Kamagi Riverside Retreat merupakan salah satu tempat menarik di Sabah yang terletak di daerah dalam Penampang iaitu lebih kurang 13 km dari Bandar Penampang, Sabah.
KAMAGI RIVERSIDE RETREAT
Oleh kerana penginapan di sini lebih kepada suasana desa jadi rumah penginapannya biasa sahaja dan tidaklah mewah seperti hotel besar atau lain-lain penginapan, jadi sekiranya anda bercadang mahu ke sini janganlah meletakkan harapan yang tinggi seperti tinggal di hotel yang ada tab mandi, pancuran air panas atau sejuk untuk mandi dan tidak ada penghawa dingin. Tetapi jangan risau sebab cuaca di sini pun sejuk jadi tidak ada penghawa dingin pun tidak jadi masalah sebab anda akan dapat tidur dengan nyaman, selesa dan lebih penting adalah kawasannya yang tenang. Selain daripada menginap anda juga mungkin boleh melakukan beberapa aktiviti menarik di sini iaitu seperti mandi-manda di sungai, bersiar-siar di kawasan kampung ini, memasak barbeque, memasang unggun api, pergi melihat rama-rama dan lain-lain lagi. Kalau bersiar-siar di kawasan kampung tu kena hati-hati sikit sebab kadang ada anjing garang sikit yang mungkin akan mengejar anda.
Alamat :
Kamagi Riverside Retreat merupakan salah satu tempat yang menarik di Penampang, tempat ini adalah sebuah kawasan rumah penginapan (homestay) yang bertemakan penginapan desa dan ia terletak di Kampung Kibunut Penampang iaitu lebih kurang 13 km atau kira-kira 20 minit perjalanan dari Bandar Penampang dan lebih kurang 30 km atau kira-kira 50 minit perjalanan dari Pusat Bandaraya Kota Kinabalu. Penginapan ni adalah milik penduduk tempatan yang tinggal berhampiran dengan tempat ini juga dan tempat ini sangat sesuai kepada mereka yang ingin mencari penginapan di kawasan desa yang mana ianya adalah lebih tenang dan aman tanpa sebarang bunyi bising seperti bunyi kenderaan. Ada juga penduduk yang tinggal di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu yang datang ke sini ketika hujung minggu untuk tenangkan fikiran bersama keluarga.
Lokasinya yang berada di kawasan desa, maka tempat ini sememangnya adalah tenang terutamanya pada waktu malam dan anda hanya akan dengar bunyi cengkerik dan bunyi air sungai yang mengalir di kawasan berhampiran penginapan ini. Tapi kalau malam masih awal tu suasana tidaklah begitu sunyi sebab masa tu orang lain yang menginap di sini atau penduduk kampung masih lagi duduk bercerita-cerita di luar sambil masak bbq dan menjamu selera. Kalau hujung minggu tempat ni memang ramai orang datang tapi bukan untuk bermalam, mereka hanya datang untuk buat aktiviti beriadah di kawasan berhampiran dengan sungai. Selain itu tempat ini juga dikelilingi dengan hutan tropika yang menghijau dan pasti akan membuatkan udara di sini adalah lebih segar serta terdapat juga beberapa kebun buah-buahan tetapi ingat ya kebun ini adalah milik orang lain di kampung ini jadi tidak boleh sesuka hati ambil buah tersebut.
Oleh kerana penginapan di sini lebih kepada suasana desa jadi rumah penginapannya biasa sahaja dan tidaklah mewah seperti hotel besar atau lain-lain penginapan, jadi sekiranya anda bercadang mahu ke sini janganlah meletakkan harapan yang tinggi seperti tinggal di hotel yang ada tab mandi, pancuran air panas atau sejuk untuk mandi dan tidak ada penghawa dingin. Tetapi jangan risau sebab cuaca di sini pun sejuk jadi tidak ada penghawa dingin pun tidak jadi masalah sebab anda akan dapat tidur dengan nyaman, selesa dan lebih penting adalah kawasannya yang tenang. Selain daripada menginap anda juga mungkin boleh melakukan beberapa aktiviti menarik di sini iaitu seperti mandi-manda di sungai, bersiar-siar di kawasan kampung ini, memasak barbeque, memasang unggun api, pergi melihat rama-rama dan lain-lain lagi. Kalau bersiar-siar di kawasan kampung tu kena hati-hati sikit sebab kadang ada anjing garang sikit yang mungkin akan mengejar anda.
