Langkau ke kandungan utama

Kisakot Campsite

Kisakot Campsite adalah salah satu tempat menarik di Sabah yang boleh orang ramai datang kunjungi sama ada untuk lawatan harian sahaja atau bermalam terutama sekali kepada mereka yang suka aktiviti berkhemah dengan suasana yang aman dan tenang serta menyajikan satu pemandangan yang indah dan cantik iaitu pemandangan Gunung Kinabalu. Tempat ini terletak dalam daerah Kota Belud iaitu lebih kurang 29 km atau kira-kira 35 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pekan Kota Belud dan lebih kurang jaraknya 76 km atau mengambil masa sekitar 1 jam 20 minit perjalanan menaiki kenderaan sekiranya datang dari Pusat Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah.

KISAKOT CAMPSITE


Kredit Gambar : Kisakot


Kredit Gambar : Kisakot


Kredit Gambar : Kisakot


Kredit Gambar : Kisakot


Kredit Gambar : Kisakot

Kisakot Campsite Tourism merupakan salah satu lagi tempat menarik di Kota Belud khusus buat anda yang berminat dengan aktiviti perkhemahan tidak kira penduduk tempatan yang tinggal dalam negeri ni atau pun pelancong dari dalam serta luar negara yang datang ke Sabah dan mencari lokasi atau tempat bercuti menarik untuk mereka berkhemah. Tempat ini sangat sesuai untuk percutian seisi keluarga, jadi anda bolehlah datang bersama ahli keluarga tua atau muda dan boleh juga kalau mahu bersama rakan anda ke sini pada hari biasa dan juga ketika ada cuti seperti cuti umum dan cuti hujung minggu. Di sini suasana lebih tenang kerana jauh dari kesibukan bandar, udara pun bersih dan segar serta tidak terlalu bising walaupun mungkin ada pengunjung lain yang turut sama berkhemah di sini pada masa itu, ini sekaligus menjadikan tempat ini antara pilihan yang boleh anda pertimbangkan sekiranya ingin mencari lokasi berkhemah sebab ianya membolehkan anda berehat dengan lebih selesa, aman dan juga tenteram. Tempat ini terletak di dalam daerah Kota Belud iaitu lebih kurang 29 km atau pun kira-kira 35 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pekan Kota Belud dan jaraknya lebih kurang 76 km atau mengambil masa sekitar 1 jam 20 minit perjalanan menaiki kenderaan sekiranya datang dari Pusat Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Masih ramai lagi yang belum tahu akan wujudnya tempat menarik ini mungkin sebab banyakkan lokasi berkhemah disekitar daerah Kota Belud ini, tapi tempat ini memang seronok untuk di kunjungi lebih-lebih lagi dengan adanya keindahan pemandangan Gunung Kinabalu yang dapat dilihat dengan begitu jelas sekali dari Kisakot Campsite ini, anda pasti akan berpuas hati apabila dapat bercuti di sini ditambah lagi dengan kebaikan hati dan keramahan pemilik serta kakitangan tempat ini yang sentiasa membantu dan melayan para tetamu mereka dengan baik. Oleh itu siapa-siapa yang mahu cari tempat berkhemah bolehlah ke sini tapi adalah lebih baik untuk menghubungi pihak di sini terlebih dulu untuk memastikan tempat ini buka pada tarikh yang anda ingin datang.

Kawasan camsite dijaga dengan begitu baik sekali oleh pemilik tempat ini sama ada penjagaan dari segi kebersihan mahu pun kemudahan yang disediakan, mereka sentiasa menitikberatkan kepuasan dan juga keselesaan para tetamu sepanjang berada dan bercuti di tempat ini, memang banyak kemudahan yang ada disediakan di sini dan ada juga yang masih dalam penambahbaikan, oleh itu anda tidak perlu risau mengenai kemudahan sekiranya datang ke sini, tapi kalau ada yang anda tidak pasti bolehlah membuat pertanyaan dengan pihak pengurusan di sini sama ada melalui telefon atau melalui laman sosial mereka untuk memastikan kemudahan tersebut ada disediakan atau tidak, kalau tidak ada bolehlah persiapkan dan membawa sendiri dari rumah. Antara kemudahan yang ada disediakan di sini sudah pastilah tapak perkhemahan yang luas, bersih dan selesa, tapak perkhemahan ni anda boleh pilih sama ada di pondok atau pun diluar sahaja iaitu di atas rumput tapi tidak perlu risau sebab rumput di sini tebal, bersih dan tidak berbatu, kalau anda mahu pasang khemah di pondok sebaiknya buat tempahan lebih awal sebab jumlah pondok mungkin terhad jadi kalau ramai pengunjung memang susahlah sikit dapat menyewa pondok tersebut. Sekiranya anda datang dalam satu kumpulan yang sangat ramai digalakkan juga untuk membuat tempahan awal untuk tapak berkhemah di tempat ini untuk memudahkan pihak pengurusan di sini dapat menyimpan kawasan tapak untuk kumpulan anda nanti terutama sekali jika anda bercadang ke sini pada musim cuti termasuklah dihujung minggu. Tidak pasti sekiranya pihak Kisakot Campsite ada menyediakan kemudahan khemah untuk disewa, anda boleh bertanya terlebih dahulu dengan pihak mereka sebelum datang ke sini, jika mereka tidak ada sediakan maka anda perlulah membawa khemah sendiri dari rumah, tapi kalau mereka ada sediakan rasanya lebih baik juga kalau bawa khemah sendiri sebab ianya akan dapat mengurangkan lagi kos perbelanjaan dan pastikan juga bawa alat perkhemahan yang lain seperti kerusi dan khemah untuk berkhemah.


