Kinabalu Pine Resort merukan salah sebuah resort peranginan yang menarik terletak di dalam daerah Kundasang, Ranau yang menyajikan pemandangan cantik dan indah, resort ini terletak berhampiran dengan saja dengan Pekan iaitu lebih kurang 1.1 km atau kira-kira 3 minit perjalanan naik kenderaan.
KINABALU PINE RESORT
Kinabalu Pine Resort merupakan salah sebuah resort peranginan yang
boleh anda jadikan sebagai satu pilihan untuk tempat percutian anda kerana lokasinya strategik yang mana resort ini berhampiran dengan Gunung Kinabalu sudah sudah pasti dapat menyajikan pemandangan menakjubkan, selain itu cuaca di sini yang sejuk dan diliputi tumbuh-tumbuhan alam semula jadi menjadikan udara di sini lebih segar dan bersih. Resort ni berada tidak jauh dari Pekan Kundasang iaitu lebih kurang 1.1 km atau pun 3 minit perjalanan sahaja untuk sampai, kalau dari Bandar Ranau pula lebih kurang 13 km iaitu sekitar 20 minit perjalanan menaiki kereta, tapi kalau dari Kota Kinabalu memang jauh sikit iaitu jaraknya 93 km atau mengambil masa sekitar 1 jam 40 minit untuk sampai. Resort ini telah dibina pada tahun 1995 lagi dan dengan semakin ramainya pengunjung yang datang ke sini tidak kira pengunjung tempatan atau pelancong dari dalam dan luar negara maka pihak resort telah membuat pengubahsuian pada tahun 2011 agar dapat memenuhi keperluan daripada para tetamu yang datang. Kedudukan resort ni yang berada di atas kawasam tanah tinggi menjadikannya lebih menarik kerana dapat melihat dengan jelas kawasan sekitar Kundasang dan kalau mahu jalan-jalan ke pasar atau Pekan Kundasang pun tidak jadi masalah jika berjalan kaki sebab jaraknya tidak jauh. Kinabalu Pine Resort juga pernah dapat beberapa pencapaian atau pengiktirafan iaitu seperti Pengiktirafan Kecemerlangan oleh HotelsCombined pada tahun 2017, Pengiktirafan Kecemerlangan dalam Perkhidmatan Hotel kategori 2 bintang ketika Majlis Anugerah Pelancongan Malaysia 2005/2006 dan Juara Anugerah Landskap Negara pada tahun 2000.
Resort ni boleh dikatakan sentiasa mempunyai ramai tetamu sepanjang tahun jadi tidak hairanlah ianya mampu bertahan hingga ke hari ini, ini bukan sahaja disebabkan lokasinya yang strategik tetapi juga resort ini sentiasa menambahbaikkan dan mempertingkatkan mutu perkhidmatan dan kemudahan yang ada agar ianya sentiasa dapat memenuhi kehendak para tetamu yang datang ke sini sama ada mereka adalah penduduk tempatan negeri ini atau pun pelancong dari dalam dan luar negara. Dengan adanya kemudahan dan perkhidmatan akan dapat memberikan keselesaan kepada tetamu sekaligus mereka akan merasa berbaloi dengan percutian mereka ke sini, dan dengan pekhidmatan yang baik juga sudah tentulah akan dapat menarik minat tetamu yang pernah datang ke sini untuk terus memilih resort ini sekali lagi sekiranya mereka datang bercuti di Sabah khususnya di Kundasang. Antara kemudahan dan perkhidmatan yang ada disediakan di sini ialah penginapan yang diperbuat daripada kayu dan terdapat lebih kurang 64 bilik kesemuanya yang boleh anda pilih sebagai tempat penginapan, mana-mana bilik pun rasanya sangat sesuai untuk kerana ianya selesa dan lebih-lebih lagi pemandangan daripada bilik pun sangat menakjubkan yang mana dari ini anda akan dapat melihat Gunung Kinbalau dengan begitu jelas di hadapan mata. Setiap bilik juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti kipas angin, air botol minuman percuma, telefon, almari pakaian, bangku serta meja, bagi yang malas mahu kemas bilik boleh dapatkan khidmat bersihkan bilik yang disediakan oleh pihak resort dan khidmat bersihkan bilik ni dibuat setiap hari, oleh itu anda masa yang ada bolehlah and agunakan untuk lakukan aktiviti untuk penuhi percutian anda di sini, kemudahan penghawa dingin juga ada di bilik, tapi tempat ni memang sudah sejuk lebih-lebih lagi ketika musim hujan atau ketika waktu malam dan awal pagi jadi kalau tidak mahu guna penghawa dingin bolehlah guna kipas saja yang telah disediakan.
