Langkau ke kandungan utama

Kakuom Hill Nabawan

Kakuom Hill atau Bukit Kakuom merupakan salah satu tempat menarik di Sabah yang boleh dikunjungi orang ramai khususnya para peminat aktiviti mendaki tidak kira sama ada penduduk di daerah kecil ini atau pun dari luar daerah termasuklah pelancong dari dalam dan luar negara yang datang ke Sabah dan khususnya ke Nabawan. Bukit ini terletak dalam daerah Nabawan iaitu lebih kurang 3 km atau kira-kira 8 minit perjalanan dari Pekan Nabawan dan lebih kurang 177 km atau kira-kira 3 jam perjalanan naik kenderaan dari Pusat Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah.

KAKUOM HILL


Kredit gambar : Bukit Kakuom


Kredit gambar : Bukit Kakuom


Kredit gambar : Bukit Kakuom

Kakuom Hill Nabawan merupakan merupakan salah satu tempat menarik di Nabawan yang berada di dalam Bahagian Pedalaman Negeri Sabah dan boleh dikunjungi oleh orang ramai khususnya kepada sesiapa yang berminat dengan aktiviti mendaki tidak kira anda penduduk tempatan di daerah ini atau pun mereka yang datang dari luar daerah dan pelancong dari dalam dan luar negara yang datang bercuti ke daerah Nawaban. Sekiranya anda mencari bukit untuk aktiviti mendaki dengan laluan yang mudah dan santai serta boleh melakukan aktiviti rekreasi bolehlah datang ke sini terutama sekali bagi mereka yang tinggal disekitar daerah ini dan daerah lain yang berhampiran, kalau datang dari jauh ke sini pun tidak menjadi masalah sebab lokasi bukit ini dekat sahaja dengan Pekan Nabawan jadi mudah untuk anda mencari tempat penginapan untuk bermalam di sini untuk pergi ke beberapa tempat menarik lain yang ada disekitar daerah Nabawan. Bukit Kakuom terletak dalam daerah Nabawan iaitu lebih kurang 3 km atau kira-kira 8 minit perjalanan dari Pekan Nabawan dan lebih kurang 177 km atau kira-kira 3 jam perjalanan naik kenderaan dari Pusat Bandaraya Kota Kinabalu, manakala bagi yang datang dari daerah Keningau pula jarak perjalanannya adalah lebih kurang 69 km atau kira-kira 1 jam perjalanan menaiki kenderaan dari Pusat Bandar Keningau, Sabah. Bukit ini adalah antara bukit yang popular di daerah ini kerana di puncak bukit ini yang menyajikan satu pemandangan yang cukup indah dan mengagumkan di tambah lagi dengan suasana pemandangan kabus diwaktu pagi yang menyelubungi suasana alam sekitar yang begitu menakjubkan. Jadi jangan lepaskan peluang anda ke bukit ini bila ada kelapangan masa dan bila anda berpeluang datang bercuti ke daerah Nabawan dan untuk ke puncak bukit ini anda boleh pilih sama ada mahu datang pagi atau petang sebab cuaca ketika itu lebih redup dan sejuk berbanding kalau datang semasa matahari masih berada di atas kepala yang sudah pasti cuacanya masih panas.

Sebelum ini kawasan di Kakuom Hill ini dikatakan merupakan salah satu lokasi yang menjadi tempat penduduk tempatan sekitar daerah ini untuk melakukan aktiviti rekreasi, bersantai dan juga melakukan pelbagai aktiviti kebudayaan tempatan. Selepas itu tempat ini dimajukan lagi sebagai salah satu lokasi yang menarik untuk aktiviti pendakian yang lebih santai dan boleh dilakukan oleh semua orang tidak kira tua atau muda. Sebenarnya belum dapat dipastikan lagi berapa ketinggian bukit ini tetapi bukit ini tidaklah begitu tinggi dan sangat sesuai untuk anda yang mungkin baru mula belajar mendaki, selain itu jarak perjalanan pun tidak terlalu jauh serta tidak mengambil masa yang lama untuk sampai ke puncak, jadi boleh dikatakan ianya adalah satu pendakian yang lebih santai sebab ada yang mengatakan boleh ambil masa lebih kurang 30 minit sahaja untuk perjalanan mendaki dan turun semula. Oleh kerana bukit ini mudah untuk didaki ada juga beberapa pendaki yang memilih untuk ke sini secara solo dan ada juga yang datang dalam berkumpulan, terpulanglah pada anda sendiri tetapi adalah lebih menyeronokkan apabila melakukan aktiviti mendaki dalam satu kumpulan yang ramai sebab tidak akan rasa sunyi dan mempunyai ramai kawan untuk bercerita sepanjang pendakian dan juga ketika berada di atas puncak bukit. Walaupun laluan mendaki Bukit Kakuom ini boleh dianggap mudah tetapi anda perlulah juga sentiasa berhati-hati sepanjang perjalanan mendaki ke puncak bukit dan juga ketika turun semula sebab laluan di sini adalah melalui kawasan hutan yang mungkin ada juga kawasan tertentu yang laluannya agak curam serta licin dan memerlukan perhatian lebih ketika melangkah di situ. Sebaiknya sebelum anda datang ke sini mendaki hubungilah terlebih dahulu pihak yang menguruskan tempat atau bukit ini melalu telefon atau laman sosial mereka untuk memastikan bukit ini dibuka untuk pendakian pada hari dan juga masa yang anda bercadang untuk datang nanti
.


