Kiulu Rainforest Park adalah salah satu tempat menarik di Sabah yang sesuai untuk dikunjungi oleh orang ramai apabila ada kelapangan terutamanya ketika cuti hujung minggu atau ketika musim cuti sekolah dengan membawa bersama ahli keluarga ke sini beriadah dan melakukan pelbagai aktiviti lain yang menarik. Taman yang bertemakan kehijauan hutan ini terletak di Kiulu iaitu lebih kurang 40 km atau kira-kira 55 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pusat Bandaraya Kota Kinabalu.
Kiulu Rainforest Park adalah salah satu tempat menarik di
Kota Kinabalu dan merupakan antara tempat percutian yang sesuai untuk seisi keluarga ketika musim cuti sekolah ataupun ketika hujung minggu, di sini sering menjadi tumpuan orang ramai kerana lokasinya yang tidak begitu jauh dari pusat bandar dan mudah untuk diakses melalui jalan rayanya, jadi jangan hairan jika anda ke sini dan melihat tempat ini di penuhi oleh orang ramai tidak kiralah penduduk tempatan mahu pun pelancong dari dalam dan luar negara. Bagi anda yang masih mencari tempat percutian tidak kira untuk lawatan sehari ataupun yang bermalam bolehlah cuba untuk masukkan taman ini sebagai salah satu destinasi percutian anda yang seterusnya, lagi pun suasana tempat ni yang begitu tenang amat sesuai untuk mereka yang mahu berehat dengan lebih aman dan tenteram setelah penat berkerja sepanjang minggu. Dengan aliran sungai yang bersih serta dipenuhi dengan kehijauan hutan hujan Kiulu sudah tentu ianya akan memberikan udara yang nyaman dan bersih, jadi jangan lepaskan peluang anda untuk datang ke taman ini bersama ahli keluarga atau rakan-rakan sebab kalau ramai lagi menyeronokkan dengan melakukan pelbagai aktiviti, di sini pun sesuai untuk guru-guru membawa murid mereka membuat lawatan sambil belajar. Apa pun sebaiknya sebelum datang ke sini hubungi pihak pengurusan untuk memastikan tempat ini dibuka dan jika anda merancang ingin ke sini untuk bermalam sama ada satu malam atau pun beberapa malam maka lebih baik membuat tempahan lebih awal agar mudah untuk pihak pengurusan mengatur segala keperluan yang anda inginkan sepanjang berapa di Kiulu Rainforest ini. Lokasi tempat ini tidak susah untuk dicari dan tidak begitu jauh dari jalan utama yang terletak di Kiulu iaitu lebih kurang 40 km atau kira-kira 55 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pusat Bandaraya Kota Kinabalu Sabah. Terdapat bayaran masuk yang dikenakan bila ke taman ini dan bayaran masuk tersebut tidak termasuk bayaran jika anda ingin menyewa peralatan atau kemudahan lain yang disediakan pemilik tempat ini, oleh itu pastikan anda ada membawa duit poket bila datang ke sini untuk memudahkan segala urusan.
Beberapa kemudahan turut disediakan kepada para pengunjung yang datang ke tempat ini agar setiap mereka yang datang akan merasa selesa sepanjang berada di sini dan antara kemudahan yang ada ialah chalet penginapan dan terdapat 10 chalet dengan 1 daripadanya mempunyai 2 bilik tidur manakala 9 lagi adalah bilik bujang dan chalet ni semua dilengkapi dengan dapur, tandas serta bilik mandi. Jumlah ini memang terhad jika ramai pengunjung pada waktu itu, jadi adalah disarankan untuk anda membuat tempahan awal sebelum datang ke sini bermalam. Jika anda datang dalam kumpulan yang ramai dan tidak mahu menginap di penginapan, bolehlah untuk memilik untuk berkhemah di tapak perkhemahan yang telah dikhaskan, tapak khemah ini perlu disewa tapi jangan risau sebab murah sahaja. Untuk tempahan penginapan dan tapak perkhemahan anda perlulah pastikan jumlah orang dalam kumpulan sebelum membuat tempahan sebab apabila pembayaran telah pun dibuat wang tidak akan dikemalikan. Kalau mahu berkhemah di sini sebaiknya membawa khemah anda sendiri dari rumah agar dapat jimat kos perbelanjaan, tapi kalau tidak ada khemah sendiri boleh hubungi pihak pengurusan di sini untuk membuat tempahan sewa khemah sekiranya mereka masih ada kemudahan khemah yang lebih. Selain khemah terdapat juga kemudahan beg tidur (sleeping beg) yang disediakan di sini, rasanya beg tidur ni adalah lebih baik bawa sendiri saja dari rumah untuk lebih keselesaan. Beberapa buah pondok turut dibina di taman ini yang boleh di sewa khususnya mereka yang ke sini untuk lawatan sehari saja sebab kalau ada pondok ni dapatlah pengunjung berkenaan meletakkan barang keperluan mereka seperti pakaian, makanan dan boleh juga berehat di pondok tersebut sambil menjamu selera. Bagi anda yang mahu mengadakan majlis atau acara bolehlah dapatkan kemudahan dewan terbuka yang ada di taman ini dan terpulang pada anda mahu buat majlis apa di dewan tersebut yang penting tempahan awal juga mestilah dibuat terlebih dahulu agar pihak pengurusan tempat ini dapat menyediakan segala keperluan yang diinginkan untuk majlis anda itu nanti.
