Langkau ke kandungan utama

KK Esplanade

KK Esplanade merupakan salah satu tempat menarik di Sabah yang sesuai dikunjungi oleh orang ramai tidak kira penduduk tempatan negeri ini atau pun pelancong dari dalam dan luar negara untuk bersantai bersama keluarg tersayang dan rakan-rakan sambil bergambar dengan pemandangan yang cukup indah terutama sekali pemandangan matatahari terbenam yang begitu mengagumkan. Tempat ini terletak di Pusat Bandaraya Kota Kinabalu dan menghadap ke aran Laut China Selatan yang terbentang luas, anda boleh berjalan kaki sahaja ke tempat ini yang cuma makan masa beberapa minit. 

KK ESPLANADE


Kredit gambar : IG:@lfm999



Kredit gambar : Kotakinabalu

KK Esplanade merupakan salah satu tempat menarik di Kota Kinabalu yang sesuai untuk dikunjungi orang ramai sama ada penduduk tempatan negeri ini mahu pun pelancong dari dalam dan luar negara yang datang melancong ke Sabah khususnya di Kota Kinabalu. Tempat ini adalah antara lokasi yang amat menarik dan sesuai untuk melihat keindahan pemandangan matahari terbenam dan tempat ini akan menjadi pilihan apabila tempat popular melihat matahari terbenam seperti Pantai Tanjung Aru dipenuhi orang ramai pada hari tersebut. Dengan lokasinya yang berada di tepi laut dan berhadapan dengan Laut China Selatan yang terbentang luas turut menjadikan tempat ini untuk orang ramai berehat dan santai tidak kira hari biasa mahu pun pada hujung minggu sebab ia terletak di Pusat Bandaraya Kota Kinabalu jadi mudah saja untuk diakses dengan berjalan kaki sahaja dan tempat ini berada di bawah seliaan dan penjagaan oleh pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu. Dari sini juga anda berpeluang untuk melihat keindahan beberapa buah pulau yang terdapat dalam Taman Marin Tunku Abdul Rahman iaitu seperti Pulau Manukan dan Pulau Mamutik, jadi tidak hairanlah tempat ini sering menjadi pilihan orang ramai untuk melepak atau bersantai pada waktu siang dan malam tapi biasanya tempat akan dipenuhi bermula pada waktu petang sehinggalah malam untuk berehat dan mencari ketenangan sambil menghirup udara segar yang bertiup dari lautan setelah penat bekerja sehari suntuk. Pelancong dari luar negara juga dapat dilihat ramai di tempat ini pada waktu petang dan malam yang datang untuk melihat pemandangan dan menjamu selera kerana lokasi tempat ini yang sungguh menarik. Oleh itu jika anda datang melancong ke negeri dan ingin melihat keindahan pemandangan matahari terbenam pada waktu petang tanpa perlu pergi jauh bolehlah memilih tempat ini untuk penuhi hasrat anda, lagi pun di sini adalah kawasan pusat bandar jadi sudah tentulah banyak kemudahan yang boleh diakses dan mudah untuk anda berkunjung ke sini tanpa perlu lagi menaiki atau menyewa kereta dari penginapan.
 
Tempat ini sentiasa dibuat penambahbaikan dan dijaga kemudahan dan kebersihannya oleh pihak yang bertanggungjawab iaitu Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, oleh itu bagi anda yang datang ke tempat ini pastikan jangan merosakkan kemudahan yang disediakan dan jangan membuang sampah merata-rata di sekitar kawasan ini terutama sekali di laut agar tempat ini sentiasa kelihatan bersih sekaligus dapatlah menarik lebih ramai lagi orang datang ke sini. Di sini juga terdapat kemudahan seperti tempat duduk yang disediakan agar memudahkan pengunjung berehat bila sampai ke tempat ini, tetapi kerusi yang ada tu mungkin agak terhad jadi lebih-lebih lagi kalau pada waktu petang sebab akan ada ramai orang yang berada di tempat ini, tapi anda boleh juga duduk di beberapa tempat laluan bertangga yang ada di sini atau pun mungkin anda boleh bawa tikar duduk agar lebih memudahkan anda duduk bersama ahli keluarga atau rakan-rakan sambil menunggu waktu untuk melihat keindahan matahari terbenam. Selain dari itu terdapat juga kemudahan tempat bergambar yang menarik di sini dan ia juga merupakan salah satu tarikan utama orang ramai ke sini iaitu papan tanda I Love KK yang dibina oleh pihak DBKK agar dapat memberi peluang kepada para pengunjung terutama sekali pelancong dari luar daerah atau dari luar negara untuk mengambil gambar kenangan mereka di sini agar dapat dikongsikan kepada keluarga atau rakan mereka yang lain untuk menunjukkan yang mereka pernah datang dan berkunjung ke Sabah khususnya ke Kota Kinabalu. Papan tanda ini hanya ada satu sahaja di sini jadi anda perlulah bersabar ketika hendak mengambil gambar terutamanya pada waktu petang dan hujung minggu sebab akan ada ramai orang pada waktu tersebut, oleh itu anda perlu berganti-ganti dengan pengunjung yang lain juga tapi tidak jadi masalah sebab biasanya mereka pun bergambar sekejap sahaja untuk memberi peluang kepada orang lain yang ada datang ke tempat ini mengambil gambar. Selain dekat papan tanda ini, anda juga boleh bergambar di pelantar kayu berhadapan laut yang menyajikan satu pemandangan lautan yang indah dan terbentang luas dengan pemandangan beberapa pulau yang terdapat di hadapan.