Terdapat juga beberapa kemudahan yang ada disediakan oleh Kamagi Riverside Retreat ini untuk para pengunjung yang mahu datang ke tempat ini sama ada yang datang untuk lawatan sehari atau yang menyewa penginapan untuk bermalam. Kemudahan yang disediakan adalah untuk memastikan tetamu khususnya yang menginap mendapat keselesaan dan kepuasan apabila bermalam dan menginap di tempat in. Antara kemudahan yang disediakan ialah :
Kemudahan :
01. Penginapan
02. Elektrik
03. Bilik mandi
04. Tandas
05. Tempat bbq
06. Tempat unggun api
07. Dapur masak
08. Tempat letak kereta
09. Wifi 500mbps
10. Pondok rehat
Bagi anda yang mahu ke sini, perlu ambil perhatian bahawa di sini tidak ada liputan rangkaian telefon, jadi memang sukar untuk anda membuat panggilan biasa menggunakan telefon bimbit, tetapi anda tidak perlu risau sebab anda masih boleh berhubung melalui perkhidmatan internet seperti voice call, video call atau melalui media sosial sebab pihak Kamagi Riverside Retreat ada menyediakan kemudahan internet wifi percuma dengan kelajuan yang tinggi iaitu 500mbps tapi perlu tambah sikit bayaran semasa mula masuk ke sini. Jadi bolehlah anda menggunakan perkhidmatan wifi ini melayari internet untuk berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan.
Jangan lupa juga untuk membawa barang-barang keperluan ingin anda ingin gunakan jika ingin ke sini dan bermalam. Antara barangan yang perlu anda bawa ialah seperti bahan masakan untuk dimasak di dapur atau bbq, makanan ringan, minuman, lampu suluh, pemetik api untuk diguna hidupkan unggun api, peralatan gosok gigi, peralatan mandian termasuklah seperi sabun serta tuala, dan jangan lupa bawa duit lebih sikit untuk membeli barang yang kurang. Untuk memasak sama ada gunakan dapur atau bbq serta untuk menghidupkan unggun api sebaiknya anda bertanya dan minta kebenaran dahulu dengan pihak pengurusan penginapan ini.
Oleh kerana agak sukar untuk mendapatkan bas yang melalui atau masuk ke kampung ini, jadi anda disarankan untuk memandu kenderaan sendiri, atau boleh menyewa teksi dan e-hailing yang lain. Ini adalah bagi memudahkan perjalanan pergi dan balik anda dari tempat ini dan memudahkan anda untuk membawa barang-barang keperluan atau pergi membeli barang keperluan sekiranya ada yang kurang. Di sini sebenarnya anda boleh buat pilihan iaitu sama ada ingin bermalam atau pun cuma datang untuk beriadah di tepi sungai, jadi ia terpulang kepada anda untuk memilihnya.
Waktu operasi :
Lawatan sehari : 9 pagi - 6 petang
Bermalam : Daftar masuk 2 petang
Bayaran penginapan :
Bayaran penginapan :
Buat tempahan awal
Sebarang pertanyaan, maklumat lanjut dan membuat tempahan boleh menghubungi pihak pengurusan Kamagi Riverside Retreat seperti alamat di bawah ini :
Alamat :
Kamagi Riverside Retreat
Kampung Kibunut,
Kampung Kibunut,
Ulasan
Catat Ulasan