Kemudahan lain dibilik ialah pengering rambut, seterika, kelengkapan tandas, pancuran mandian panas, peralatan untuk buat minuman segera seperti kopi atau teh, televisyen satelit, beranda atau balkoni yang boleh anda duduk lepak bersama keluarga sambil minum kopi dan melihat pemandangan Gunung Kinabalu yang tersergam indah, dan lain-lain lagi kemudahan yang telah disediakan di dalam bilik. Apa pun perlu ingat bahawa bilik di sini ni adalah kawasan yang dilarang merokok, jadi kalau anda mahu merokok boleh cari tempat yang dikhaskan dan boleh bertanya dengan kakitangan yang bertugas pada masa tersebut. Kemudahan lain yang ada di resort ini ialah internet wifi percuma yang disediakan agar para tetamu dapat terus berhubung dengan keluarga, rakan atau pun kawan sekerja, kemudahan internet ni ada di semua kawasan resort termasuklah di bilik, jadi dengan adanya kemudahan ini dapatlah anda berkongsi gambar kegembiraan percutian anda di sini dengan memuat naik ke laman sosial yang mungkin akan dapat menarik minat mereka untuk datang juga ke sini pada masa akan datang. Sesiapa yang mahu menjamu selera tu tidak perlu lagi pergi jauh kerana di sini pun ada disediakan restoran yang menyediakan pelbagai jenis menu makanan sama ada makanan tempatan negeri ini, makanan di Malaysia atau pun makanan antarabangsa termasuklah makanan yang halal. Kalau tidak mahu makan di restoran anda boleh gunakan kemudahan BBQ yang disediakan di sini untuk masak makanan yang anda suka tapi perlu bertanya dahulu dengan pihak resort sekiranya mereka menyediakan juga makanan yang basah untuk di masak, kalau mereka tidak sediakan maka anda perlu beli sendiri makanan tersebut. Apa pun terpulang pada anda mahu pilih yang mana yang penting dapat menjamu selera di sini dengan lebih tenang dan gembira sambil melihat keindahan pada waktu malam yang indah.
Kemudahan Dewan Serbaguna juga ada disediakan di sini bagi mereka yang ingin membuat acara atau majlis seperti majlis perkahwinan, majlis harijadi, mesyuarat, seminar, konvensyen dan sebagainya, yang mana dewan ni dapat menampung sehingga 150 orang dalam satu-satu masa, Jika anda mahu sewa dewan ni ianya tidak semestinya perlu bermalam di resort ni sebab anda mungkin boleh menyewa dewan ni ketika untuk lawatan sehari bagi melaksanakan majlis atau acara tersebut. Tapi anda perlulah membuat tempahan dewan tersebut lebih awal agar dapat memudahkan pihak resort memeriksa jika ada kekosongan tempat pada masa dan tarikh yang anda pilih dan jika anda tempah awal dapatlah juga pihak resort menyediakan dan mengatur segala keperluan serta peralatan untuk menyempurnakan majlis anda itu nanti. Bagi yang ingin membeli barang keperluan yang mungkin ada kekurangan bolehlah ke kedai runcit yang ada di sini dan yang mahu beli barangan cenderahati untuk di bawa pulang ke tempat asal masing-masing nanti boleh ke kedai cenderahati yang juga ada di sini, kedai cenderahati ni banyak menjual barang yang berkaitan dengan negeri ini seperti pakaian yang bercorakkan kebudayaan etnik atau masyarakat Sabah, kraftangan buatan tempatan serti beg dan scarves, rantai kunci yang ada gambar Gunung Kinabalu atau orang utan, barang perhiasan seperti Mutiara Sabah dan lain-lain lagi. Kalau beli di sini cenderhati tu mungkin adalah lebih baik daripada beli di luar sebab keasliannya adalah lebih di jamin contohnya untuk membeli Mutiara Sabah. Kalau anda bawa sedikit saja pakaian ke sini, tidak perlu risau sebab di sini ada disediakan khidmat dobi dan cucian kering jadi anda bolehlah gunakannya agar dapat menjimatkan masa ketika berada di sini, lagi pun tidak perlu lagi bawa baju kotor balik ke rumah nanti bila sudah tapat percutian. Selain itu kemudahan shuttle lapangan terbang juga turut ada di sediakan oleh pihak resort bagi memudahkan mereka yang datang dari jauh ke negeri ini menaiki kapal terbang, jadi anda tidak perlu risau lagi tentang pegangkutan untuk ke resort ini. Secara ringkasnya di sini adalah beberapa kemudahan yang ada disediakan pihak resort :
Kemudahan/Perkhidmatan :
01. Bilik penginapan
02. Dewan/bilik acara
03. Kedai runcit
04. Kedai cenderahati
05. Internet percuma
06. Restoran
07. Kemudahan OKU
08. Alat buat kopi
09. Kemudahan BBQ
