Kg. Sangkir (Pemandangan Gunung Kinabalu) adalah salah satu tempat menarik di
Sabah yang sangat sesuai orang ramai kunjungi untuk melihat pemandangan Gunung Kinabalu yang begitu indah dengan suasana padi yang terbentang luas disamping jalan raya yang dibina lurus menghadap ke arah Gunung Kinabalu. Kebanyakkan pengunjung datang ke sini pada waktu awal pagi ataupun sebelah petang sebab kalau tengahari memang agak panas tidak ada pokok untuk berteduh kecuali ada beberapa buah pondok dan tempat ini terletak di Kg. Sangkir iaitu lebih kurang 8.4 km atau kira-kira 13 minit perjalanan saja kalau naik kereta dari Pekan Kota Belud, bagi yang datang dari Pusat Bandaraya Kota Kinabalu pula jaraknya adalah sekitar 75 km atau kira-kira 1 jam 30 minit perjalanan menaiki kenderaan.
KG. SANGKIR
Kredit gambar : Anisnurfarhana
Kredit gambar : Anisnurfarhana
Kredit gambar : AnisnurfarhanaKredit gambar : Anisnurfarhana
Kg. Sangkir (Pemandangan Gunung Kinabalu) merupakan salah satu tempat menarik
di Kota Kinabalu yang sangat sesuai untuk dikunjungi sekiranya ingin melihat pemandangan Gunung Kinabalu dengan begitu jelas disamping pemandangan sawah padi yang terbentang luas. Suasana yang tenang dan juga udara yang segar turut menjadikan tempat antara tumpuan utama penduduk disekitar daerah Kota Belud dan kawasan sekitarnya untuk berjalan bersiar-siar pada waktu pagi atau petang untuk melihat sendiri keindahan alam semulajadi yang cantik dan indah. Kawasan jalan raya Kg. Sangkir ni adalah tempat umum jadi anda boleh ke sini pada bila-bila masa sahaja untuk melihat keindahan alam semulajadi tidak kira pagi atau petang dan tempat ini terletak di dalam daerah Kg. Sangkir, Kota Belud iaitu lebih kurang lebih kurang 8.4 km ataupun kira-kira 13 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pekan Kota Belud dan sekitar 75 km atau kira-kira 1 jam 30
minit perjalanan menaiki kenderaan sekiranya datang dari Pusat Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Tempat ini selalu dipenuhi orang ramai pada waktu petang terutama sekali ketika hujung minggu untuk duduk santai bersama keluarga atau rakan-rakan dan untuk ke sini adalah lebih baik untuk memandu kereta sendiri agar lebih memudahkan perjalanan pergi dan balik anda dari tempat ini. Keindahan suasana tempat ni sememangnya sering diperkatakan orang ramai hinggakan ada yang mengungkapkan pemandangan tempat ini terlihat sebagai suatu lukisan disebabkan pemandangan sawah padi di sini yang terbentang luas dengan berlatarbelakangkan pemandangan yang begitu indah Gunung Kinabalu dari kejauhan sana, memang tidak rugi sekiranya dapat datang ke sini untuk melihat serta merasai sendiri suasananya lebih-lebih lagi tidak ada sebarang bayaran pun yang akan dikenakan jika datang ke tempat ini sebab ia adalah kawasan umum. Cuma perlu ambil perhatian untuk sentiasa menjaga keselamatan diri serta keluarga sepanjang berada di tempat ini sama ada ketika bergambar atau ketika meletakkan kereta di tepi jalan.