Kemudahan perkhidmatan katering juga ditawarkan oleh pihak pengurusan taman ini, oleh itu sekiranya anda membuat majlis atau acara di taman ini bolehlah sekali cuba dapatkan perkhidmatan ini agar lebih memudahkan segala perjalanan majlis anda dan harga untuk perkhidmatan katering ni boleh bincang dengan mereka mengikut bajet yang anda ada. Kalau tidak mahu guna katering ni pun tidak menjadi masalah sebab anda juga boleh untuk memasak sendiri di sini dengan menyewa tempat serta set bbq yang disediakan, jadi terpulanglah pada anda mahu gunakan kemudahan dan perkhidmatan yang mana satu mengikut kesesuaian dan keselesaan. Kalau memasak bbq di sini pastikan anda bawa keperluan seperti tempat untuk menyimpan bahan masakan tersebut, perlatan untuk makan seperti pinggan, sudu dan gelas yang mana anda boleh beli saja yang jenis pakai buang agar tidak perlu pening kepala untuk mencucinya. Perkhidmatan lain yang ada tersedia ialah seperti pasar mini dan juga kafe yang boleh anda kunjung untuk membeli barang keperluan, makanan dan sebagainya. Pasar mini ni mungkin tidak banyak barang yang dijual sebab nama pun mini, jadi sudah tentu lebih kecil banding dengan pasaraya di bandar, tapi barang keperluan asas untuk kegunaan bila berkunjung ke taman ini sudah pasti rasanya ada dijual di sini. Surau juga ada disediakan di taman ini untuk kegunaan para pengunjung muslim yang mana ianya sekaligus dapat memudahkan mereka yang ingin menunaikan kewajipan solat sepanjang bercuti di sini. Kemudahan bekalan air paip yang bersih juga ada tersedia, oleh itu anda tidak perlu risau bila ke sini tidak kira anda menyewa penginapan atau yang berkhemah termasuklah mereka yang ke sini untuk lawatan sehari sahaja, dengan ini akan dapat memberikan kesenangan atau memudahkan lagi para pengujung untuk menggunakan kemudahan air paip ini kegunaan seperti minum, memasak, mandi dan juga mencuci. Selain itu tandas juga ada disediakan di taman ini buat semua pengunjung terutamanya buat mereka yang datang beriadah dalam sehari atau yang berkhemah, cuma kalau anda guna tandas tu kenalah juga jaga kebersihannyadan jangan sesekali membuang sampah di dalam tandas tersebut terutama sekali ke dalam lubang tandas kerana ianya akan menyebabkan tersumbat sekaligus menyukarkan anda dan juga pengunjung lain untuk menggunakannya lagi.