Sekiranya pondok sudah penuh anda mempunyai pilihan lain iaitu menyewa kemudahan kanopi yang ada disediakan di sini, kanopi ni pun bagus juga kalau disewa sebab ianya dapat juga mengelakkan dari terkena panas matahari atau hujan ketika anda berkhemah di sini. Kemudahan lain yang ada di sini ialah pondok untuk anda bermalam di tempat ini yang mana ianya siap sekali dengan meja, kerusi dan juga tempat untuk memanggang atau bbq. Seperti yang sudah disebut di atas tadi pondok ini juga anda boleh pasang khemah terutamanya bagi mereka yang mungkin datang ke sini bersama keluarga dan tidak terlalu ramai. Buat masa ini harga sewa pondok adalah RM40 untuk satu malam tidak termasuk yuran beramalam tapi yuran tu pun bukan mahal cuma RM6 sahaja, adalah baik untuk menyewa pondok tersebut sebab dapat menyimpan barang keperluan anda di situ agar tidak terkena panas matahari atau hujan, lagi pun bolehlah gunakan pondok tu untuk memasak dan menjamu selera bersama ahli keluarga atau rakan anda di situ yang lebih terlindung dan selesa
. Selain itu di sini juga ada disediakan kemudahan tandas dan bilik mandi yang bersih, tapi buat masa ini jumlahnya masih sikit saja oleh itu kalau waktu itu terlalu ramai orang haruslah bertolak ansur dan sentiasalah bersabar menunggu giliran dan yang penting jangan membuang sampah dalam bilik mandi dan tandas, tapi yang paling utama sekali adalah jangan membuang sampah ke dalam lubang tandas sebab ianya mungkin menyebabkan tandas itu menjadi tersumbat dan seterusnya menyukarkan anda sendiri serta orang lain untuk menggunakannya lagi. Selain itu terdapat juga kemudahan air bersih dan sinki yang disediakan di sini yang boleh anda gunakan untuk memasak dan mencuci, tetapi buang dahulu sisa makanan dalam tong sampah yang disediakan sebelum mencuci piring atau periuk agar tidaklah juga tersumbat sinki tersebut dan penggunaan air bersih tu haruslah berjimat juga dengan memastikan tutup pili paip tersebut dengan rapat apabila selesai menggunakannya tidak kira ketika mencuci, mandi atau menggunakan tandas.

Kemudahan tempat bbq memang ada disediakan di sini tetapi tidak pasti jika peralatan bbq itu semua ada disediakan seperti dawai memanggang dan arang, oleh itu anda sebaiknyalah bertanya dahulu pihak pengurusan di sini untuk memastikannya agar lebih memudahkan urusan anda apabila sudah sampai di tempat ini nanti. Kemusahan asas yang lain adalah seperti lampu, elektrik, soket besen membasuh baju dan lain-lain lagi, memang banyak sebenarnya kemudahan yang telah pun disediakan pihak pengurusan Kisakot Campsite untuk para pengunjung yang datang ke sini tidak kiralah sama ada yang ke sini untuk lawatan harian sahaja ataupun yang bermalam dan berkhemah. Untuk lebih melancarkan lagi percutian anda di campsite ini anda bolehlah membuat beberapa persiapan seperti apa barangan keperluan yang perlu untuk anda bawa sekiranya ingin datang bercuti ke sini, contohnya seperti bawa khemah sendiri agar dapat jimatkan kos, membawa makanan basah atau bahan mentah untuk dimasak bbq, sila bawa tempat untuk menyimpan makanan basah atau bahan mentah tersebut agar tidak mudah rosak, selain itu boleh juga membawa pakaian lebih untuk tukar selepas mandi seperti mandi di sungai, bawa peralatan memasak, peralatan untuk makan seperti sudu, gelas serta pinggan tetapi peralatan makan ni boleh juga kalau beli sahaja yang jenis pakai buang tu jadi tidaklah perlu untuk mencucinya lagi. Selain dari itu bolehkah anda fikirkan apa lagi barangan keperluan yang anda rasa perlu untuk di bawa agar tidak ada sebarang masalah yang timbul selepas anda sampai di sini nanti. Berikut di bawah ini antara senarai barangan keperluan yang rasanya boleh anda bawa apabila ingin ke tempat ini bercuti untuk lancarkan lagi percutian dan jimatkan kos anda :

