Langkau ke kandungan utama

Kasih Sayang Hill Resort

Kasih Sayang Hill Resort merupakan salah satu resort menarik di Sabah yang bertaraf 3 bintang dan resort ini terletak di dalam daerah Kota Kinabalu iaitu lebih kurang 25 km jaraknya daripada Pusat Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah.

KASIH SAYANG HILL RESORT


 Kredit gambar : Kasihsayangresort


 Kredit gambar : Booking

Kasih Sayang Hill Resort merupakan salah satu resort yang terletak di daerah Kota Kinabalu Sabah yang bertaraf 3 bintang dan resort ini terletak di kawasan tanah tinggi yang berketinggian 2400 kaki dari paras laut dan mempunyai suhu di antara 18°c hingga 23°c mengikut keadaan tertentu juga. jadi kalau ketika matahari berada di atas memang cuaca agak panas sikit tapi kalau redup memang tempat ni menjadi sejuk ditambah lagi dengan tiupan angin yang segar dari atas bukit ini. Resort ni sebenarnya terletak di Kampung Sinagang Bukit Kokol, Menggatal dan ianya tidak jauh dari Pusat Bandaraya Kota Kinabalu, iaitu cuma lebih kurang 25 km atau kira-kira 36 minit perjalanan menaiki kenderaan saja. Oleh kerana lokasinya yang tidak begitu jauh dari pusat bandar, maka resort ini adalah antara yang menjadi pilihan orang ramai untuk datang bercuti kerana resort ini mempunyai kawasan yang lebih tenang dan jauh dari kesibukan bandar serta bunyi bising serta, selain itu di sini juga menawarkan satu pemandangan yang cukup indah dan menarik tidak kira pemandangan waktu siang atau pemandangan pada waktu malam dengan cahaya bintang yang bersinar.

Resort berada di tempat kawasan tanah tinggi iaitu di Bukit Kokol, tetapi anda tidak perlu risau sebab sebab terdapat banyak kemudahan dan perkhidmatan yang telah pun disediakan kepada khas buat para pengunujung atau tetamu yang datang ke resort tidak kira untuk lawatan sehari atau menginap di sini dalam beberapa hari. Antara kemudahan atau perkhidmatan yang disediakan ialah pertama iaitu di sini ada penginapan jenis yang disediakan sebanyak 20 bilik yang mampu menampung 40 orang tetamu dalam satu-satu masa, dari bilik ni pun anda dapat melihat keindahan pemandangan di Bukit Kokol serta kawasan sekitarnya dengan tumbuh-tumbuhan alam semulajadi yang menghijau. Selain itu ada juga kemudahan restoran di sini yang menyajikan pelbagai jenis menu makanan untuk anda pilih dan restoran ni mampu memuatkan 80 orang dalam satu-satu masa dengan kawasan dek restoran itu yang menghadap ke arah pemandangan alam semulajadi termasuklah pemandangan Gunung Kinabalu dan pemandangan Bandaraya Kota Kinabalu pada waktu malam dengan dipenuhi cahaya yang cantik, dan restoran dinamakan Restoran Cloud 9 yang sudah sememangnya terkenal di kalangan orang atau pun penduduk tempatan khususnya di Kota Kinabalu
.


Bagi yang berminat untuk mengadakan majlis, acara atau mesyuarat anda boleh juga memilih tempat ini sebagai lokasi anda kerana di sini ada disediakan 3 bilik yang boleh dipilih untuk mengadakan sebarang majlis atau mesyuarat. Bilik-bilik ini dilengkapi dengan beberapa peralatan antaranya seperti projektor bersama skrin, P.A Sistem, tempat berucap, papan putih, peralatan untuk menulis dan juga beberapa peralatan lain yang anda perlukan untuk acaran tersebut. Sekiranya anda teringin membuat majlis atau mesyuarat di sini pastikan menempah lebih awal dengan memberitahu perakra tersebut kepada pihak pengurusan resort agar pihak resort dapat memastikan ada kekosongan pada tarik dah masa yang anda pilih dan juga dapat mempersiapkan segala keperluan dan perlatan yang majlis anda itu nanti. Di sini ada juga disediakan kemudahan untuk BBQ tapi itu perlu anda bertanya dahulu dengan pihak di sini sekiranya mereka benarkan, serta tanya jika mereka ada sediakan peralatan BBQ sekali, jika mereka benarkan dan ada menyediakan peralatan pastikan anda membeli makanan basah awal-awal untuk di bawa ke sini memasak. Perkhidmatan atau kemudahan lain iaitu di sini ada disediakan wifi percuma dan juga tempat letak kereta secara percuma.