Ramai orang yang datang ke sini mengambil gambar dengan duduk dan berdiri di atas jalan raya agar gambar yang diambil kelihatan lebih cantik dan menarik sebab jalan raya di Kg. Sangkir ini lurus dan di depannya memaparkan pemandangan indah Gunung Kinabalu yang begitu jelas. Oleh itu tidak hairan bila mana ada juga orang yang membawa kerusi lipat yang biasa digunakan berkhemah untuk duduk santai di jalan raya atau tepi jalan raya sambil bergambar dan melihat pemandangan khususnya pada waktu petang sebab cuaca pada waktu ini adalah lebih redup dan tidak terlalu panas. Tetapi berdiri atau duduk di jalan raya ini tidak berapa digalakkan demi keselamatan terutamanya jika waktu itu terdapat banyak kereta melalui jalan tersebut. Mungkin boleh duduk sekejap sahaja untuk mengambil gambar kemudian cepat-cepat berlalu dari situ dan cari tempat yang lebih selamat sambil menikmati keindahan alam semulajadi. Di sekitar kawasan ini terdapat juga pondok yang mungkin dibina oleh pesawah padi dan anda boleh gunakan pondok tu untuk mengambil gambar sekiranya cuaca masih agak panas waktu itu, tetapi pastikan jangan rosakkan atau membuang sampah di pondok tersebut, ambil gambar daripada pondok ini pun memang cantik sebab boleh ambil sekali gambar pemandangan sawah padi yang mana terbentang luas di sekitar tempat ini. Kalau mahu datang ke sini sebaiknya pastikan cuaca adalah cerah agar pemdangan Gunung Kinabalu dapat dilihat dengan jelas sebab sekiranya cuaca waktu itu mendung atau hujan biasanya kabus akan menutupi pemandangan gunung jadi tidak berapa menarik untuk anda mengambil gambar waktu tersebut. Ramai juga dikalangan orang ramai yang lebih berminat untuk ke sini pada waktu awal pagi untuk melihat keindahan pemandangan sewaktu matahari terbit, tetapi anda perlulah membuat perjalanan awal untuk datang ke sini sekiranya mahu melihat sendiri matahari terbit terutama sekali bagi mereka yang datang dari jauh seperti dari Kota Kinabalu atau dari mana juga daerah lain di sekitar negeri ini.
Selain daripada aktiviti mengambil gambar yang merupakan antara tujuan utama orang ramai ke sini ialah anda juga boleh berjoging di jalan raya Kg. Sangkir ini yang udaranya cukup segar dan bersih sebab jauh dari pekan atau bandar, dengan jalan rayanya yang lurus jauh sudah pastilah ianya sangat sesuai untuk aktiviti berjoging tidak kira pada waktu pagi atau petang, selain daripada berjoging ada juga yang datang ke sini untuk melakukan aktiviti berbasikal sepanjang jalan tersebut, sama juga seperti mereka yang berjoging, kebanyakkan yang berbasikal juga melakukan aktiviti ini pada waktu pagi atau petang, oleh itu sentiasalah berhati-hati ketika melakukan aktiviti berjoging dan berbasikal sebab di sini mungkin akan ada ramai orang yang berada di jalan atau tepi jalan pada masa tertentu seperti hujung minggu. Utamakan keselamatan sepanjang anda berjoging atau berbasikal terutama sekali jika anda ada membawa anak bersama melakukan aktiviti tersebut sebab mungkin ada kereta yang melalui jalan raya ini dan ada juga pengunjung lain yang meletakkan kereta mereka di tepi jalan. Sangat seronok dapat berjoging dan berbasikal di sini sambil tu boleh minta kawan anda mengambil video atau gambar ketika buat aktiviti ini dengan satu pemandangan yang cukup menakjubkan, kalau pandai ambil video dan juga gambar di sini memang sudah pasti akan menampakkan seolah-oleh anda sedang bergambar di kawasan luar negara dan boleh juga dikongsikan gambar tersebut di media sosial kepada rakan yang mungkin belum ada kesempatan datang ke sini dan seterusnya pasti akan menarik minat mereka unguk datang ke sini pada masa hadapan nanti. Ketika anda berjoging dan berbasikal pastikan jangan membunag sampah di sepanjang jalan raya atau tepi jalan tersebut agar tempat ini sentiasa terlihat bersih serta cantik dan akan turut menarik lebih ramai lagi pengunjung ke sini tidak kira mereka yang datang negeri ini sendiri atau pelancong dari dalam dan luar negara yang melancong ke Sabah khususnya ke Kota Kinabalu dan Kota Belud, selain daripada itu kalau boleh jangan merokok di kawasan ini agar pengunjung lain dapat menghirup udara yang lebih bersih dan segar.
Sekiranya anda mahu lepak atau santai di sini untuk menunggu sehingga matahari terbenam sebaiknya membawa penyembur atau penghalau nyamuk sebab tempat ini adalah dikelilingi kawasan sawah padi jadi pada waktu matahri terbenam tu mungkin akan ada banyak nyamuk kecualilah anda duduk dalam kereta sahaja pada waktu tu. Selain itu kalau mahu duduk santai sambil makan dan minum yang ringan bolehlah bawa meja kecil jenis lipat dan kerusi lipat yang biasa orang berkhemah gunakan tetapi jangan duduk di atas jalan raya atau ditepi jalan raya sebaliknya boleh masuk sikit jalan yang ada simpang ke sawah padi agar keselamatan anda lebih terjamin.
Waktu operasi :
Sentiasa buka
Ulasan
Catat Ulasan