Langkau ke kandungan utama

Kinilau

Kinilau merupakan salah satu makanan tradisional di Sabah. Kinilau adalah makanan tradisi bagi suku kaum Bajau di Sabah terutama sekali di mereka yang tinggal di sebelah Pantai Timur Sabah.

KINILAU

Kredit Gambar : Ohhsempornaku

Kinilau atau juga dikenali dengan nama kilau adalah salah satu makanan tradisional di Sabah. Makanan ini ialah makanan tradisi bagi suku kaum Bajau dan Suluk terutamanya mereka yang tinggal di sebelah Pantai Timur Sabah seperti di Semporna, Sandakan, Lahad Datu dan Tawau. Kinilau ini juga lebih kurang dengan makanan tradisional Kadazan-Dusun iaitu Hinava yang menggunakan isi ikan sebagai bahan utama dalam hidangan ini, cuma mungkin ada sedikit perbezaan dari segi bahan dan cara penyediaannya saja.

Isi ikan yang biasanya digunakan untuk membuat kinilau atau kilau ini adalah seperti ikan tenggiri, ikan alu-alu dan lain-lain lagi. Isi ikan itu tidak perlu di masak, tapi jangan risau walaupun ikan tersebut tidak dimasak ia tetap boleh juga dimakan sebab isi ikan tersebut boleh di masak dengan perahan limau dan cuka yang diletakkan pada isi ikan. Yang penting sebelum buat hidangan ini pastikan bersihkan ikan tersebut dengan bersihnya termasuk buang tulang dan isi perutnya, senang cerita ambil bahagian isinya saja, yang lain-lain tu jangan masukkan.


Antara bahan-bahan yang biasanya digunakan untuk menyediakan atau memasak hidangan Kinilau ini adalah seperti berikut :

Bahan-bahan :

01. Isi ikan tenggiri (boleh guna ikan lain)
02. Mangga (terpulang berapa biji)
03. Lada (terpulang berapa biji)
04. Tomato terpulang berapa biji)
05. Garam (secukup rasa)
06. Limau nipis (terpulang berapa biji)
07. Cuka 2-3 sudu

Cara penyediaanya :

01. Cuci atau bersihkan ikan yang mahu digunakan, lepas itu ambil isi saja dan potong menjadi kecil-kecil. Kemudian letak dalam satu tempat.

02. Buang kulit mangga dan hiris harus, biasanya orang hiris memanjang jadi senang sikit. Lepas itu letak pada tempat isi ikan tadi

03. Hiris tomato dan lada, terpulang berapa biji mahu digunakan. Lada biasa dihiris tidak sampai terpotong dan lepas letak semua di tempat ikan.

04. Letak cuka dalam 2 atau 3 sudu pada bahan-bahan tadi, ikut hidangan tersebut jika banyak boleh tambah lagi sikit.

05. Perah air limau nipis atau limau kasturi. Bilangan limau ini pun terpulang pada anda berapa biji yang mahu digunakan.

06. Gaulkan sehingga sebati kesemua bahan-bahan ini dan biarkan dahulu dalam 10 minit agar semua bahan tersebut meresap ke dalam isi ikan.

07. Lepas 10 minit boleh hidang dan makan

Hidangan ini biasanya dibuat untuk dimakan bersama keluarga atau kawan-kawan sebagi pembuka selera dan bagi suku kaum Bajau ianya biasa dimakan bersama nasi putih atau pun putu. Kalau mahu makan dengan lauk-lauk lain pun boleh juga.

Nota :

01. Pastikan untuk mencuci dengan bersih isi ikan tersebut terlebih dahulu sebelum diguna untuk membuat atau pun memasak hidangan Kinilau ini.

02. Isi ikan tidak perlu dimasak menggunakan minyak atau direbus sebab isi ikan tersebut akan masak melalui air cuka dan juga perahan limau nipis tadi.

03. Biar atau peram dahulu selama lebih kurang 10 minit sebelum dihidang agar isi ikan tersebut menjadi masak terlebih dahulu dengan air perahan limau dan cuka.

Ulasan