Kima merupakan salah satu makanan tradisional di Sabah. Makanan atau hidangan ini adalah makanan tradisi bagi suku kaum Bajau, terutamanya yang tinggal di sebelah Pantai Timur Sabah.
KIMA
Kredit Gambar : Cookwifme
01. Kima (terpulang banyaknya)
02. Bawang merah
03. Bawang putih
04. Serbuk kunyit
05. Lada merah besar
06. Halia
07. Minyak masak
08. Sedikit air
09. Garam secukup rasa
10. Sayur (terpulang sayur apa)
Cara penyediaanya :
01. Sebaiknya bersihkan terlebih dahulu kima dan selepas cuci boleh juga untuk celupkan kima ke dalam air panas agar baunya dapat dihilangkan.
02. Kemudian hiris atau potong kecil-kecil kima, terpulanglah pada cita rasa anda macam mana bentuk atau saiz yang anda mahukan sama ada kecil atau besar.
03. Selepas itu, hiris atau potong bahan-bahan lain tadi seperti bawang merah, bawang putih, halia, lada merah (yang besar), kunyit dan juga sayur.
04. Naikkan kuali dan panaskan minyak (sebaiknya jangan terlalu kuat hidupkan api). Goreng bahan-bahan lain tersebut sehingga ianya naik bau.
05. Selepas semua bahan-bahan yang digoreng tadi menaikkan bau, bolehlah masukkan kima dan gaul-gaulkan kemudian boleh letak sedikit saja air dan garam secukup rasa.
01. Pastikan kima dicuci bersih terlebih dahulu
02. Guna air panas untuk hilangkan baunya
03. Kalau makan mentah jangan lupa perahan limau
04. Boleh tambah cili padi jika mahu lebih pedas
Kima merupakan salah satu makanan tradisional di Sabah. Ia adalah makanan tradisi bagi suku kaum Bajau yang sangat popular terutamanya yang tinggal di sebelah Pantai Timur Sabah seperti di Daerah Sandakan, Tawau, Semporna, Lahad Datu dan juga Tawau. Oleh kerana ramai dikalangan suku kaum Bajau di daerah-daerah Pantai Timur Sabah yang tinggal di perkampungan atas air maka kebanyakkan daripada mereka adalah bekerja sebagai nelayan, oleh itu tidak hairanlah sekiranya terdapat pelbagai jenis masakan atau makanan laut yang diperkenalkan oleh suku kaum berkenaan termasuklah juga kima yang begitu banyak dijual di pasar basah terutamnya di daerah Semporna.
Kima adalah sejenis kerang laut yang biasanya terdapat di pinggit laut dan ia bersembunyi celah-celah batuan di dasar laut. Terdapat beberapa jenis atau spesis kima yang berlainan saiz kerana ada yang besar dan kecil. Tetapi yang biasanya dibuat hidangan adalah kima dari spesis kima bohe, lapiran dan sollot-sollot kerana kima spesis ini adalah yang bersaiz kecil dan lebih mudah diperolehi kerana ramai yang menternaknya didalam sangkar. Kima boleh di makan mentah dan ia akan masak melalui perahan air limau saja sama seperti makanan tradisional lain yang menggunakan isi ikan mentah. Tapi tidak ramai yang suka makan mentah walaupun dengan perahan limau kerana masih ada bau lagi jadi mereka akan masak terlebih dahulu seperti di tumis.
Jadi terpulang pada anda sama ada mahu makan mentah atau pun memasak terlebih dahulu. Untuk menghidangkan makanan ini, di sini ada beberapa cara jika mahu makan mentah atau masak. Bagi yang mahu makan mentah boleh ikut cara di bawah ini :
Cara-cara makan mentah :

01. Bersihkan kima (celup di air panas hilangkan bau)
02. Ambil isinya dan potong kecil-kecil
03. Letakkan beberapa biji lada yang dipotong
04. Perah beberapa biji limau nipis
05. Campurkan rempah ratus
06. Gaulkan hingga sebati
07. Biar beberapa minit untuk perahan limau meresap
08. Hidang dan makan
Bagi yang tidak berapa suka makan mentah dan mahu memasaknya terlebih dahulu bolehlah ikut cara dibawah dengan menggunakan bahan-bahan seperti berikut :
Bahan-bahan :
02. Ambil isinya dan potong kecil-kecil
03. Letakkan beberapa biji lada yang dipotong
04. Perah beberapa biji limau nipis
05. Campurkan rempah ratus
06. Gaulkan hingga sebati
07. Biar beberapa minit untuk perahan limau meresap
08. Hidang dan makan
Bagi yang tidak berapa suka makan mentah dan mahu memasaknya terlebih dahulu bolehlah ikut cara dibawah dengan menggunakan bahan-bahan seperti berikut :
Bahan-bahan :
01. Kima (terpulang banyaknya)
02. Bawang merah
03. Bawang putih
04. Serbuk kunyit
05. Lada merah besar
06. Halia
07. Minyak masak
08. Sedikit air
09. Garam secukup rasa
10. Sayur (terpulang sayur apa)
Cara penyediaanya :
01. Sebaiknya bersihkan terlebih dahulu kima dan selepas cuci boleh juga untuk celupkan kima ke dalam air panas agar baunya dapat dihilangkan.
02. Kemudian hiris atau potong kecil-kecil kima, terpulanglah pada cita rasa anda macam mana bentuk atau saiz yang anda mahukan sama ada kecil atau besar.
03. Selepas itu, hiris atau potong bahan-bahan lain tadi seperti bawang merah, bawang putih, halia, lada merah (yang besar), kunyit dan juga sayur.
04. Naikkan kuali dan panaskan minyak (sebaiknya jangan terlalu kuat hidupkan api). Goreng bahan-bahan lain tersebut sehingga ianya naik bau.
05. Selepas semua bahan-bahan yang digoreng tadi menaikkan bau, bolehlah masukkan kima dan gaul-gaulkan kemudian boleh letak sedikit saja air dan garam secukup rasa.
07. Selepas kima dan sayur-sayur dan tersebut kelihatan masak dan lembut bolehlah angkat dan hidang untuk dimakan semasa ianya masih panas agar lebih sedap.
Nota :
Nota :
01. Pastikan kima dicuci bersih terlebih dahulu
02. Guna air panas untuk hilangkan baunya
03. Kalau makan mentah jangan lupa perahan limau
04. Boleh tambah cili padi jika mahu lebih pedas
05. Tambah perisa kalau mahu tambah rasanya.
Ulasan
Catat Ulasan