Barang di bawa :

01.
Pakaian lebih
02. Pakaian mandi
03. Khemah
04. Makanan
05. Minuman
06. Peralatan masak
07. Peralatan makan
08. Duit poket
09. Lampu suluh
10. Tuala mandi
11. Ubat peribadi
12. Sejadah
13. Telekung
14. Topi/payung
15. Kamera
16. Telefon
17. Beg phone kalis air
18. Baju sejuk
19. Baju sejuk
20. Tali jika perlu
21. Tilam
22. Bantal
23. Selimut
24. Beg Tidur


Kalau anda bercuti di sini bolehlah juga lakukan beberapa akviti seperti mandi manda di sungai yang terletak berhampiran campsite ini, air di sini memang sejuk, jernih, serta bersih dan anda boleh mandi di sini sepuas hati anda, memang sangat seronok mandi di air sungai ini sebab tidak terlalu dalam dan arusnya tidak terlalu laju dan sesuai untuk orang ramai tidak kira tua atau muda. Biarpun air sungai ini tidak dalam tetapi haruslah sentiasa berhati-hati ketika mandi di sungai sebab sungai mana sekalipun pasti kadangkala airnya boleh menjadi dalam dan arusnya boleh menjadi laju atau deras dan di sungai ini terdapat banyak batuan yang ada dalam sungai mahupun di tepi sungai, oleh itu sentiasalah waspada atau berhati-hati ketika berjalan atas batu tersebut sebab mungkin batu itu dalam keadaan yang licin dan boleh menyebabkan anda tergelincir jika tersalah pijak. Selain itu jika anda mandi di sungai ini adalah lebih baik memakai pakaian mandi yang sopan dan bagi yang muslim sebaiknyalah memakai pakaian mandi yang lebih menutup aurat sebab sungai adalah kawasan terbuka yang mana pasti akan ada orang lain yang turut sama mandi di sungai tersebut. Aktiviti lain ialah bergambar dengan pemandangan yang cukup indah iaitulah pemandangan Gunung Kinabalu, memang menarik jika dapat mengambil gambar di tempat ini sebab gunung tersebut dapat dilihat dengan begitu jelas sekali terutama ketika cuaca cerah. Aktiviti perkhemahan juga sangat sesuai di sini tidak kira perkhemahan itu adalah untuk individu atau berkumpulan seperti perkhemahan sekolah, persatuan, badan kerajaan dan juga swasta sebab tempat di sini memang luas dan mempunyai rumput halus yang tebal dan tidak menyakitkan bila berkhemah atas rumput tersebut, dengan kawasannya yang luas bolehlah juga anda buat aktiviti perkhemahan sambil buat aktiviti seperti sukaneka atau team building.

Bayaran masuk :
Warganegara
RM3.00 : Dewasa
RM1.00 : Kanak2
Bukan warganegara
RM7.00 : Semua

Bayaran bermalam :
Warganegara
RM6.00 : Dewasa
RM2.00 : Kanak2
Bukan warganegara
RM14.00 : Semua

Tapak khemah :
RM3.00 : seorang


Sewa khemah :
RM10.00 : Muat 4 orang
RM15.00 : Muat 6 orang

Sewa kanopi :
RM10.00 : Saiz 10'x10'

Ada banyak lagi kemudahan yang boleh anda sewa di tempat ini dan semua harga diatas mungkin boleh boleh berubah mengikut keadaan, masa dan keperluan pemilik tempat ini, oleh itu sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut bolehlah menghubungi pihak pengurusan Kisakot Campsite di alamat seperti yang tertera di bawah ini :

Alamat :
Kisakot Campsite
W.D.T 62,
89150, Kota Belud,
Sabah, Malaysia.
Telefon : +6019 672 1492
Web fb : Kisakot

Ulasan