Jurassic Land Kiulu merupakan salah satu tempat menarik di Sabah. Taman yang bertemakan dinosaur ini terletak di daerah Tuaran, iaitu lebih kurang 48 minit perjalanan dari Kota Kinabalu, Sabah.
JURASSIC LAND KIULU
Kredit Gambar : Sabahtourism
Kredit Gambar : Sabahtourism
Jurassic Land Kiulu adalah salah satu tempat menarik di Tuaran yang boleh dikunjungi oleh peminat dinosaur zaman dahulu sekiranya mereka datang ke daerah Kota Kinabalu dan Tuaran. Taman ini menempatkan patung atau replika pelbagai jenis dinosaur dari zaman dahulu iaitu seperti T-Rex, Raptop dan sebagainya. Taman Jurassic Land ini mempunyai keluasan 3 ekar dan terletak di Kampung Bungalio Kiulu, Tuaran iaitu lebih kurang 36 km atau kira-kira 45 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Bandar Kota Kinabalu dan lebih kurang 14 km atau kira-kira 18 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pekan Tuaran.
Taman ini telah dimulakan pembinaanya pada tahun 2019, walaupun sudah siap awal sedikit namun oleh kerana masalah pandemik yang melanda seluruh dunia maka taman ini hanya dibuka kepada orang ramai pada hujung tahun 2021. Taman dinosaur ini dibina atas usaha 3 orang rakan kongsi iaitu Ady Kim, Sam Chan dan Jason Poi, oleh kerana minat yang tinggi pada dinosaur maka mereka telah berkongsi untuk membuat atau membina taman tema ini agar dapat dipamerkan kepada seluruah masyarakat atau pelancong sama ada dari dalam dan juga luar negara. Taman ini sangat sesuai untuk dikunjungi bersama keluarga terutama sekali ketika cuti sekolah atau cuti dihujung minggu dengan membawa anak-anak bersama yang mana ianya pasti akan membuatkan mereka gembira dan seronok melihat replika ini.
Di taman tema ini pengunjung akan dapat melihat beberapa jenis patung atau replika dinosaur yang dibina dengan menggunakan cara atau tenologi terkini yang lebih moden yang mana dengan teknologi cara moden yang digunakan ini maka patung atau replika dinosaur tersebut akan kelihatan boleh bergerak dan menunjukkan seakan-akan ia adalah seekor dinosaur yang sebenar sedang berjalan. Replika tersebut itu juga bukan setakat bergerak atau berjalan, malah pergerakan pada badan replika dinosaur-dinosaur ini menunjukkan seperti mereka senang melakukan aktiviti pernafasan iaitu dengan cara menarik dan menghembus nafas seakan-akan haiwan yang hidup yang sebenar. Anda pasti akan teruja apabila melihatnya begitu juga dengan anak-anak anda, tapi ada juga anak-anak yang jenis takut tengok bentuk dinosaur, tapi ianya pasti akan menghiburkan anda sekeluarga.
Dengan reka bentuk moden ini, maka ianya akan memberi satu pengalaman yang manis dan menarik buat pengunjung atau pelancong yang datang ke sini melihat dan bergambar bersama dinosaur. Pastikan juga kamera atau telefon anda penuh baterinya agar dapat mengambil gambar atau video dengan lebih banyak untuk dijadikan kenangan. Tapi yang penting juga adalah pada setiap replika dinosaur ini ada diletakkan maklumat mengenai dinosaur tersebut seperti namanya, jenis, dan lain-lain lagi. Ia adalah bertujuan agar anda bukan saja dapat melihat replika tersebut tetapi dapat juga maklumat yang berguna kepada anda terutamanya kanak-kanak, yang turut sama dapat ilmu dan pendidikan mengenai dinosaur tersebut. Jadi lawatan anda sekeluarga ke sini menjadi lebih berbaloi.
Selain daripada melihat replika dinosaur dan mengambil gambar atau video bersama dinosaur tersebut, terdapat juga akviti lain yang boleh anda lakukan bila berada di sini dan terdapat juga beberapa kemudahan yang telah pun di sediakan oleh pihak pengurusan taman ini buat para pengunjung yang datang berkunjung, dan antaranya adalah :
Aktiviti & Kemudahan :
1. Pertunjukkan dinosaur
2. Flying Zip-Line
3. Jumpoline
4. Circle 8 Park
5. Cafe
6. Tandas
7. Tapak letak kereta
8. Dan lain-lain lagi
Untuk ke sini, pelancong atau pengunjung sebaiknya memandu kenderaan anda sendiri atau kalau tiada kereta boleh juga menyewa kenderaan (yang penting anda ada lesen memandu). Ini adalah bagi memudahkan perjalanan anda ke sini dan seterusnya pulang semua ke tempat anda. Kalau memandu sendiri bolehlah melawat atau pun melancong ke tempat menarik yang lain di sekitar daerah Tuaran seperti ke Taman Buaya Tuaran dan lain-lain lagi.
Waktu operasi :
Setiap hari : 9 pagi - 6 petang
Persembahan dinosaur (Sabtu, Ahad & Cuti umum) :
Raptor : 10 pagi, 12 tengahari, 2 petang, 4 petang
T-Rex : 11 pagi, 1 petang, 3 petang, 5 petang
Persembahan dinosaur (Isnin-Jumaat) :
Raptor : 10 pagi dan 2 petang
T-Rex : 12 tengahari & 4 petang
Bayaran masuk (Sabtu, Ahad & Cuti umum) :
Dewasa (13 tahun ke atas) : RM35.00
Kanak-kanak (1-12 tahun) : RM25.00
Wargaemas (65 tahun ke atas) : RM25.00
Bayaran masuk (Isnin-Jumaat) :
Dewasa (13 tahun ke atas) : RM25.00
Kanak-kanak (1-12 tahun) : RM15.00
Wargaemas (65 tahun ke atas) : RM15.00
Bayaran dan juga waktu persembahan mungkin berubah mengikut keadaan semasa, jadi anda bolehlah menghubungi pihak taman ini atau tengok laman web mereka.
Alamat :
Dinosaur Theme and Cafe
Telefon : 013-838 8717
Website : facebook.com/jurassiclandkiulu/
Nota :

1. Anda harus bertanya kepada petugas taman ini sekiranya dibenarkan ataupun boleh memegang dan menyentuh mana-mana juga jenis dinosaur di sini.
Ulasan
Catat Ulasan