleh itu sekiranya anda ke sini dan ingin bermalam sebaiknya membuat tempahan lebih awal agar dapat memastikan ada lagi kekosongan pada tarikh dan masa yang anda pilih untuk datang, selain itu dengan membuat tempahan awal dapatlah juga pihak di sini mempersiapkan dan mengemaskan penginapan tersebut untuk anda. Dalam penginapan tu juga disediakan beberapa kemudahan seperti katil, tilam, kipas angin, bantal, selimuat dan beberapa lagi kemudahan asas lain seperti tandas dan bilik mandi. Jarang sebenarnya orang ke sini untuk bermalam sebab biasanya pengunjung yang datang ke sini adalah untuk lawatan harian sahaja iaitu pergi pagi dan balik petang. Selain itu di sini juga ada kemudahan pondok untuk disewa yang mana setiap pondok ini akan dilengkapi dengan tempat masak bbq dengan arang disediakan secara percuma dan bebas unntuk membawa makanan dan minuman daripad luar seperti membawa makanan sendiri dari rumah atau beli saja di restoran dan gerai makanan yang lain, kalau ke sini memang perlu untuk menyewa pondok ini sebab bukan sekadar untuk memasak sahaja tetapi dengan adanya pondok tersebut maka akan mudahlah anda meletakkan barangan anda dan dapat duduk berehat di sini sambil melihat menghayati keindahan lautan yang terbetang luas di hadapan anda.


Di sini juga ada disediakan kemudahan jaket keselamatan dan juga pelampung buat mereka yang mahu mandi di laut, anda sebaiknya menyewa kemudahan ini terutamanya jika ada membawa kanak-kanak ke sini dan mandi sebab jaket keselamatan dan pelampung ni memang sangat disarankan untuk memakai atau menggunakannya agar keselamatan anda atau anak anda lebih terjamin ketika melakukan aktiviti mandi air laut ini. Kadar harga sewa untuk pelampung adalah berbeza ikut saiz, oleh itu anda bolehlah pilih mana saiz pelampung yang sesuai untuk disewa, lepas selesai mandi pastikan pulangkan semula jaket atau pelampung tersebut kepada pihak pengurusan di sini. Terdapat juga kemudahan atau khidmat menyediakan makanan laut yang disediakan oleh pihak pengurusan di sini sekiranya anda berminat tetapi perlulah membuat tempahan lebih awal dan tempahan ini mungkin memerlukan bayaran deposit untuk memudahkan pihak di sini menyediakan apa juga jenis makanan laut yang anda mahukan. Gerai makan pun sebenarnya ada juga di sini yang menjual beberapa jenis menu makanan dan minuman yang penting anda pastikan bawa duit poket sedikit bila datang ke sini untuk memudahkan buat pembayaran. Kemudahan lain ialah tandas dan bilik persalinan untuk memudahkan pengunjung menukar pakaian yang basah selepas selesai mandi di laut dan mungkin juga boleh menyiram semula badan dengan air paip sebelum memakai pakaian kering. Pastikan jangan membuang sampah dalam tandas atau pun bilik persalinan tersebut termasuklah jangan mencontengnya agar kemudahan ini sentiasa kelihatan cantik dan bersih. Kalau anda mahu menyanyi di sini bolehlah sewa set karaoke yang ada disediakan, tetapi bila menyanyi tu kalau boleh jangan terlalu kuat bunyinya agar tidak terlalu mengganggu pengunjung lain yang mungkin mahu berehat dengan lebih tenang. Surau juga ada di tempat ini yang mana akan dapat memudahkan para pengunjung muslim menunaikan solat tanpa perlu risau untuk mencari tempat untuk menunaikan solat sekaligus dapat memberikan mereka lebih masa untuk melakukan aktiviti di sini dengan lebih lama. Di bawah ini adalah antara senarai beberapa kemudahan yang ada disediakan pihak pengurusan tempat ini :

Kemudahan :

01. Penginapan
02. Pondok
03. Tempat bbq
04. Surau
05. Tandas
06. Bilik persalinan
07. Tempat memancing
08. Set karaoke
09. Pelampung
10. Jaket keselamatan
11. Makanan laut
12. Gerai makan
13. Tempat letak kereta
14. Makanan ikan

Anda juga boleh membawa beberapa barangan keperluan sekiranya ingin datang ke sini agar ianya akan lebih memudahkan anda apabila berada di sini dan juga dapat menjimatkan lagi kos perbelanjaan anda bila datang ke tempat ini. Bawa barang yang dirasakan perlu sahaja untuk kegunaan sepanjang anda ada di tempat ini dari pagi sehingga petang atau mungkin juga jika anda bercadang untuk bermalam di sini. Apa pun senarai ni adalah cadangan sahaja, ianya terpulanglah pada anda sendiri barangan keperluan apa yang dirasakan perlu untuk di bawa.