Terdapat juga kemudahan tali yang disediakan di laluan yang agak curam untuk memudahkan pendaki memegang tali tersebut agar tidak tergelincir semasa mendaki atau ketika turun semula dari puncak, dan di puncak bukit ini ada dibina beberapa binaan dan arca untuk dijadikan sebagai tempat untuk pendaki ambil gambar agar ia kelihatan lebih menarik ditambah lagi dengan berlatarbelakangkan pemandangan alam semulajadi yang cantik serta terbentang luas dan sekiranya anda naik ke puncak pada waktu pagi pasti akan lebih menarik sebab ada kabus yang akan membuatkan gambar anda menjadi lebih menarik.
Selain itu pemandangan ketika waktu matahari terbenam pun sangatlah indah dan menawan dari puncak bukit ini tetapi jika anda ingin berada di puncak ni untuk tunggu matahari terbenam pastikan janganlah lupa untuk membawa lampu suluh yang cahayanya terang agar mudah untuk berjalan turun dari puncak bukit ini nanti. Apabila anda bercadang untuk ke sini mendaki buatlah persiapan lebih awal seperti apa yang harus dipakai dan apa barang keperluan yang perlu di bawa nanti agar perjalanan mendaki anda di sini berjalan dengan lebih lancar tanpa sebarang masalah. Antara keperluan yang siapkan ialah seperti memakai baju lengan panjang dan seluar panjang agar lebih mudah untuk elak daripada digigit nyamuk ketika berjalan di kawasan hutan, tetapi kalau mahu pakai baju lengan panjang tidak menjadi masalah sebab terpulang pada keselesaan anda. Selain itu boleh pakai topi atau turup kepala agar dapat lindungi dari panas dan juga dari terkena najis burung ketika berada di kawasan hutan yang sudah pasti akan ada banyak spesis burung di hutan tersebut. Pastikan anda memakai kasut bila ke sini mendaki dan jangan pakai selipar, kasut tu pula lagi bagus yang memang sesuai untuk mendaki seperti adidas kampung yang biasa disebut dan digunakan oleh penduduk di negeri ini untuk mendaki bukit, tapi terpulanglah pada anda mahu pakai kasut apa yang penting ia sesuai untuk mendaki dan tidak mudah tergelincir di tempat yang curam dan licin. Bila pakai kasut tu pakailah juga stoking dan kalau ada stokin anti lintah bolehlah pakai untuk berjaga-jaga sahaja sebab mana tahu di kawasan hutan tu ada pacat atau lindah.

Walaupun bukit ini tidak tinggi tetapi sudah pastilah rasa penat dan lelah ada apabila membuat aktiviti mendaki, oleh itu anda bolehlah beli tongkat untuk mendaki atau boleh juga gunakan kayu sahaja tapi pastikan kayu tersebut tahan dan tidak mudah patah, dengan adanya tongkat ini ianya akan memudakan anda begerak dengan lebih selesa dan tidak cepat terasa penat atau lelah terutama pada bahagian kaki dan lutut, kalau anda memang minat aktiviti mendaki maka adalah lebih baik beli sahaja tongkat untuk mendaki sebab ianya lebih tahan serta dapat digunakan untuk jangka masa panjang. Jangan lupa untuk membawa air minuman sekurang-kurangnya 1.5 liter macam air mineral yang botol besar tu atau ikut dari anda sendiri mahu bawa berapa banyak yang penting janganlah terlalu banyak sebab kalau banyak agar menyukarkan anda mengangkatnya sebab terlalu berat sekaligus akan menyebabkan kesukaran untuk anda membuat pendakian kerana cepat penat apabila mengangkat beg yang berat. Makanan pula boleh bawa makana ringan atau kuih muih untuk isi perut sikit bila sudah sampai di puncak agar dapat menambahkan tenaga sebelum turun semula dari puncak bukit ini nanti. Persiapan keperluan lain yang boleh anda bawa adalah lampu suluh seperti yang disebutkan di atas tadi iaitu jika anda bercadang ke sini untuk melihat suasana pemandangan matahari terbenam pastikanlah membawa lampu suluh yang mempunyai cahaya yang agak terang agar mudah untuk anda jalan turun sebab pada masa itu suasana sudah menjadi agak gelap. Oleh kerana pemandangan di sini memang cantik jangan lupa untuk pastikan cas bateri kamera atau telefon anda penuh bila ke sini dan kalau ada powerbank bolehlah bawa sekali sebab rugi rasanya jika tidak mengambil banyak gambar kenangan di sini terutamanya bagi anda yang datang dari jauh sebab lokasi bukit ini jauh di pedalaman dan entah bila lagi dapat datang ke sini, jadi bila sudah ada di sini janganlah sia-siakan masa dan peluang anda untuk mengambil gambar di sini dan bolehlah juga dikongsikan dengan rakan lain yang belum ada kesempatan datang. Berikut di bawah ini adalah antara barang boleh di bawa :

Barang dipakai/bawa :

01. Baju lengan panjang

02. Seluar panjang

03. Pakai kasut

04. Pakai stokin

05. Kasut

06. Baju hujan

07. Makanan

08. Minuman

09. Lampu suluh

10. Sarung Tangan

11. Kamera

12. Duit poket
13. Powerbank
14. Ubat peribadi
15. Tali
jika perlu
16. Sapu tangan/Tisu
17. Duit poket
18. Kompas
19. Wisel kecemasan
20. Topi/tutup kepala
21. Beg kalis air
22. Telefon

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lebih lanjut anda bolehlah terus menghubungi atau membuat pertanyaan dengan pihak yang menguruskan Bukit Kakuom Nabawan ini melalui laman sosial mereka seperti alamat di bawah ini :

Web Fb : Kakuom Hill


Ulasan