Sebelum ini memang sukar untuk dapat rangkaian telefon tapi anda tidak perlu risau sebab di sini ada juga disediakan kemudahan internet wifi, jadi bolehlah anda sentiasa menggunakannya untuk sentiasa berhubung dengan ahli keluarga atau rakan-rakan dan berkongsikan gambar percutian anda di sini kepada mereka. Selain itut terdapat juga beberapa papan tanda yang disediakan bagi memudahkan para pengunjung melihat dimana lokasi yang ingin dituju seperti lokasi kolam ikan, lokasi chalet, lokasi canopy walk dan sebagainya, dan terdapat juga beberapa papan tanda yang memberikan maklumat mengenai jenis-jenis tumbuhan yang ada didalam hutan berkenaan. Kemudahan menara observatory juga ada dibina dalam kawasan taman ini untuk mereka yang ingin melihat keindahan alam semulajadi dan juga boleh digunakan untuk memerhati pelbagai jenis atau spesis burung yang ada di dalam hutan ini. Banyak lagi kemudahan lain yang telah disediakan di dalam kawasan taman ini seperti laluan jalan kaki yang bersimen, ada juga buaian buat mereka yang mahu baring dan santai-santai di buaian, dan lain-lain lagi kemudahan. Semua kemudahan yang disediakan haruslah dijaga dengan baik dan jangan rosakkan atau mencontengnya, ini adalah bagi memastikan ianya sentiasa dalam keadaan yang baik dan dapat digunakan dalam jangka masa yang panjang sekaligus dapat memberikan memudahkan orang atau pengunjung lain menggunakan kemudahan tersebut, ini terutama sekali adalah kemudahan tandas sebab kadang ada orang yang membuang sampah ke dalam lubang tandas yang boleh menyebabkan tersumbat, jadi bersamalah menjaga kemudahan ini dengan sebaik mungkin sepanjang anda gunakan kemudahan tersebut. Untuk senarai lebih ringkas di bawah ini adalah beberapa kemudahan yang disedia oleh pihak Kiulu Rainforest Park :
Kemudahan :
01. Tapak Perkhemahan
02. Tempat Penginapan
03. Tempat/Set BBQ
04. Khemah
05. Pondok Rehat
06. Sinki
07. Paip Air
08. Tandas
09. Bilik Mandi
10. Laluan Jalan Kaki
11. Buaian
12. Tempat Letak Kereta
13. Dewan Terbuka
14. Khidmat Katering
15. Menara Observatory
16. Pasar Mini
17. Wifi
Walaupun banyak kemudahan yang ada disediakan oleh pengurusan tempat ini tetapi anda juga boleh untuk membawa beberapa barang keperluan apabila datang ke sini, ini adalah untuk lebih memudahkan anda sepanjang berada di ini tanpa perlu risau, selain itu ianya juga akan dapat menjimatkan lagi kos perbelanjaan anda, lagi pun kalau datang dalam kumpulan yang ramai seperti datang bersama rakan-rakan maka bolehlah bahagikan tugasan untuk membawa barang keperluan yang mana sudah pasti akan lebih menjimatkan. Barang keperluan ni terpeluanglah dari anda sendiri apa yang mahu dibawa ikut dari keperluan seharian anda sepanjang bercuti di sini tidak kira ke sini bersama keluarga atau pun bersama rakan-rakan dan sama ada anda ke sini untuk lawatan sehari atau bermalam dalam beberapa hari. Namun apa yang penting adalah bawa duit poket lebih sikit untuk digunakan sekiranya ada keperluan yang lupa dibawa, jadi senanglah menyewa kemudahan yang diperlukan, membeli barang di pasar mini, atau mungkin juga untuk menjamu selera di kafe yang tersedia. Berikut merupakan antara barang keperluan yang rasanya boleh di bawa :
Barang perlu bawa :
01. Pakaian lebih
02. Pinggan
03. Gelas
04. Sudu
05. Barang masakan
06. Video Kamera
07. Kamera
08. Bantal
09. Semburan Nyamuk
10. Tuala mandi
11. Peralatan mandi
12. Lampu suluh
13. Pisau lipat
14. Duit poket
15. Ubat Peribadi
16. Pakaian mandi
17. Sejadah
18. Telekung solat
19. Khemah
20. Powerbank
21. Selimut Tidur
Pelbagai aktiviti yang boleh anda lakukan apabila datang bercuti ke tempat ini, kalau dapat datang ke sini beramai-ramai dengan keluarga atau rakan-rakan lagilah menyeronokkan sebab dapat lakukan aktiviti menarik bersama, lagi pun bosan rasanya kalau anda datang seorang sahaja sebab tempat ini luas jadi tidak ada kawan untuk berbual sepanjang perjalanan melawat kawasan ini. Antara aktivi yang boleh anda lakukan ialah mandi di sungai berhampiran, sungai ini tidak dalam jadi sesuai juga untuk kanak-kanak cuma biasalah kawasan sungai selalunya banyak batuan yang besar dan timbul serta licin jadi sentiasalah berhati-hati sepanjang berada di dalam kawasan sungai tidak kira ketika mandi ataupun ketika jalan bersiar-siar di situ. Walaupun air sungai ni tidak dalam tapi