Barang di bawa :

01. Makanan
02. Minuman
03. Topi
04. Payung
05. Cermin Mata Hitam
06. Sunscreen
07. Pakaian mandi
08. Ubat Peribadi
09. Duit Poket
10. Pancing
11. Pakaian lebih
12. Tempat hp kalis air
13. Kamera
14. Powerbank
15. Kipas usb
16. Telekung
17. Selipar


Terdapat beberapa aktiviti yang boleh anda lakukan apabila datang berkunjung ke Jeti Lagenda Kg Bambangan ini iaitu antaranya ialah mandi di laut yang sudah pasti sangat menyeronokkan dengan air lautnya yang jernih dan bersih, anda boleh mandi di sini sepuas hati yang anda mahukan tetapi untuk aktiviti mandi manda di laut sebaiknya anda memakai pakaian mandi yang sopan dan bagi yang muslim pakailah pakaian mandi yang menutup aurat sebab ketika mandi di sini akan bercampur dengan orang atau pengunjung lain yang akan turut sama mandi di lokasi yang telah dikhaskan untuk mandi tersebut, lagi pun tempat ini adalah terbuka yang sudah pasti akan ada ramai orang di sini tidak kira yang mandi atau yang berada di atas jeti sekitar tempat anda mandi.
Utamakan keselamatan sepanjang mandi di laut tidak kira anda tua atau muda sebab keselamatan adalah tanggungjawab anda sendiri, oleh itu sebaiknya pakai pelampung atau jaket keselamatan ketika melakukan aktiviti ini terutama sekali bagi mereka yang tidak tahu berenang dan kanak-kanak. Selain itu di sini juga anda boleh melakukan aktiviti memancing ikan sama ada ikan di kolam atau di laut, kalau mahu mancing di kawasan laut ada juga perkhidmatan menghantar dan mengambil anda menggunakan perahu yang disediakan pihak pengurusan tempat ini dengan kadar bayaran sekitar RM10 seorang, tapi kalau tidak mahu pergi jauh bolehlah mancing saja di kolam yang ada berhampiran tempat ini. Aktiviti memasak bbq juga adalah antara yang menarik di sini dan semua kelengkapan bbq ada disediakan di sini termasuklah arang, jika mahu buat bbq sebaiknyalah anda sewa pondok terlebih dahulu sebab dengan menyewa pondok ianya sudah termasuk sekali tempat bbq, jadi sudah pasti akan memudahkan anda memasak dan menjamu selera di pondok tersebut, untuk makanan basah pula boleh minta pihak di sini sediakan dengan kadar bayaran tertentu tetapi perlu buat tempahan lebih awal agar pihak mereka dapat menyediakan makanan laut yang anda inginkan untuk di masak nanti menggunakan kemudahan bbq.

Aktiviti lain ialah seperti memberi makan ikan yang ada di dalam sangkar tetapi untuk memberi makan ikan ni anda perlulah membeli makanan ikan yang disediakan di sini juga dan tidak dibenarkan bawa makanan daripada luar untuk diberikan makan ikan tersebut. Anda boleh melakukan aktiviti bernyanyi di sini menggunakan set karaoke yang boleh disewa dari tempat ini dan kalau berkaraoke tu haruslah juga bertimbang rasa dengan pengunjugn lain seperti tidak memasang karaoke terlalu kuat agar orang atau pengunjung lain dapat berehat dan bercuti dengan lebih selesa dan tenang sepanjang mereka ada di tempat ini tidak kira siang atau malam. Boleh juga bergambar di sini terutama sekali pada waktu petang iaitu ketika matahari terbenam yang mana sudah pasti akan menyajikan satu pemandangan yang cukup cantik dan indah lebih-lebih lagi suasana matahari terbenam di lautan yang terbentang luas. Apa pun jua aktiviti yang anda lakukan sepanjang berada di tempat ini pastikan utamakan keselamatan terlebih dulu sebab tempat ini adalah kawasan laut, terutama bagi mereka yang ada membawa anak kecil ke sini agar tidak ada perkara yang tidak diingini terjadi. Sentiasa jaga barangan berharga anda ketika berada di sini agar tidak hilang atau jatuh di laut dan yang penting ialah sentiasalah menjaga kebersihan tempat ni dan jangan membuang sampah ke laut sebab ianya akan menyebabkan pencemaran laut dan menjadikan laut menjadi kotor, di sini ada sudah disediakan tong sampah di beberapa lokasi jadi buanglah sampah anda ke dalam tong sampah tersebut agar laut serta tempat ini sentiasa kelihatan bersih dan dapat menarik lebih ramai lagi pengunjung datang pada masa hadapan.

Waktu operasi :
Setiap hari
8 pagi - 12 malam

Bayaran masuk :
RM2.00 : 7 thn ke atas
RM1.00 : 5-6 thn
Percuma : 4 thn ke bawah

Bayaran masuk ini tidak termasuk bayaran aktiviti dan sewa peralatan atau kemudahan, bayaran di atas juga mungkin boleh berubah ikut masa dan keadaan, oleh itu sebarang pertanyaan dan juga maklumat lebih lanjut boleh hubungi terus pihak pengurusan Jeti Lagenda Kg Bambangan di alamat seperti yang tertera di bawah ini :

Hubungi :
Jeti Lagenda
Kg Bambangan
Batu 11, Jln Seguntor,
9000, Sandakan,
Sabah, Malaysia.
Tel : +6016 814 1517
Tel :
+6019 530 6906
Web fb : KKAwangJeti

Ulasan