Selain itu, pihak resort juga ada menyediakan perkhidmatan untuk shuttle lapangan terbang bagi sesiapa yang ingin diambil dari lapangan terbang untuk ke resort ini dan juga menghantar semula ke lapangan terbang seletah tamat percutian dari sini. Tetapi ini perlu anda beritahu lebih awal dengan pihak resort iaitu ketika anda mula membuat tempahan atau mendaftar masuk. Sebelum terlupa di resort ni semua kawasan adalah di larang merokok ya, jadi kalau anda ingin merokok boleh cari atau bertanya dengan kakitangan di sini kawasan yang telah disediakan khas untuk merokok. Kelengkapan bilik dan termasuk peralatan untuk mandi juga ada disediakan iaitu seperti air pancuran mandi, pengering rambut, tab mandi, selipar, almari pakaian, cerek air elektrik dan bermacam-macam lagi. Untuk kemudahan keselamatan pihak resort menyediakan perkhidmatan pengawal keselamatan 24 jam, cctv 24 jam di luar penginapan dan di kawasan umum. Pasar mini juga ada di sini untuk anda membeli beberapa keperluan yang dirasakan untuk digunakan, jadi anda tidaklah lagi perlu berjalan jauh. Untuk lebih ringkas saya senaraikan sedikit ringkasan kemudahan dan perkhidmatan yang ada :

Kemudahan/Perkhidmatan :

01. Penginapan 20 bilik
02. Dewan majlis/acara
03. Bilik mesyuarat
04. Tempat letak kereta
05. Wifi percuma
06. Pengawal keselamatan 24 jam
07. Kaunter pendaftaran 24 jam
08. Restoran
09. Kemudahan BBQ
10. Peralatan buat kopi di bilik
11. CCTV 24 jam luar penginapan & umum

Sekiranya anda bercadang untuk datang bercuti di resort ni pastikan jangan lepaskan peluang untuk lakukan aktiviti yang boleh dilakukan di sini agar curi anda lebih menarik dan dapat minat anda lagi untuk datang ke sini. Antaranya aktiviti yang boleh anda buat ialah seperti seperti bergambar dengan pemandangan alam semulajadi yang menghijau seperti Gunung Kinabalu dan juga pemandangan yang menghadap ke Bandaraya Kota Kinabalu. Bagi rombongan pelajar yang mahu datang ke sini untuk melakukan aktiviti pun boleh juga sebab di sini ada disediakan pakej aktiviti untuk para pelajar tetapi perlu ada surat rasmi daripada pihak sekolah ya, antara aktiviti untuk pelajar ialah menoreh getah, kasih sayang trails, membuat lukisan batik, membuat teh tarik dan juga belajar membuat roti canai. Aktiviti lain ialah pergi ke tempat menarik lain yang ada berhampiran dengan resort ini dan juga Kota Kinabalu khususnya, iaitu antara tempat adalah seperti :

Tempat menarik berhampiran :

01. Air Terjun Kionsom
02. Taman Awam Teluk Likas
03. Taman Tun Fuad Stephen
04. Menara Tun Mustapha
05. Kota Kinabalu Wetland
06. Muzium Negeri Sabah
07. Mari-Mari Culturan Village
08. Masjid Bandaraya Kota Kinabalu
09. 1Borneo Hypermall
10. Menara Jam Atkinson
11. Signal Hill Observatory
12. KK Esplanade
13. Green Cottage Trading

Sekiranya anda mahu ke sini dari Kota Kinabalu sebaiknya anda memandu kenderaan sendiri untuk lebih memudahkan perjalanan pergi dan balik anda dari tempat ni, atau anda juga boleh memilih jika ingin menyewa perkhidmatan e-hailing dan menghantar anda ke sini. Pilihan lain ialah dengan tempah pengangkutan daripada pihak resort yang akan mengambil dan menghantar anda daripada lapangan terbang. Sebenarnya mana-mana saja pun boleh anda pilih cara untuk ke sini yang penting percutian anda ke sini berjalan dengan lancar.

Untuk sebarang maklumat yang lebih lanjut anda bolehlah menghubungi pihak pengurusan Kasih Sayang Hill Resort di alamat seperti di bawah ini.

Kasih Sayang Hill Resort
Kampung Sinagang,
Bukit Kokol Menggatal,
88450, Kota Kinabalu,
Sabah, Malaysia.
Telefon : +6011 6510 0866 (resort)
Telefon : +6016 833 3856 (pejabat)
Email : reservation@kasihsayang.com.my
Website : Kasih Sayang Hill Resort

Ulasan