perlu juga sentiasa berhati-hati sebab kadang kala aliran sungai boleh menjadi laju terutamanya jika anda membawa anak yang masih kecil mandi di sungai dan sentiasalah patuhi arahan yang diberikan untuk aktiviti mandi di sungai untuk kebaikan dan keselamatan anda sekeluarga. Aktiviti lain ialah pejalanan mendaki dalam kawasan taman ini dengan 3 laluan yang berbeza jarak iaitu jarak 1.5 km, 3 km dan juga 5 km, ketika lakukan aktiviti ini anda akan melalui kawasan berbukit, anak sungai dan juga jambatan gantung, oleh itu pastikan anda membawa pakaian dan kasut yang sesuai untuk aktiviti ini. Laluan ini juga mungkin akan licin kalau selepas hujan, tapi anda tidak perlu risau sebab ada juga tali keselamatan untuk anda berpegang dan bila sudah berada di puncak bukit anda akan dapat melihat keindahan pemandangan yang begitu indah sama ada keindahan matahari terbit atau matahari terbenam mengikut dari masa anda mendaki. Aktiviti lain ialah berjalan disekitar taman ini sambil melihat keindahan alam semulajadi Hutan Hujan Kiulu yang menghijau sambil menghirup udara yang segar, anda juga boleh terus melakukan aktiviti memerhati burung dari menara observatory dengan pelbagai spesis burung yang dapat dilihat di sini, tapi pastikan anda membawa kamera atau teropong untuk melihat dengan lebih jelas lagi. Berjalan di canopy walk juga merupakan antara aktiviti yang boleh di lakukan bila berkunjung ke sini, namun tidak boleh naik ke canopy walk ramai-ramai sekaligus sebab cuma 5 orang saja boleh naik ke situ dalam satu-satu masa oleh itu pastikan anda patuhi arahan tersebut untuk keselamatan anda semua dan juga agar tidak terjadi perkara yang tidak diingini.
Aktiviti berkhemah juga boleh dibuat di sini, ada tapak perkhemahan yang telah dikhaskan untuk anda melakukan aktiviti ini dan pastikan juga anda membawa khemah sendiri atau kalau tidak ada khemah pastikan hubungi pemilik tempat ini lebih awal untuk menyewanya sebelum datang bercuti ke taman ini terutama sekali lagi apabila anda datang ke sini dalam satu kumpulan yang ramai dan bercadang untuk bermalam tidak kira satu malam atau beberapa malam dan pastikan juga segala keperluan untuk aktiviti berkhemah ini anda ada bawa bersama bila ke taman ini. Aktiviti memasak bbq juga merupakan antara aktiviti yang menyeronokkan bila datang ke sini tidak kira anda datang untuk lawatan sehari atau pun bermalam, perlatan atau set bbq boleh anda sewa dari tempat ini, cuma perlu bawa barang makanan yang mahu dimasak nanti sahaja, kalau kurang mungkin boleh beli di pasar mini yang ada di tempat ini sekiranya mereka ada menjualnya. Memang seronok dapat buat aktiviti bbq di sini lebih-lebih lagi lepas melakukan aktiviti lain seperti mendaki, mandi di sungai dan sebagainya sebab anda dapat masak dan makan bersama yang mana ianya sudah pasti akan mengeratkan lagi hubungan sesama anda semua. Di sini ada kolam ikan jadi anda boleh melawat kolam ikan tersebut dan memberinya makanan tapi anda harus beli makanan yang disediakan oleh pihak pengurusan dan tidak boleh beri makan ikan tersebut menggunakan makanan dari luar. Tidak pasti sekiranya aktiviti memancing sudah ada dibuat di sini atau pun belum, anda boleh bertanya pihak pengurusan untuk aktiviti ini untuk lebih pasti. Banyak lagi yang boleh anda lakukan apabila berada di sini sebab memang banyak kemudahan yang disediakan untuk anda termasuklah seperti membuat mesyuarat, majlis, abseiling, program motivasi dan sebagainya. Apa pun aktiviti yang anda lakukan haruslah sentiasa berhati-hati dan untuk aktiviti seperti mendaki, merjalan meredah hutan dan beberapa aktiviti lain perlulah memaklumkan dengan pihak pengurusan di sini terlebih dahulu agar mereka dapat mengatur segala keperluan anda seperti menyediakan seorang guide dan lain-lain lagi. Patuhi segala arahan dan peraturan yang diberikan atau ditetapkan oleh pihak pengurusan sepanjang anda berada di sini tidak kira siang atau malam.
Untuk
sebarang pertanyaan atau ingin maklumat lebih lanjut boleh
terus menghungi Kiulu Rainforest Park seperti alamat bawah :
Hubungi :
Hubungi :
Kiulu Rainforest Park
Kg. Logkou,
89208, Tamparuli,
Sabah, Malaysia.
Tel : +6016 828 9336
Web Fb : Kiulu Rainforest Park
Kg. Logkou,
89208, Tamparuli,
Sabah, Malaysia.
Tel : +6016 828 9336
Web Fb : Kiulu Rainforest Park
Ulasan
Catat Ulasan