Terdapat juga beberapa monumen ikan lumba-lumba serta jenis ikan kecil lain yang ada di esplanade ini yang boleh anda jadikan tempat untuk bergambar, yang penting jangan rosakkan semua lonumen atau patung ikan tersebut seperti jangan menconteng, mencabut dan sebagainya. Kalau berada di tempat ini anda tidak perlu risau tentang makan sebab terdapat banyak restoran dan gerai makan ada berhampiran dengan tempat ini yang penting anda bawa duit poket saja, menu makanan pun banyak yang boleh anda pilih termasuklah makanan laut pun banyak seperti ikan, udang, sotong dan lain-lain lagi yang masih segar, kalau mahu ikan bakar pun ada juga di sini tapi kalau pilih macam ikan bakar tu pastikan tanya dahulu harganya ya, bila rasa harganya sesuai barulah ambil manakala sekiranya rasa harganya tidak sesuai boleh pilih yang lain agar anda berpuas hati apabila menjamu selera di sini. Pada waktu malam memang akan ramai orang yang memilih untuk menjamu selera di gerai makanan berhampiran KK Esplanade ini sebab kawasannya yang terbuka dan sejuk dengan tiupan angin sepoi-sepoi dari arah laut. Selain gerai makan terdapat juga beberapa kemudahan lain yang ada berhampiran esplanade iaitu pasar kraftangan atau kini dikenali sebagai Anjung Kinabalu yang menjual pelbagai jenis hasil kraftangan yang dihasilkan oleh penduduk tempatan termasuklah mutiara Sabah, tapi kalau anda baru pertama kali ke sini sebaiknya datang ke Anjung Kinabalu ni dengan rakan dari kalangan penduduk tempatan agar lebih mudah untuk anda berurusan ketika memberli barangan di sini dan pastikan jaga barang berharga anda apabila masuk ke pasar ini terutamanya pada hujung minggu sebab kalau hujung minggu terlalu ramai orang yang berada di pasar tersebut. Bagi mereka yang datang dari jauh seperti dari luar daerah atau luar negeri dan luar negara mungkin boleh memilih kemudahan penginapan yang ada berhampiran esplanade termasuklah hotel bertaraf 5 bintang iaitu Hyatt Regency Hotel, tapi terpulanglah dari anda mahu menginap di mana pun, kalau mahu cari yang lebih murah banyak juga tu yang ada berhampiran tempat ini untuk anda pilih agar bersesuaian dengan bajet.

Kemudahan lain ialah tandas awam yang boleh anda gunakan apabila datang ke KK Esplanade agar tidak perlu lagi pergi jauh untuk mencari tandas yang penting jaga saja kebersihannya agar orang lain pun dapat menggunakannya dengan selesa. Selain itu, berhampiran tempat ini juga ada terdapat banyak kawasan tempat meletakkan kenderaan yang boleh anda guna untuk meletakkan kereta anda apabila datang ke sini terutamanya bagi mereka yang datang dari luar daerah Kota Kinabalu dengan memandu kenderaan sendiri. Tapi seperti yang anda tahu tempat ini memang selalu dikunjungi orang ramai, jadi untuk mendapatkan tempat untuk letak kereta tu mungkin harus menunggu dengan sabar, tapi boleh saja cari ditempat lain kemudian jalan kaki saja ke sini sebab bukannya jauh juga tempat ini. Memang seronok bila dapat datang ke tempat ini bersantai dan mengambil gambar kenangan terutama sekali bagi mereka yang pertama kali datang ke Kota Kinabalu untuk dikongsikan kepada keluarga dan rakan lain yang mungkin belum pernah ke sini. Sekiranya anda datang ke tempat ni ketika cuaca masih agak panas maka sebaiknyalah anda memakai topi, payung dan baju lengan panjang agar dapat melindungi diri dari sinaran panas matahari, boleh juga kalau mahu pakai siap-siap krim pelindung matahari sebelum datang ke sini. Apa-apa pun bila anda datang berkunjung ke tempat ini pada waktu petang hingga ke malam terutama sekali pada hujung minggu yang memang terlalu ramai orang yang berada di sini untuk santai seperti melepak, menjamu selera, melihat persembahan daripada para buskers dan lain-lain lagi, oleh itu sentiasa pastikan jangan meninggalkan atau meletakkan barang berharga anda sembarangan tempat dan tanpa pengawasan, sebaiknya adalah anda sentiasa barang berharga seperti beg duit anda dengan baik serta cermat khususnya bagi wanita, ini juga adalah bertujuan untuk menjaga keselamatan barang anda sepanjang berada di tempat ini sebab kalau anda kehilangan barang ianya adalah tanggungjawab anda sendiri, jadi sentiasalah berhati-hati.

Waktu operasi :
Sentiasa buka

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, bolehlah hubungi pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu seperti alamat yang tertera di bawah ini :

Hubungi :
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia.
Telefon : +6088 521 800
Telefon : +6088 219 174
Website : DBKK


Ulasan