10. Shuttle lapangan terbang
11. Air botol minum percuma
12. Pengering rambut
13. Televisyen & telefon
14. CCTV kawasan umum
15. Pengawal keselamatan 24 jam
16. Tempat letak kereta
17. Pancuran mandian
18. Penghawa dining & kipas
19. Almari pakaian
20. TV & telefon
Bila anda datang ke resort ni untuk bercuti terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan sama ada ia aktiviti yang disediakan oleh pihak resort atau pun aktiviti yang anda sendiri lakukan seperti lawatan ke beberapa tempat menarik. Antara aktiviti yang ada disediakan oleh pihak resort adalah seperti bermain golf yang akan diaturkan oleh pihak resort yang mana jaraknya adalah lebih kurang 3 km ke padang golf ni. Seterusnya adalah aktiviti bermain di taman, yang ni pula adalah taman permainan yang telah dibina khas untuk kanak-kanak, jadi kalau anda bawa anak bercuti ke sini bolehlah bawa mereka ke taman permainan ni untuk menggembirakan hati mereka. Selain itu anda juga boleh lakukan aktiviti berjalan atau bersiar-siar di sekitar kawasan resort sambil melihat keindahan alam semula jadi yang begitu indah dengan udara yang segar, sambil tu bolehlah juga mengambil gambar atau berselfie dengan berlatarbelakangkan pemandangan Gunung Kinabalu, kalau cuaca cerah pasa masa tu memang akan nampak jelas gunung tersebut jadi gambar anda pun akan kelihatan lebih menarik, kalau cuaca sejuk seperti musim hujan biasanya bahagian puncak gunung tidak berapa kelihatan sebab terlindung oleh kabus yang tebal, tapi masih nampak cantik juga sebab ianya menggambarkan seolah-olah anda sekarang sedang berada di luar negara. Di sini ada juga disediakan aktiviti seperti karaoke tetapi biasa ia hanya dibuka pada waktu malam sahaja iaitu dari jam 9 malam hingga 11.30 malam, untuk karaoke anda perlu tempah awal sebab ia adalah terhad jadi siapa cepat dialah yang terlebih dahulu gunakan. Selain daripada aktiviti yang disediakan pihak resort seperti di atas ni, anda mungkin boleh melakukan aktiviti lawatan peribadi sendiri bersama keluarga tapi lebih baik jika ada kenderaan sendiri sebab dapat melawat tempat menarik disekitar Kundasang dan Ranau seperti :
Tempat menarik berhampiran :
01. Desa Cattle Dairy Farm
02. Poring Hot Spring
03. Kundasang War Memorial
04. Mendaki Bukit Sosodikon
05. Taman Negara Kinabalu
06. Puncak Ramitan
07. Tagal Sg. Moroli Fish Spa
08. Pekan Nabalu
09. Timpohon Gate
10. Ranau Paragliding
11. Strawberry Farm
12. Mont K Skybike
13. Alpaca Club
14. Ladang Teh Sabah
15. Bukit Sumang
16. Ranau Rabbit Farm
17. Gerai Sayur Kundasang
18. BW Bus Restaurant
19. Gunung Kinabalu Golf Club
Untuk anda yang mahu lihat kemudahan dan perkhidmatan lain disediakan oleh pihak resort ni bolehlah layari laman web rasmi Kinabalu Pine Resort atau boleh saja terus telefon pihak pengurusan resort ini untuk bertanya sebarang pertanyaan jika ada yang anda ingin tahu. Kalau anda mahu datang bercuti ke sini dari Kota Kinabalu boleh ambil bas di Terminal Bas Bandaraya Utara yang terletak di Inanam lebih kurang 10 km dari Pusat Bandaraya Kota Kinabalu, dari Inanam anda naik bas yang menuju ke Pekan Kundasang selepas sampai tu boleh sewa teksi atau perkhidmatan e-hailing lain untuk ke sini. Kalau datang dari daerah lain iaitu daerah di Pantai Timur Sabah seperti Sandakan, Tawau, Lahad Datu, Semporna dan lain-lain lagi tu boleh ikut bas yang melalui Pekan Kundasang dan seperti biasa beritahu selepas sampai boleh sewa teksi atau perkhidmatan e-hailing lain untuk ke sini. Pilihan terbaik ialah memandu kereta sendiri terus ke sini atau kalau tidak ada kereta boleh dapatkan sewa kereta yang penting anda mempunyai lesen yang sah atau anda boleh gunakan kemudahan shuttle lapangan terbang yang disediakan oleh pihak resort.
Untuk sebarang maklumat yang lebih lanjut anda bolehlah menghubungi pihak pengurusan Kinabalu Pine Resort di alamat seperti di bawah ini.
Kinabalu Pine Resort
Kampung Kundasang
89300, Kundasang,
Sabah, Malaysia.
89300, Kundasang,
Sabah, Malaysia.
Telefon : +6088 889 388
Telefon : +6088 889 488
Email : reservation@kinabalupineresort.com
Website : Kinabalu Pine
Telefon : +6088 889 488
Email : reservation@kinabalupineresort.com
Website : Kinabalu Pine
Ulasan
Catat Ulasan